Friday, December 31, 2010

Adab Membaca Al-Quran






Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia. Ulamak-ulamak muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:


1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca Al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.


2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian Al-Quranul Karim. Para Ulamak berpendapat sunat membaca Al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.


3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas. Juga menutup aurat.


4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat Al-Quran. Hadis Rasulullah s.a.w berbunyi:


      Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.
      Berkata Yazid bin Abdul Mallek: Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya Al-Quran maka peliharalah dengan bersugi.

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca Al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca Al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca Al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: 

      (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
      Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah:

      (Bismillahirrahmanirrahim).
      Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada Al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum Tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.

      Firman Allah S.W.T: Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil.
(Surah Al-Furqan: 32)

      Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)

      Pengertian Tartil pada bahasa: Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh. Menurut Istilah Tajwid ialah membaca Al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya. Saidina Ali k.w berkata: Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf Al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya.

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.

      Allah S.W.T. berfirman: Inilah Al-Quran yang memimpin jalan yang lurus.
      (Surah Al-Israi’: 9)
      Firman Allah S.W.T.: Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin.
(Surah Al-Isra’: 82)
      Firman Allah S.W.T. lagi: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
      Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah s.a.w telah bersabda sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib Mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.

      Berkata Mujahid: Apabila kamu menguap ketika membaca Al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati Al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:

      Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:  “Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

      Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis: Telah bersabda Nabi Muhammad saw, hiasilah Al-Quran dengan suara-suara kamu.

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
      (Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:

      Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan.


Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru


Saya Blogger Baru !!


Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah.

Sebagai penutup 2010 ni, saya berhasrat nak himpunkan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang follower. Saya telah membina page untuk diisikan oleh blogger baru yang bertujuan bagi menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut:

  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi;
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.

Saya nak tag :

30 random things about me


  • Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang perempuan-perempuan.
  • Saya study kat UiTM. Oh UiTM DiHatiku....
  • Saya geli gile doh dengan cicak.
  • Gile kalau tengok bakery. So kalau tak nak buang masa, jangan bawa saya singgah bakery ok!
  • Saya study course Business Finance. *walaupun sebenarnya saya nak Human Resourse T.T*
  • Saya selalu rasa kurang yakin bila berhadapan dengan orang yang lebih cerdas dan sangat berwawasan T__T
  • Saya benci asap rokok. Dan sewaktu dengannya. Sangat benci.
  • Saya suka tidur.
  • Saya tak suka bila orang yang tak kenal saya tiba-tiba dok kepoh sangat pasal saya. Nak mintak lempang heh? Over betol.
  • Sila letak barang saya yang telah digunakan ke tempat asal or else I will be HULK.
  • Saya tak suka main bola jaring dan futsal. Pape je.. Lalala~
  • Jangan text saya dengan perkataan 'Salam' semata-mata. Tidak akan dilayan sama sekali.
  • Pernah menjadi warga KLMU a.k.a Cosmopoint selama 3 tahun; Diploma in E-Secretaryship.

  • Saya suka kanak-kanak. *Lepas ni jangan la pulak suruh aku jadi babysitter anak korang*
  • Tak pernah makan petai. Yukkss!!
  • Saya suka makan. Heaven doh makan nih. Nanti kalau dah sakit tak dapat makan macam-macam. Baik uols makan je apa uols nak.
  • Mata sepet.
  • Saya suka kacau orang. Siyes best kacau orang.
  • Siyes jugak saya susah nak jadi siyes.
  • Tak suka bila orang suruh saya buat benda yang saya tak suka. Eh tak reti bahasa agaknya manusia tu.
  • Saya suka alphabet S. Sebab nama saya mula huruf S (walaupun sebenarnya N) *sebab nama En Burger pun S jugak. lalala*
  • Sangat tak suka ubat. Kalau ubat tu rasa macam cokolat Daim nak gak. Hari-hari aku makan ubat.
  • Saya tak suka masuk campur hal-hal orang. Pun tak suka orang dok sibuk-sibuk jaga tepi kain orang lain.
  • Saya suka kasut. Yeah...! Saya ada kasut sebelah lain sebelah lain. Selipar pun ada. Hehe


  • Yang ni saya cukup tak suka. Please dong... Kalau makan tu, jangan la bunyik-bunyik. Makan senyap-senyap sudah la.. Lepas tu sendawa tak ingat dunia. Tolong lah..
  • Tak suka betul time tengah ekonomi merosot, kena bayar itu ini. Topup, broadband, rumah sewa bla..bla..bla...
  • Percaya atau tidak, saya pernah masuk pertandingan buka pasang senjata M16 masa form 5. Lalala~
  • Kulit sensitif sangat pada cahaya matahari. Kejap je belang sana sini.
  • Masa sekolah dulu pegang jawatan Koperal dalam Kadet Polis.
  • Sedang memperbaiki diri untuk menjadi anak yang solehah, hamba yang bertaqwa.


