Thursday, December 23, 2010

Ala.... Dah nak kena balik dah ke? Nak dok kat sini je tak boleh heh?



Alahai... Rupanya cuti saya dah nak habis. Oh noo...! Kena balik campus. Dah nak kena ngadap buku semula. Rasa macam malas pulak. Ha kau tu ape je rajin Nana.. Shh! Diam. Malasnya nak packing barang nak angkut naik keretapanjang tu. 


Nasib baik tiket still ada. Hari tu saya pegi stesen keretapanjang, tinggal tiket first class yang kat atas je. Terpaksa redha. Daripada dapat tempat duduk class ekonomi tu. Huish tak sanggup den. Bukan sebab nak jaga imej atau standard ke apa, cuma saya lebih pentingkan keselesaan. Sakit pinggang doh kalau dapat seat biasa. Nak-nak lagi kalau seat tu tak boleh rebahkan. Memang patah pinngang gua beb.


Dah dua tiga kali jugak saya dapat seat macam tu. Tobat dah tak nak beli tiket lambat-lambat. Saya rela bayar mahal sikit untuk dapatkan tempat tidur. Hehe.. Tak la mahal sangat pon. Dalam RM 41 - Rm 47 aje. Selesa. Privacy sikit. Kalau dapat seat biasa, nak kentot pon kena cover. Haih..


Tadi sempat lagi godek-godek student portal nak tengok jadual. Ok nak nanges jap sebab class setiap hari pukul 8 okay.. Dem!


Jadual class saya. Tapi mungkin akan bertukar lagi untuk beberapa minggu. Hah normal!


Seronok dalam duka. Ececeh.. Seronok sebab takyah dah nak tidur-tidue lepas subuh. Rumah sewa jauh sikit dari campus, kena berhadapan dengan traffic jam pagi-pagi pulak depan Tesco tu. Hadoyai memang azab. Class pukul 8, pukul 7.15 or 7.30 dah kena gerak. Kalau tak lambat la mak sampai class you..


Sebenarnya boleh je nak duduk rumah nenek depan campus je. Saja I ngengade nak duduk rumah sewa. Kesian la pulak kat member sorang tu. Nanti pegi class sensorang pulak dia.








'KataKataAluan'
Teringat masakan nenek. Oh sangat sedap. Ikan lais masak asam.



No comments:

Post a Comment