Tuesday, November 30, 2010

Cubaan Pertama

Hari tu saya dan Acha telah berjaya buat satu satu satu.....  Adalah..  Jap lagi saya bagitahu.  Hahahaha..  Memang dah lama teringin nak buat resipi tu cuma masa tak mengizinkan.  Cewah..  Takde masa konon.  Podah.  Saya memang suka cuba resipi baru.  Nak-nak lagi kek.  Oh sangat obses.  Cookies pun boleh la.  Tapi jarang dah nak cuba-cuba ni sebab dah duduk rumah sewa kat kelantan tuh ada masa pulak kan nak buat benda-benda tu semua.  Sibuk beli & makan aje.  Agagaga..  Tambah berat badan.

Tetiba teringat masa dudok kolej THO masa sem 1 dulu.  Kolej punyalah jauh dari kelas.  Atas bukit pulak tu.  Memang agak azab la.  Tapi nasib baik lah cafe dekat, foodcourt jua..  Lagi best masa time kena berkawat setiap hari Isnin ditambah pulak dengan kelas dari pukul 8.00 pagi sampai 4 ptg.  Huh teruk betul masa tu.  Nak kena ada dekat padang kawat pukul 5 ptg.  Kena sampai awal doh kalau tak bising lah komander tu.  Pot pet pot pet...  Yelah masa sem 1 dulu masuk Kesatria.  Benci betul kena kawad dengan budak-budak yang agak bebal otaknye nak berkawad.  Tiap kali kawad mesti takde mood.

Nak dijadikan cerita,  duduk jauh nun kat atas bukit sana, makan banyak mana pun berat tak naik-naik.  Tiap kali kelas habis pukul 2 ptg, mesti turun bawah pergi kedai kat luar beli nasi kukus.  Nikmat seh makan nasi kukus kat citu.  Betul-betul depan UiTM Machang.  Try lah.  Then naik hostel dah almost 3 o'clock.  Sampai bilik, solat then terus makan.  Lepas makan je memang takde keje lain lah.  Membuta sampai petang.  Bangun dari tidur mesti cakap kat roomate, 'Eh kau lapar x?' Hahaha...  Lepas tu lepas solat asar terus pergi foodcourt makan.

Sebenarnya kat entry kali ni saya nak share apa yang saya buat minggu lepas.  Memang ni pertama kali saya try buat benda ni.  Tak sangka pulak sedap.  Ingat kan tak jadi.  Tapi boleh lah kan daripada tak jadi langsung.  Cuma bentuknya je yang tak jadi sangat.  Petang saya buat, lepas Maghrib baru siap.  Ni lah dia.  Tadaaaa.....  Cream puff.



Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
100 gm mentega
250 ml air
4 @ 5 biji telur


Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk (sampai jadi doh). Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk.
Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Ataupun guna nozzle yang kecil dan cucuk dimana-mana bahagian. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk.
Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

P/S: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkan di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Teardrops On My Guitar



Sangat menyukai lagu ini (^_^)

Teardrops On My Guitar lyrics
Songwriters: Rose, Liz; Swift, Taylor Alison;

Drew looks at me
I fake a smile so he won't see
What I want and I need
And everything that we should be

I'll bet she's beautiful
That girl he talks about
And she's got everything
That I have to live without

Drew talks to me
I laugh 'cause it's just so funny
I can't even see
Anyone when he's with me

He says he's so in love
He's finally got it right
I wonder if he knows
He's all I think about at night

He's the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He's the song in the car I keep singing
Don't know why I do

Drew walks by me
Can he tell that I can't breathe?
And there he goes, so perfectly
The kind of flawless I wish I could be

She better hold him tight
[- From :http://www.elyrics.net/read/t/taylor-swift-lyrics/teardrops-on-my-guitar-lyrics.html -]
Give him all her love
Look in those beautiful eyes
And know she's lucky 'cause

He's the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He's the song in the car I keep singing
Don't know why I do

So I drive home alone
As I turn out the light
I'll put his picture down
And maybe get some sleep tonight

'Cuz he's the reason for the teardrops on my guitar
The only one who's got enough of me to break my heart
He's the song in the car I keep singing
Don't know why I do

He's the time taken up but there's never enough
And he's all that I need to fall into
Drew looks at me
I fake a smile so he won't see


© TAYLOR SWIFT PUB DESIGNEE; HILLSBORO VALLEY SONGS; SONY/ATV SOUNDS D/B/A TIMBER PUB CO; SONY/ATV SONGS D/B/A TREE PUBG CO;