Ok bye.

Thursday, December 30, 2010

Koleksi JEANS. Kenapa bagi nama *JIN* ??

Sedang asyik -tak la asyik sebenarnye pon saje nak bagi hevok siket- kemas-kemas almari tadi. gantung-gantung baju kurung yang berlambak-lambak dan bermacam-macam jenis baju lagi, saya pun keluarkan lah koleksi seluar jeans yang disimpan dari sekolah lagi. Wah... Nampaknya ada seluar pelbagai saiz. Uhh macam tak caya doh aku pakai seluar besar-besar dulu. Tak stylo tangsung!

Dok lipat-lipat sambil fikir apa nak dibuat dengan seluar-seluar jeans berkenaan, rupanya hampir 12 pasang yang dok TERlonggok dalam almari tu tak pakai-pakai. Beli bukan main, pakainye berapa kali je. Tah dari jenis apa punya seluar jenas pun ada. Beli kat Kota Bharu doh. Baju and seluar kat sana murah giler.. Jeans RM15 pun ada kot. Tapi bukan la jeans Lee or Levi's kan.. Jenama tah pape la. Tapi ok la not bad. Selesa.

Macam-macam jenis. Haih.. Rasa macam nak pegi jual kat bundle. Semak doh almari aku. Jeans je dah penuhkan suku almari. Space tu kalau guna untuk letak bembarang lain adelah lebih berfaedah.

Oke ni semua koleksi jeans yang mungkin akan di'bundle'kan. Maafkan saya jeans. Asal la tarok nama ala-ala jin ek.. 

Selamat tinggal jeans.. =.=


Dah macam Barcelona pulak.. 


Ni macam Carrefour


Apekah??? Gile besar seluar aku pakai dulu.. Agagaga




Jeans ini sangat selesa ok.. 


Ni sekali tengok macam Choong Wei. Hak3 






Ada lagi yang tidak di'famous'kan kat sini. Lain kali ye darling..


Ok bye.


Wednesday, December 29, 2010

Bila hati...


Bila hati dipermainkan

Memang sukar untuk memaafkan

Bila hati dah tak menerima

Senyuman begitu payah untukmu

Bila hati dah tak menerima

Jangan tanya kenapa aku menyakitimu

Bila hati dah tak menerima

Jangan harap keikhlasan daripadaku

BIla hati dah tak menerima

Jangan harap apa-apa dariku




Bila kebaikan diberi

Kekejaman yang dibalas

Bukan senang untuk aku menerimanya

Bila salah maka mengakulah

Aku takkan marah

Jangan berdalih dalih

Menuduh yang tak bersalah


Sudahlah

Aku begitu bosan dengan kepura-puraanmu

Hentikan semua itu

Kerana aku tahu muslihatmu ...



Tuesday, December 28, 2010

Dia koma =.=



Sapa koma?

Sapa?

Sapa?

Sapa?


Tulah. Ni umpama tikus membaiki labu la ni...

Dah elok elok, pegi tukar tukar.

Sekarang tengok apa dah jadi?

Sebelum ni dia sakit sakit tapi tak mau bawak pegi klinik.

Sekarang dia dah koma..

Nak buat apa?

Padan muka kau!

Nak tukar Windows XP kepada Windows 7 lah kononnya tadi.

Tapi tak jadi, tak tahu apa masalahnya.

Dan sekarang Encik Lappo saya dah koma.

Tak tahu bila nak sedar.

Kena hamtar hospital jugak nampaknya.

Maafkan saya!




Kesian awak Encik Lappo.


Monday, December 27, 2010

“CONTEST INSAN KESAYANGANKU”


Contest

Contest

Contest








Rasa macam nak tulis panjang berjela pasal member saya ni.
Silakan baca ye Cik Syamiza.
Muahahaha....


