Sunday, November 14, 2010

Tips Kesihatan Mata

InnerShine® Pati Berry sangat sesuai untuk sesape yang nak mencantikkan mata (tanpa lens la kan).  Tapi untuk beli mende alah tu macam tak berapa nak mampu lagi la.  Nak kena minum bende tu hari-hari baru la jadi cam dalam iklan tu.  Kalu korang minom seminggu sekali macamana nak effective bende tu.  Lepas tu salahkan iklan 'oi ape la iklan menipu.. aku minom tak lawa n tak bersinar pon mata macam Diana Daniella.'  



Ha tu mungkin ayat-ayat orang yang agak bongok ye.  Korang guna tak seberapa, nak kecoh lebih (tetibe emo).  Kan dah terang dalam iklan tu kate, 

'Nourish your eyes daily with InnerShine® Berry Essence'

so memang la kena minom hari-hari kan.  Tapi tak semua orang mampu nak beli InnerShine tu (macam saya la contoh terdekat.hehe).  So I'm giving you a few tips for healthy eyes.  Tips ni sesuai lah sangat untuk uols yang tengah study tu, tak pun untuk uols yang memang 24/7 ngadap laptop or computer.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu, pastikan jangan pejamkan mata masa air melalui mata, kelip-kelipkan mata beberapa kali, biar air tu cuci siket mata korang.  Memang la pedih siket tapi tahan je lah.  Siket aje..  Tapi masa syampu tu jangan pulak pegi bukak mata seluas-luasnya!



2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, then basuh bersih-bersih.  Ramas-ramaskan daun tu kemudian didihkan seketika.  Tapis airnya dengan kain bersih ke dlm mangkuk dan biar air tu sampai suam-suam kuku. Lepas tu basuh mata dengan air yang dah ditapis tadi sambil kelip-kelipkan mata berulang kali.  InsyaAllah mujarab, tapi cara ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.  Belakang rumah atok saya ade daun sirih rasanya.  Sesape yang nak, pi lah ambil sendiri.  Lalala~

Daun sirih (untuk sape2 yang tak kenal)

3. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.



4. Amalkan senaman untuk mata uols.  Ingat badan je ke kena bersenam.  Untuk senaman mata, uols boleh lah :

a) Pagi-pagi lepas bangun tidur, rajin-rajinkanlah tengok pemandangan hijau, contohnya pokok-pokok.  Ini baik untuk yang ada rabun silau.

b) Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan, lepas tu beransur-ansur lihat pulak objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya lah.  Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan.  Lepas tu bolehlah ulang proses ini beberapa kali sampai uols muntah-muntah.  Tapi masa tengah dok tenung objek tu, kalu ade awek ke pakwe yang lalu, jangan tenung lama-lama pulak.  Takot nanti esok hari uols da tak boleh buat senaman mata lagi sebab mungkin masa tu uols kena baling dengan objek lain pulak.

c) Rajin-rajinkan mata digerakkan ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah.  Buatlah sampai juling.  Ape gelak-gelak?  Hey ini senaman tau!


5. Lastly dan yang paling penting, jangan dok tengok benda-benda yang tak elok dari internet ke majalah ke dari mana-manalah.  Sangat-sangatlah tak elok untuk mata dan juga otak.  Tengok benda-benda tak elok jugak akan menyebabkan kita cepat lupa.  Nanti exam tokleh jawab, sape nak jawabkan? Ha...


No comments:

Post a Comment