Saturday, November 27, 2010

The New Born

Today we are going to talk about the new infant in my big family.  He was born on 23 November 2010 in Johor Bahru.  He is so gorgeous!  Look look!  Mane mane weh?  Ok berhenti merepek Nana.  His name is Mohd Ayish Farhan bin Mohd Shah Izwan.  Sweet...  Sangat panjang namanya kan..  He is my cousin's son and my cousin is my makngah's daughter.  Pape je kau nih Nana.  Eh pehal sekarang ramai orang disekeliling saya asyik bercerita pasal..  Eh bukan bercerita lagi, memang diaorang mengalaminya pun.  Ramai je yang kahwin lah, dapat baby baru lah, bertunang lah..  Oh my....  Hey saya lambat lagi taw nak kahwin.  Study pun baru 2 semester, dah sibuk nak kahwin.  Duit pun tak cukup lagi.  Apeda..  Kena tanya Encik Burger dulu.  Encik Burger saya kata lambat lagi nak kahwin, so saya kena (nak sebenarnya) tunggu dia.  Hah hah hah..








Mulut favorite Ayish 


















See! He got dimple.

Friday, November 26, 2010

Fakta Bahaya MEROKOK.

Tahukah anda?


  • Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok.  Bilangan kematian ini jauh melebihi jumlah kseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.
  • Percaya atau tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25%. (Oh yakah?  Baru tahu)
  • Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 billion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan  produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.
  • Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akan mati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas. (Perasan tak ramai orang yang dah tahu perkara nih tapi masih buat bodoh je??)
  • Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak.  Keadaan ini lambat laun akan menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut. (rongak lah kau..)


  • Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok. (Padanlah muka.  Sapa suruh merokok..?)
  • Sekiranya seorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari dirumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser dua kali ganda.  Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal. (Hah diaorang peduli apa tentang orang sekeliling, janji dapat merokok)
  • Bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit ASMA.  (Heh..?)

  • Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurang.  Perokok tegar juga boleh terdedah kepada mati pucuk bagi lelaki.

Thursday, November 25, 2010

Oh Flu ~

Ya..  Disaat saya menulis belog ini memang saya sedang selesema.  Srroooooottt!!  Euuuwwww!!  Oh really hate it!  Kenapalah selesema ni suka sangat datang pada saya?  Kenapa?  Kenapa?  Mungkin kerana ia sangat mencintai diri saya yang lemah ini.  Ini semua gara-gara mengemas rumah semalam.  Memang saya sangat alah dengan habuk disekeliling saya.  Baru menyapu sikit selesemanya over.  Macam pegi letak muka dekat longgokan habuk kan.  Hahaha!  Srrroooooottttt!!!!


Azab weh bila kene selesema nih.  Hidung pulak tersumbat.  Ha, nak pelocok tak?  Gile heh?  Haha..  Alah, nak bermanja-manja sikit pun tak bolehlah you nih..  Bila selesema mula datang, segala macam kerja akan tertangguh sebab tak larat nak buat.  Kejap-kejap srrrooooottt!  Tisu bersepah-sepah.  Tuala kecil pulak beratus kali tukar.  Hadoyai..  Lemah betol.  Nak masak pun dah takde deria bau dan rasa.  So orang lainlah yang kena ambil alih tugas saya.  Heh?  Siapa orang lain yang rajin sangat tuh?  Boleh bagi award.  Haaaccuuummm!!!  Oh sorry, sorry.  Badan dah mula sejuk-sejuk.  Ok fever, do not come to me!


Tiba-tiba teringat masa sekolah-sekolah dulu.  Kalau kena selesema waktu sekolah, Ya Allah...  Tuhan saja yang tahu betapa terseksanya saya.  Nak concentrate sikit pun tak boleh.  Asyik bersin.  Mata yang sepet ni jadi kuyu, merah dan hidung pun merah macam badut dan persoalan yang akan ditanya oleh budak-budak lain adalah , "Nana, kenapa ni?  Nangis heh?"  Dah lah takde mood masa selesema, orang pulak asyik tanya soalan tu.  Rasa macam nak hempok je.  Eh jangan jangan.  Kejam betol.  Penat tau nak ulang jawapan yang sama bila orang asyik dok tanya macam tu.  Tapi sekarang bila dah masuk universiti, selesema je memang terus tak masuk kelas.  Pening doh nak paksa otak terima ilmu.  Kang dalam kelas yang sunyi tetiba plak "Haacooooomm!!".  Mahu tak terkujat budak-budak tu.  Lepas tu semua jauhkan kerusi.  Hahaha!


Dah dua hari selema memang tak larat sangat.  Macam nak cabut hidung, rendam dengan Ajax sekejap bagi kuman-kuman tu hilang.  Tapi apakan daya...  Sekarang nak tidur sebab tak larat dah nak berfikir nak tulis apa lagi.  Daa~

Wednesday, November 24, 2010

Encik Burger

Mari kita bercerita pasal burger kali ni.  Oh saya suka burger tapi takdelah obsess sangat.  Cuma kadang-kadang je makan.  Dalam seminggu sekali je.  Heh?  Macam tipu je.  Ah persetankan semua itu.  Janji saya suka burger.  Uols pedulik hape.  Lalala~  Ok ok.  Setakat ni burger yang paling sedap yang pernah saya rasa dekat muar. Depan pasaraya Astaka.  Sapa tahu, angkat tangan.  