Saya sayang member yang sorang ni. Ini siriyes ok!! She is the best friend ever. Saya berani jamin tak ada lagi kawan yang lain sebaik dia. Uhuk3. Tacing pulak.. Nama dia Fateha. Tapi saya panggil Teha. Saya kenal dia masa study kat Cosmo dulu. Tapi kenal betul-betul masa sem 2 kalau tak silap. Kami satu kelas, course yang sama, E-Secretary. Masa dia mula pindah rumah sewa saya, macam malu-malu gak. Poyo je hek? Lempang kang. Yelah, baru kenal doh.. Tapi bila dah lama, kami jadi kamcing gila-gila. Tapi sekarang ok lagi takde lah sampai masuk Tanjung Rambutan. Sekarang, family dia dah macam family saya jugak. Hehe..




Seronok jadi kawan Si Teha ni. Sempoi gila. Tapi satu perkara yang saya sangat respect, suspect kat dia ialah, even dia orang susah dia tak pernah putus asa. Fateha saya sangat tabah.  Walaupun masa belajar, CGPA dia rendah, dia berusaha untuk naikkan CGPA dia walaupun kadang-kadang dia kata dah takde semangat nak study lagi. Disebabkan ketabahn dia, kami berjaya grade sama-sama. Yay!!


Masa duduk kat Muar, kami dah 3 kali pindah rumah sewa. Haih.. Penat doh angkut barang. Sorang punya barang dah macam 3 orang punya. Masih saya ingat lagi masa duduk rumah sewa yang last tu, saya kena attack asthma. Inhaler pulak tertinggal kat rumah member. Mau tak tercungap-cungap aku. Kusmangat.. Nak dijadikan cerita, member tu refuse untuk hantarkan ubat tu bila dimintak tolong even rumah dekat je. So saya tawakal jelah. Esoknya baru saya bagitahu Si Teha ni kejadian malam tadinya. Dia punya lah mengamuk. Huish nak bertukar jadi Hulk ke hape? Ayat dia yang saya ingat sampai sekarang, "Hish kalau la jadi apa-apa pada ko malam tadi memang aku takkan maafkan dia sampai bila-bila!" Garang giler minah ni..


Kalau time malam-malam pulak, bila sorang dah berbunyi "Weh, ko lapar tak?", ha tu tandanya makanan takde kat rumah. Dan sebagai student, kami ni takde lah motor kereta ni semua. So, dengan otak biol perut lapar dah pukul 1 pagi ni, dengan selamba kami keluar buat muka innocent pegi 7 Eleven ke pegi beli burger ke. Walhal kawasan rumah sewa kami tu agak femes dan merbahaya dengan drug addictnya. Dah pukul 1 pagi anak dara keluar jalan kaki cari burger. Gile??


Serious.. Kami suka buat kerja gila. Kalau bergura tu tak payah cerita lah, memang kuajo punya gurauan. Masing-masing tahan maki. Agagaga.. Pernahlah kami gurau cara kami dengan orang lain dan kesannya orang lain tu terasa hati doh dengan kami. Ternyata hanya kami yang memahami gurauan kami. Hahaha..


Kat kelas pulak memang budak duorang ni lah yang paling kepoh. Kalau diam 15 minit je, mesti ada yang tanya, "Eh korang sakit ke?". Kadang-kadang tu kami saje je buat cam tengah gadoh kan, lepas tu dalam kelas buat bodoh je. Senyap nak mampus kelas time tu. Lepas tu mula lah yang tnya. Saya dengan Si Teha ni dah bantai gelak kan diorang. Bahahaha...


Antara kami memang takde rahsia. Kalau saya ke dia ke ada buat silap and konon nak sorok la nih.. Tapi tak berjaya. Rasa bersalah doh.. Mesti nak kena bagitahu dia gak. Haish.. Private and confidential ni dah takde lagi dah. Sume benda bantai cerita kat dia. Sepanjang kami berkawan dan sampai hari ni, memang kami takde rahsia pon rasanya.  Tapi sekarang kami dah jauh. Saya study kat Kota Bharu dia kerja kat Putrajaya. Oi Teha.... Aku rindu ko lah.... 


In a nutshell, saya sangat sayang member saya sorang ni. Dialah sahabat suka dan duka saya. Susah senang kami hadapi bersama walaupun benda tu perit sangat. Ceh bunga bunga seh ayat... Tak boleh blah. Ok dah tu je nak cerita.



(menang la menang la....)



Yang kena tag











Ok cukup. Bye.



