Tuesday, December 14, 2010

ﺃﺸﻜﺮﻳﺎﺮﺑﻲ



Terima kasih Tuhanku

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan RahmatNya
Membenarkan aku menghadapMu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap denganMu Tuhan
Mingizinkanku Minta padaMu
Memuja memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat padaMu Ya Rabbi

Tapi aku khuatir ketika menghadapMu
Tidak pula pandai beradab denganMu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan
Bukan Rahmat dariMu yang ku dapat

Tapi ku kan dapat kemarahanMu
Ya Rabbal ‘Alamin
Maafkan aku

No comments:

Post a Comment