Thursday, November 18, 2010

Kehidupan Saya

Hah setiap hari hanya buat benda yang sama.  Agak membosankan ye...  Mari kita buat seuatu yang luar biasa pulak.  Apekah???  Ahh...  Sangat bosan dudok di rumah saje-saje.  Nak pegi beronggeng tak?  Jom pegi zoo. Agagaga!  Asal kau nak pegi zoo Nana?  Rindu kawan-kawan kat sana doh seperti si bising-ungka & monyet, si panjang-zirafah, si kacak-kuda, si tampan-harimau, si becok-parrots, si belagak-merak, si ganas-buaya, si comel-gajah, si tajam-landak, si si si si...  Uols pulak la letak nama.  Lepas tu kita melawat Taman Buaya ke Taman Rama-rama ke.  Last saya pegi zoo kira-kira 5 bulan yang lepas masa cuti sem.  Hahaha cuti sem kau pegi zoo ke Nana?  Shut up!!  Ah apa yang di'kerapu'kan di sini langsung tak tally dengan tajuk entry.  Hoh!






Seperti biasa, setiap hari :


Bangun pagi nak solat subuh dalam pukul 6.12 6.15 ke (tambah 2 minit untuk betul-betul bukak mata) 6.30 ke.


Lepas tu mesti lah tidur balik.  Mujur baru kalau lepas subuh tu akan bangun dan terus mandi sambil terketar-ketar lepas tu dudok dalam bilik beberapa ketika menahan kesejukan sebelum pakai baju. Hah!
Eh eh tapi kekadang saya tetiba rajin bangun pagi terus kemas-kemas rumah, mop lantai, sidai kain, lipat kain.  Wooo..!  Tengahari baru masak siket & hidangkan.


Oke then tengahari pulak akan menunggu bapak dan adik pulang dari sekolah terchinta.  Eh dah lama kan tak pegi sekolah?  Rindu time kene marah dengan cikgu sebab asyik tak siapkan homework.  Pemalas kau Nana!  Mase sekolah dulu paling suka time PJK.  Sebab time tu boleh buat apa-apa aje yang saya suka.  Siap habiskan homework lagi you!  Ok3 dah.  Kembali kepada topik tadi.  Lepas bapak sama adik sudah pulang, kene hidangkan lunch.  Then satu kewajipan kene buat ini :-


Nescafe O untuk bapak dengan menggunakan gelas yang comel.

Ok then pukul 3.30 kena hantar si tonel Lin pegi sekolah agama pulak.  Hah walhal dia selalu ponteng sekolah agama dengan alasan 'kita tengah tidur ni'.  Kukuh sungguh alasan kau ye.  Hish budak-budak zaman sekarang.  Lepas hantar Lin pegi sekolah agama, ada lah can nak berFB ke, tidur ke.  Tidur aje keje kau!

Petang-petang pulak sesi tea-time PLUS tengok tv cerita.  Sambil makan cekodok ke kopok ke memang best.

Petang lagi, 6.30 p.m kena ambil budak kecik tu balik sekolah agama.

Lepas maghrib kena hantar kanak-kanak itu pegi mengaji kat umah ustaz belakang rumah (dulu je sekarang tak lagi)

Malam saya enjoy! Hahaha

Hari-hari buat benda-benda ni macam boring, jadi diselang selikan dengan aktiviti ronggengan.


No comments:

Post a Comment