Friday, November 26, 2010

Fakta Bahaya MEROKOK.

Tahukah anda?


  • Lebih 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun direkodkan berpunca daripada merokok.  Bilangan kematian ini jauh melebihi jumlah kseluruhan kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.
  • Percaya atau tidak, merokok merupakan penyumbang kepada kes kebakaran sebanyak 25%. (Oh yakah?  Baru tahu)
  • Negara kita dianggarkan rugi sebanyak RM20 billion setahun hanya kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan  produktiviti pesakit akibat merokok dan menghidu asap rokok.
  • Hasil kajian yang dijalankan oleh United State Surgeon General membuktikan bahawa perokok lelaki akan mati 13 tahun lebih muda berbanding mereka yang tidak merokok.
  • Banyak kesan buruk akibat merokok antaranya, deria hidung kurang sensitif, keupayaan mental dan fizikal terganggu, gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut, penyakit jantung dan kanser pankreas. (Perasan tak ramai orang yang dah tahu perkara nih tapi masih buat bodoh je??)
  • Gigi seorang perokok mudah rosak manakala gusi mudah bengkak.  Keadaan ini lambat laun akan menyebabkan tisu tulang penyokong gigi musnah dan akhirnya terpaksa dicabut. (rongak lah kau..)


  • Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang itu kerap merokok. (Padanlah muka.  Sapa suruh merokok..?)
  • Sekiranya seorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang sehari dirumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser dua kali ganda.  Aras nikotina, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah perokok lebih tinggi daripada manusia normal. (Hah diaorang peduli apa tentang orang sekeliling, janji dapat merokok)
  • Bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan sekali gus boleh menyebabkan penyakit ASMA.  (Heh..?)

  • Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, justeru boleh menyebabkan sakit jantung.
  • Merokok menyebabkan kualiti sperma berkurang.  Perokok tegar juga boleh terdedah kepada mati pucuk bagi lelaki.

No comments:

Post a Comment