Wednesday, November 17, 2010

Adat @ Agama ?

Okay now we are talking about ADAT.  Masyarakat melayu ni sememangnya sinonim sangat dengan adat diorang.  Macam-macam adat ada contohnya macam bersanding, cukur jambul, bertunang, sambut menantu, banyak lagi.  Dah jadi amalan turun menurun zaman berzaman dari nenek moyang uols lagi adat ni semua sampailah terkeluar pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat".  Apekah?  Biar anak mati kah?  Gilo apo?  Oh mungkin anak ayam kot.  Walaupun sekarang ni masyarakat kita dah moden, tapi masih ramai lagi orang yang masih teguh menegakkan adat diaorang.  Kan kan kan?


Agama Islam seharusnya membimbing adat orang melayu supaya berlandaskan agama dan tidak mengamalkan kepercayaan karut, khurafat dan syirik.  Baru baca tadi. hahaha...


Sebenarnya ada satu soalan yang selalu saya tertanya-tanya.  "Kenapa masih ada masyarakat kita (melayu islam) yang masih lagi amalkan adat resam yang bercanggah dengan agama islam?"  Pepatah yang “biar mati anak, jangan mati adat” tu, macam menunjukkan yang adat resam orang melayu ni dah sebati dengan kehidupan seharian masyarakat melayu.  Sampai ada yang tidak dapat membezakan yang mana satu baik atau buruk untuk amalan seharian.  Kalau tak ikut adat, mulalah kata apelah dia tu lupakan adat agaknya. mentang-mentanglah dunia sekarang dah moden, buang macam tu je adat ATAUPUN agak kenapalah dengan si polan tu ek?  Sebagai contoh:


MOTHER'S DAY


Sepatutnya tidak perlu satu hari khusus untuk ibu & bapa.  Kat negara barat mungkin ya.  Tapi tidak untuk orang Islam.  Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu & hari bapa untuk kita orang Islam.  Sebab selagi mana ia tidak syirik kepada Allah & selagi itulah dia mengikatkan ikatan syahadahnya tu untuk berbuat baik kepada ibu-bapanya.  Kalau kat negara barat, hari ibu tu datangnya dari kepercayaan diaorang sendiri iaitu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung.  Peringatan Mother’s Day di sebahagian negara Eropah dapat pengaruh dari kebiasaan memuja Dewi Rhea (isteri Dewa Kronus) dan ibu para dewa dalam sejarah Yunani kuno.  Oleh itu, dekat negara-negara tersebut, peringatan Mother’s Day jatuh pada bulan Mac.  Kalau dekat Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain macam Australia, Kanada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Singapura, Taiwan, Hong Kong, termasuklah Malaysia peringatan Mother’s Day jatuh pada minggu kedua bulan Mei kerana pada tarikh itu pada tahun 1870, aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara.  Dan sekarang ni, masing-masing cuba menjadikan hari ibu sebagai hari memperingati tokoh-tokoh negara mereka.  Kat China pula, sesetengah rakyat China sedang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius.

TAPI

Mengikut pandangan ulama pula, sudah cukup dikira derhaka jika dalam sehari dia tidak mendoakan kesejahteraan buat ibu-bapanya.  Sepatutnya seorang mukmin sentiasa mendoakan ibubapanya setiap kali lepas sembahyang dengan doa yang ma’thur yang diajar oleh Rasulullah S.A.W..  Itulah sebaik-baik ‘wish’ dan ucapan buat ibubapa. Maknanya, setiap hari, 5 kali sehari.  Bukannya setahun sekali ye.  Kita sekarang ni bila hari ibu @ hari bapa barulah sebok nak beli-beli hadiah lah itulah inilah.  Ceh..  Time tu je buat baik.  Hari-hari lain, dajal.  Kita ni sepatutnya, ssetiap kali jumpa ibubapa, cium tangan diorang.  Tak pun tiap kali ada peluang.  Bukannya tunggu hari raya sekali setahun baru nak cium tangan mak ayah.  Sentiasalah berbuat baik pada mereka dengan adab dan akhlak Islam.  Tidak cukup sekadar sekeping kad (yang kalu adik bakar teros hilang) dan setangkai bunga (tibe-tibe kambing jiran pi makan bunge tu, kan dah takde lagi).


MAS KAHWIN ... HANTARAN

Kadang-kadang orang keliru dengan benda-benda ni.  Kau tidak terkecuali Nana!  Oh ya saya pun tak tahu dulu apa bezanya.  Hoh hoh hoh...  Macam ketawa Santa Klaus pulak.  Jinger bell jinger bell!  Oke stop!  Kembali kepada dunia asal ye.  Mas kahwin ni asalnya ialah duit pihak pengantin lelaki kene bayar pada ibu bapa pengantin perempuan untuk membantu kos perbelanjaan kenduri kahwin.  Tapi zaman dan setelah kompromi antara undang-undang Islam plus adat Melayu, mas kahwin ni adalah mahar pembayaran yang diberi kepada pengantin perempuan itu sendiri.  Duit hantaran pulak merupakan adat orang dolu-dolu.  Duit hantaran ni adalah hadiah yang diberikan kepada pihak perempuan.  Hantaran ni taklah wajib pon.  Tapi mas kahwin tu wajib ye.


BERSALAMAN

Rasanya samua dah tau kan bukan muhrin haram bersalaman.  Hukumnya HARAM.  Oke kalau tersalam tu macamana?  'Ter' takpe..  Hah?  Mana boleh!  Hah inilah yang sedang dihadapi sekarang.  Kita (girls even boys) ni, kalau jumpa sedara-mara jauh ke dekat sebelah rumah ke orbesi oversea ke mesti wajib salam.  Kan kan kan?  Eleh takyah nak wat peda'ah la.  Uols kalau hari raya tu, habis semua orang uols salam kan?  Elele...  Kalau nak diikutkan adat kita, bila pegi rumah pakcik ke makcik, mesti nak kena salam dengan diorang.  Anaknya (lelaki) tak lah.  Persoalannya, kan kita (kalau perempuan) tak boleh bersalaman dengan pakcik kita.  I mean, pakcik yang jadi abang ipar kepada mak atau ayah kita and vice versa. 

Tapi dalam dunia sekarang, semua hentam kromo aje.  Sampaikan kita jadi serba salah.  Hey, nak salam ke tak ek..?  Kalau salam, berdosa.  Kalau tak salam, kata tak hormat pulak.  Lepas tu akan ada lah mulut-mulut yang sesedap rasa mengata kita ni sombong tak nak salam.  Padahal setahu saya, itu adalah haram.  Majoriti daripada kita salam sebab hormat diorang yang lebih tua.  Yang haram tu akan tetap jadi haram sampai bila-bila.  Tapi macamana nak bagitau diorang yang kita tokleh salam diorang sebab bukan muhrim?  Macamana??  Saya tak ada jawapan untuk soalan tu.  Kenapa kau tak tahu Nana?  Buat entry tapi tak tahu jawapan.  Apeda...  So, apa yang saya buat adalah, SENYUM saja dekat orang-orang yang sepatutnya tak boleh salam tu.  Lantak kau lah nak pikir aku ni belagak ke hape ke.  Kang kalau kate ey, saye mane boleh salam dengan awak sebab kite bukan muhrim, haram!  Kang ada pulak kang yang 3 tahun tak datang beraya umah aku kang.

Jadi, kesimpulannya, terpulanglah pada individu tu sendiri untuk berfikir nak buat macamana..  Kepada sesapa yang bace entry ni, kalau saya ada tersalah informasi, silalah betulkan ye..

No comments:

Post a Comment