Thursday, July 21, 2016

Banglong gone missing

Hari ni dah empat hari Abg Long Puteh tak balik rumah. Oh Puteh. Mana pergi?

Tahu tak apa perasaan bila kucing peliharaan tak balik rumah? Robek hatiku. Risau. Kat kawasan ni dah lah ada anjing liar. Sekali dia terkam Puteh yang acah-acah debab tu mahu tak cukup kaki dia lari. Haih! Dalam kereta nak pergi kerja pun boleh fikir Puteh lagi. Tak pernah tak balik rumah. Sobs sobs. So heartbreaking.

Si adiknya Putra pulak resah selama Puteh tak ada. Kesian betul. Semoga Puteh tak apa-apa.

Tuesday, July 19, 2016

Lagi Setahun

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Kemain lama aku rasa dah tak tulis blog ni. Type actually. Sampai lupa guna e-mail apa. Hahaha! Teruk betul. Buat blog tapi tak update.

Anyway, sejak ber-anak satu ni, selamat tinggal mimpi indah. Tak sempat nak mimpi pun dah dengar anak menjerit. Biasa lah tu kan baru-baru lagi. Dulu bukan main aku tak percaya bila officemate aku cakap "Masa pregnant ni kau tidur lah puas-puas, nanti si kecik tu dah keluar kau akan tak ada masa nak tidur". Bila dah keluar si kecik tu memang betul. Aku dah jadi zombi dah. Hahaha!

Anyway, walaupun aku dah jadi zombi, kehidupan menjadi ibu tu sangat lah seronok. Yang paling win, setiap masa cium bau baby. Tapi lepas masuk kerja, sampai bawa baju anak masuk pejabat.

Tak sabarnya nak balik. Nak gomol si debab Sofea the First. Hihi

Bye!

Friday, September 18, 2015

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hai. Rasa macam krikk krikk je nak mula tulis blog semula. Kesian sungguh blog ni ditinggalkan zaman berzaman.

Sejak bersuami ni, bunga-bunga je hati walaupun 'PJJ'. T.T Sejak bila aku menikah? Hehe tulah lama sangat tinggalkan blog ni. Baru lagi naik pangkat. 3 April 2015 aku sah jadi isteri orang. Lepas tu menjalani kehidupan macam biasa. Pergi kerja balik kerja. Pergi honeymoon. Haha! Dan yang paling penting, makan.

Hidup alam rumahtangga ni sememangnya indah. Tapi perlukan banyak kesabaran dan pengorbanan. Yelah, belum kahwin kita tak nampak pun kelemahan pasangan kita. Bila dah kahwin, haa amek kau. Sungguhpun begitu, semuanya sangat indah kalau kita hadapi dengan kesabaran. Takde lah nanti keluar ayat menyesal 'kalaulah saya bersabar...' ye dak?? Dah nama pun suami/isteri kau, mestilah kena sabar. Sabar tu kan indah.

Alhamdulillah Allah kabulkan jugak doa aku nak jadi isteri orang tu kan.. Syukur. Perjalanan hidup aku yang berliku-liku semak samun tu akhirnya dengan si dia juga. Rupanya dia nak lagi kat wanita sewel ni.

Ok dah. Nanti aku update lagi ye. Kali ni pasti. Sebab banyak benda seronok yang nak share dengan korang. Bye!

Friday, February 21, 2014

Mangsa di temui

Alhamdulillah. Syukur.

Kesemua mangsa sudah dijumpai. Lepas Azan, mayat mangsa timbul. Berakhir sudah penantian yang tak pasti.

Doakan kesemua mangsa ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik.

Follow up Kejadian lemas di Sungai Segamat

Salam semua.

Tadi dapat berita ada lagi 2 mayat telah dijumpai. Mayat timbul sendiri katanya. So sekarang ni ada lagi 3 mangsa masih tak jumpa.

Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan urusan mencari semua mangsa. Dengar khabar sultan Johor nak turun padang.

Ayah kata menurut orang-orang yang biasa dengan kes-kes macam ni, bila mangsa dah timbul kena cepat-cepat ambil sebab kalau dah tenggelam semula memang takkan timbul lagi. Penyelesaiannya, mak kandung mangsa kena seru nama mangsa supaya timbul semula. Wallahualam.

Tragedi Berdarah 21 Februari 2014 - 8 mangsa lemas di Segamat


Salam.

Hari ni berlakunya tragedi besar yang menggemparkan seuruh Malaysia. 8 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap lemas di sungai Buloh Kasap. 