Lupa nak link kan contest tu hehe
Click HERE . 

Sunday, December 26, 2010

Alasan Biasa Artis Kita

Selalunya kalau orang biasa macam kita ni TERbuat silap, tak ada sapa nak dengar alasan beliau kan? Kan? Kan? Cuma kawan baik beliau je yang dengar. Itu pun kalau time rajin. Hoh3


Tapi kalau la artis femes yang buat silap, fuiyoo...! Satu dunia nak tahu apa alasannya.


Kenapa weh?
Asal la dia buat cenggitu hek?
Eh dia tu dah tebiat ke hape buat macam tu?


Lepas tu alasan yang si artis femes ni bagi mesti hampir-hampir serupa je maksudnya. Cuma ayat je lain sikit.


Jom kita check it out !



BILA KENA TANGKAP BASAH
"Kami tak buat apa-apa pun masa tu. Kami hanya buat kerja masing-masing, tak lebih dari tu. Percayalah. Terpulang lah pada mereka diluar sana untuk buat penilaian terhadap saya"
[ Syazana Aziz kata : Lepas tu esok lusa tup tup, keluar lah statement yang kata artis tu memang nak kahwin dengan artis tu. Cinta disemai masa ditangkap basah ye... Oppsss!! ]


BILA FILEM TAK LAKU
"Penonton-penonton di Malaysia sendiri, sekarang ni yang tak mahu langsung memartabatkan filem tempatan. Asyik mengagungkan filem luar negara. Apa kurangnya artis-artis kita? Mereka bagus. Saya agak kecewa bila rating filem luar negara lebih tinggi dari filem tempatan."
[ Syazana Aziz kata : Lepas tu yang hangpa pi dok buat filem tahap 'sampah masyarakat' tu buat apa? Jalan cerita tah apa-apa lepas tu nak salahkan penonton sebab rating filem kau rendah. Banyak lah kau punya kecewa. Tahniah Syamsul Yusof. Filem you memang I suke..! ]


BILA TAK MENANG ANUGERAH
"Saya masih baru, jadi mungkin tak ramai yang nampak bakat saya"
[ Syazana Aziz kata : Memang kau baru kot. Dan mungkin bakat kau lebih kepada buat konsert kat dalam bili air ]
@
"Saya tak kisah. Lagipun saya baru setahun jagung dalam industri ni. Kita kena bagi penghargaan pada artis-artis yang dah lama dalam bidang ni. Dan saya akan terus menyemarakkan lagi industri seni negara. Mungkin lepas tu saya akan lebih dikenali dan diterima"
[ Syazana Aziz kata : Perasan tak kadang-kadang ada artis yang meluahkan rasa "Saya agak kecewa, tapi takpe lah bukan rezeki saya" dalam suratkhabar, tak pun dalam majalah. ]


BILA DIRI SENDIRI TAK LAKU
"Artis-artis muda kita lupa dengan jasa orang lama macam kami. Mereka tak faham macamana susah payahnya kami menaikkan nama seni tanah air hingga ke tahap sekarang."
[ Syazana Aziz kata : Lepas tu mula lah dok merapu dengan muka kesian kat TV mintak-mintak supaya producer drama melayu bagi job kat depa. Tapi solute kat Wahid Satay, Fauziah Nawi, & Fadilah Mansor. Uols memang best! Muah! ]


BILA PASANGAN DIRAMPAS ORANG
"Saya akan memaafkan dia tapi untuk menerimanya kembali memang tidak sekali kali. Biarlah dia bahagia dengan kekasih barunya. Saya akan teruskan hidup dengan anak-anak. Anak-anak adalah nyawa saya."
[ Syazana Aziz kata : Lepas dua tiga minggu dah keluar gosip Si Polan tu keluar dating dengan awek@pakwe baru. Siap ambil gambar mesra-mesra dengan anak-anak dia. Lalala ~ ]






Saturday, December 25, 2010

Oh Daim.. Nak kawen dengan kau boleh???



Seronoknye dapat Daim...


Seronok seronok seronok...


Eh Sapa Daim? Sapa weh? Boyfriend baru kau heh Nana? Haish diam! Bocor la rahsia aku doh..


Bila dapat Daim, saya akan menikmatinya dengan penuh keasyikan. Penuh nikmat.


Nikmat tak terkata.


Sedap doh coklat ni...





Lepas balik dari bandar tadi, Si Cacha kate, 


"Kak tadi Ily datang. Dia siap bagi coklat Daim tau.."