Hah ye je uols tahu.  Tipu heh.  Takpe-takpe, uols tak tahu pon saya tak denda, no worries. Hehehe..  Ok sambung pada cerita burger tadi.  Burger yang abang tu jual memanglah sedap.  Tak caya pegi lah try sendiri. Tapi tak tahu lah sekarang ni dia ada berniaga lagi ke tak.  Hahahaha..  Ok stop!  Dengan harga yang berpatutan dan sedap rasanya hingga menjilat plastik balut burger (over lah kau!), memang membuatkan setiap hari saya rasa macam nak beli je.  

Dan burger yang tak sedap, eh cam kurang sopan je perkataan tu.  Ok ok semula.  Dan burger yang kurang sedap adalah burger dari Mek Donel.  Heh?  Uols suke ke?  I tak gemar sangat lah you..  Tak mencabar langsung burger Mek Donel.  Eh Nana bukan ke kau selalu pegi Mek Donel dengan kawan-kawan kau ke?  Hish DIAM!

Tapi kalori burger tinggi doh.  Kalau tak silap saya 425 kalori satu burger.  Lepas tu lawan dengan pepsi dengan 120 kalori.  425 kcals + 120 kcals = 545 kcals.  Hah memang gemok montel lah kau.  

Tapi Encik Burger saya suka makan burger, badan Encik Burger saya tak naik-naik pon.  Maintain je.  Jealous lah dengan dia!  Saya pula jenis kena jaga makan.  Kalau tidak cepat je kene beli seluar baru.  Hoi apa gelak-gelak?  Bagi tempeleng Segamat kang.  Aku slim lagi tau.  Jadi bagi yang sesapa yang mengalami berat badan yang agak tinggi sila kurangkan makan burger.  Tak masal.  Silalah tanya Encik Burger bagaimana dia menjaga perutnya.  Hahaha!

Eh sebenarnya tajuk entry tu tak ada kene mengena pun dengan apa yang ada dalam hati ni. Tak ada langsung okay!  Nak tulis lain, lain pulak ditulisnya.  Cuma nak cakap yang saya pegi meronggengkan diri dengan Encik Burger saya siang tadi.  Hahaha..  Oh terima kasih Encik Burger sebab temankan saya pegi Muar semata-mata nak ambil sijil Diploma je..  Heh?




Dah cukup cukup.  Ini saja Gambar Encik Burger saya.  Yang lain biar saya je yang tengok.

Monday, November 22, 2010

Saya orang Segamat (Part II)

Sambung cerita ji JB. Hahaha apa-apaan lah..
Hari berikutnya, nak dijadikan cerita, mak-mak punya plan nak pergi Tanjung Piai.  Ok jom kita pergi.  Tapi masa tu dalam kepala saya ni macam-macam persoalan yang diajukan kepada diri sendiri.  Tanyalah orang kan? Tah pape je.  Soalan macam "Ada apa kat sana?", "Jauh ke tempat tu?" tak pun "Best sangat ke tempat tu yang mak-mak kita ni beria-ia nak pegi macam ade longgokan emas yang menimbun-nimbun kat sana kalau tak pergi nanti rugi?"  Tapi tak gi tanya pun.  Lepas tu, ha... Hamek kau!  Nak dekat 2 jam jugak dok dalam van nak boleh sampai ke Tanjung Piai idaman mak-mak tu.  Dalam van nih dok mengomel sonsorang bila lah nak sampai, duduk belakang sekali dalam van Rusa bapak saya, dah la panas, hati pun agak panas ye di situ.  Bila sampai tempat idaman mak-mak tu,  mulut ternganga sampai mencecah ke tanah. Hebat tak saya? Hahahaha "What?? Ni je ke?"  Ok fine!  Redah je lar walaupun hati agak panas.  Muka kena macho cool doh, nanti kantoi la tak suka pergi situ!  Ok3, dalam pada tak suka tu sempat lagi snap gambar lagi tuh.  Dengan suhu yang kira-kira boleh buat sauna, maka saya dengan muka paling cool di abad ini masuk ke situ.



Senyuman plastik
Batu bersurat. Eh?! Bukan.




 Lotong yang sedap dimasak lontong.




Jellyfish 

Muka hipokrit giler. 





Cuaca sangat panas di tengahari buta menghitamkan saya *sigh*









NUSAJAYA




 Oke setelah fenat beronggeng-renggengan, hilangkan dahaga pulak

Promote air Tinge.  Sedap.  Cubalah!


TANJUNG LANGSAT (Sarang buaya)