Katanya diorang semua ada 12 orang, pergi jogging. Lepas jogging gi mandi kat sungai Buloh Kasap. Tempat tu tempat korek pasir. Ayah kata kat tepi memang cetek, tapi depan sikit dah dalam. Yelah tempat orang korek pasir kan.


Bermula dengan seorang dari mereka dikatakan lemas, kawan dia nak tolong pun turut lemas sampai lah mangsa yang ke lapan. Kawan yang 4 orang panik gi panggil orang minta tolong. Dari situ lah gamaknya berita tersebar.

Tengahari tu Ayah dah bagitahu pasal berita ni. Lepas tu Ayah kata Daniel pun terlibat sama. Terkejut aku. Tak sangka. Perasaan bimbang mula menyelubungi. Ayah pergi ke tempat kejadian memandangkan Daniel tu anak kawan baik dia.

Pada jam 3.26 petang mangsa pertama dijumpai, Mohammad Hafizul Daniel bin Nor Hashim. Allahuakbar! Memang sah Daniel. Ayah SMS aku bagitahu "Sorg dah jumpa - Daniel" Aku dah rasa nak nangis dah masa baca SMS tu. Bila Ayah kata Daniel meninggal, air mata aku dah jatuh. Tak boleh tahan. Ayah kata masa kat sungai tu, dia nak tengok Danial. Dia buka plastik hitam yang tutup mayat tu, berjurai air mata. Ayah dah anggap Daniel macam anak sendiri.


Arwah Daniel dah macam adik aku. Dari kecik selalu datang rumah aku main-main dengan adik-adik aku. Kadang-kadang tu sampai tak nak balik. Memang rapat dengan keluarga kami. Family aku balik Kelantan pun bawa dia sekali. Pergi jalan-jalan pun kadang-kadang bawa dia. Ya Allah, sedihnya.

Masa melawat kat rumah arwah petang kejadian, aku tengok Mama je aku dah sebak. Mama kata Daniel kata nak gi jogging je, tak sangka dia pergi situ. Malam tu dia makan roti habis separuh paket.

Syahid dunia. Allah ambil mereka pada hari Jumaat yang mulia. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang-orang yang soleh. Mungkin Allah nak selamatkan mereka dari dunia yang penuh dusta ni. Masa depan kita tak boleh nak ramal. Allah Maha Mengetahui.


Setakat ni baru 4 orang mangsa telah ditemui. Kita doakan agar kerja-kerja mencari mangsa seterusnya dipermudahkan. Aameenn.

Saya akan update kemudian.

Monday, February 10, 2014

Belajar tinggi-tinggi, tapi ...


Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat nombor satu dalam kelas tadika dan sekolah rendah,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 5A dalam UPSR,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 8A dalam PMR,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Tapi,


Bila saya buang semua keduniaan itu dan nerikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya,
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.

“Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya. Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak…”

Kata mereka…

Tetapi…

Pada suatu Subuh,

Saya ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu.

Saya bacakan surah ‘Abasa.

Dan sebak ketika sampai ayat:

“Yaumayafirrul mar’umin akhih”

“Wa ummihi Wa abih”

Selesai solat, semasa perjalanan pulang, ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan. Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya.

Ibunya… Ayahnya… Isterinya… Anak-anaknya…

Saya katakan, didunia ini, bila kita jadi kaya orang puji kononnya kita Berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila. Sedangkan di mahsyar nanti, semua ‘kata-kata’ orang itu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ini sangat rapat dengan kita pun kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut.

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak. Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun itu langsung tak bagi manfaat pada saya. Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya.

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata, “Sejuk perut mama dapat anak macam Bangcik..”

Maka itulah kali pertama dalam hidupku berasa sangat gembira akan “pujian” ibuku. Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.


Wahai hamba Allah,

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang mengejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia?

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian.

Wahai saudaraku,

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi, sebelum lubang kubur kalian digali?

Apa yang saya ada dan kalian ada, untuk Allah dan Rasul bangga?

Masalah KITA yang masih bernyawa ini, dah ambil bekal ke belum? Atau masih leka dengan mainan-mainan sekeliling kita?

Bak kata kalam Saidina Ali r.a., “Hidup di dunia ini ramai yang terlena, akhirat nanti baru terjaga.”

Jangan kita termasuk dalam golongan yang ‘ramai’ itu, kerana yang ramai itu kononnya “normal” di akhir zaman ini.

Masuklah dalam glongan yang sedikit kerana yang sedikit itu akan masuk ke syurga selama-lamanya.


Pesanan untuk kita bersama.