Ah dengan rakus aku lari masuk rumah cari mana coklat tu disembunyikan.


Haha memang dasar!


Coklat yang En Burger bagi tu pun tak habis-habis lagi.


Mana boleh makan coklat selalu nanti demok lah aku.. Kena la cari jeans baru kalau dah demok. Hish!


Ok nak pegi menikmati keenakan Daim.


Bye!


Friday, December 24, 2010

Kamarku Syurgaku. Eh bukan Rumahku Syurgaku ke? Ke Syurga Cinta?

Wah hari ni saya nak share kat uols pasal sedikit info mengenai bilik tidur. Hah sapa-sapa yang bilik bersepah tu pegi kemas sekarang. Hadoyai alergik betol aku tengok sampah-sampah a.k.a habuk-habuk dan sela jenis 'wig' atas lantai tu.


Haih tapi tu semua tak dapa nak dielakkan dalam bilik saya. 1 bilik share 4 orang. Semak doh! Kalau adik semua jenis sukakan kebersihan tak apa. Ini tak, tengok habuk sebelah mata je. Rambut-rambut yang bergelimpangan tu dah boleh buat 1 wig dah weh.. Penat cakap dengan depa ni. Macam mencurah air ke atas plastik. Masuk telinga kanan, keluar kat semua tempat. Hadoyai...


Ok dah mari la kite pegi kepada perbincangan supaya entry ni tally dengan tajuknya.


Bagi saya lah kan, bilik tidur yang dihias indah macam heaven boleh menenangkan fikiran. Takde lah kalau stress balik kerja tu, masuk je bilik tengok, MasyaAllah... Mengalahkan tongkang pecah. Tapi ramai je kot yang buat endah tak endah je. Ala, ala kadar sudah la.. Tapi saya tak boleh. Bila bilik dah tunggang langgang, otak pun akan tunggang langgang gak. So, mari kita tengok beberapa tips yang boleh uols guna untuk hias bilik.





  • Cat bilik menggunakan warna yang romantik (cewah) seperti merah jambu, ungu atau peach. Sebaiknya gabungkan sikit ruang dengan warna lain supaya kelihatan lebih menyerlah. Tapi kalau bilik uols guna wallpaper, pastikan ianya tak terlalu sarat. Dah la dinding bercorak, nak gantung macam-macam pulak. Lagi serabut nanti.

  • Warna langsir selaras dengan warna dinding. Warna langsir harus match dengan warna dinding bilik uols. Guna bahan langsir daripada material yang ringan dan lembut. Jangan pegi buat kain tebal-tebal buat langsir pulak, tak pasal-pasal, sekali rentap habis semuanya. Kalau suka guna motif flora di bilik tidur, guna corak yang berbunga kecil (^_^)

  • Bangkitkan mood dengan cadar yang sesuai. Dah besar-besar ni takyah la kot guna cadar yang gambar doremon ke gajah ke ikan ke gambar muka sendiri ke.. Cam kekanak je. Pilih lah cadar yang sesuai dengan bilik uols tu oke! Kalau saya, saya suka warna cadar yang bertentangan dengan warna bilik. Bilik saya pink lah.. Tapi Pink+Purple=warna ape pun tak tahu.

  • Guna lilin aroma terapi. Ini saya suka. Tapi jarang ada dalam bilik sebab nanti adik saya yang bongsu akan kerjakan lilin tu. So better not to have it while I'm not semester break. Lilin aroma terapi ni boleh memberi ketenangan dan kesegaran dalam bilik. Tapi watch out ha.. Jauhi daripada langsir.

  • Aksesori sebagai pelengkap bilik tidur. Pilih bunga atau bingkai gambar lukisan bersama kawan atau family. Kalau macam sejambak bunga tu sekadar nak menghidupkan suasana je. Lagi best kalau letak satu cermin besar dalam bilik. Nampak macam rumah orang kaya gitu.. I loikeeee!

  • Aturan perabut dalam bilik. Sebelum aturkan segala macam perabut dalm bilik tu, pastikan dulu kat mana pandangan utama dalam bilik tidur. Then pastikan sudut yang terbaik untuk katil diikuti dengan perabut-perabut yang lain. Jangan letak segala macam benda dalam bilik. Baik jadikan stor je kalau semua benda nak sumbat dalam bilik.


 Nak buat bilik warna ni boleh??