Monday, December 20, 2010

I LOVE YOU

Helo.. Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Hari ni Syazana Aziz berjaya tak tidur lepas bangun Subuh. Lepas solat Subuh tadi, hati tiba-tiba sayu sangat. Teringat arwah mama. Dah 6 tahun mama pergi.

Rindu masakan mama. Rindu nasik goreng sarapan pagi yang mama buat, walaupun kadang-kadang mama buat jemput-jemput. Ngeh3..

Rindu leteran mama yang selalunye saya muncung je bila dia mula berleter. Heh teruk lah kau ni Nana.. Agak la..

Rindu ayam masak kari india yang mama masak. Sangat sedap okay! Kalau uols nak rasa, mai la datang umah saya boleh masakkan. Hehe tapi rasanya tak la sesedap yang mama masak tapi ok la, not bad. Agagaga Kalau uols yang tak pernah rasa tu, mesti akan makan sambil tutup mata menikmatai kesedapan masakan tu. Lalala~
nanti i aja uols heh macamana nak buat. Eceh... Eceh.. Macam chef la pulak.

Rindunye kat kamu wahai mama terchenta.....

Tokleh nak tunjuk gambar banyak-banyak sebab tak banyak gambar mama sebab dia 'photographer' weols kan. Hehe

Walaupun mama saya suka berleter (mane tak dia asyik membebel, anak-anak pemalas nak mam time tu), saya tetap suke. Teringat masa saya form 4, Ustazah Norizan kata, biarlah mak ayah kita nak membebel tak henti-henti pun. Nanti bila dia dah takde, kita akan selalu terngiang-ngiang mulut dia yang macam bertih jagung tu, suara dia membebel kat kita. Oh tup-tup mama saya pun pergi. Ah ustazah ni macam tau-tau je...

Sedih tau you..

Mama saya ni, walau penat macamana dia sekalipun, dia akan ajak anak-anak dia buat kerja rumah sama-sama. Bukannya lepas tangan macam permaisuri je... Semua suruh anak buat, dia dok goyang kaki je. Amboi... Cantiknya perangai. Ingat bini Agung ke hape? Maybe cara mama je yang lain nak suruh weols sume turun padang buat kerja rumah. Ala of course la mak uols pun akan cakap 'kakak, tu cube la tolong sidai kain tu. Nak suruh kain tu kering dalam bakul ke?' Kan kan kan? Elelele tipu... Ngaku je lah..

Nak dijadikan cerita, saya dan adik-adik (kecik lagi time tu) memang malas tahap gaban. Sebab tu la kena marah selalu dengan mama. Ayah, dia cool je. Tapi bila sekali marah, hamek kau! Seriously, weols memang takot gile-gile dekat ayah. Sampai gile ngko...

Tapi sejak mama takde, ayah dah berubah. Dia jadi pelawak terhebat di Asia pada abad ini. Suka bergosip jugek... Itu tak baik punye....

Masa mama saya disahkan meningal dunia, saya kat umah sebab masa tu ayah bawak mama pergi hospital. Mama asthma kuat dan itu adalah kali yang ketiga. Tak sangka mama akan pergi terlalu cepat tinggalkan weols. Sampai hati.... Kok ye pun buatkan la ayam masak kari india satu kuali dulu..

Masa pergi tengok mama kat bilik mayat, seram sejuk seyh. Bau kapur barus. Cuak tau.. Air mata sentiasa meleleh. Air hidung pun tak terkecuali. Sok sek sok sek.. Sampai kat kubur mata & hidung saya ni asyik berair je. Hish, orang dah kata stop keluarkan air. Nak keluar gak. Degil sungguh!

Saya terkilan sebab tak sempat nak cakap, "Mama, kiter mintak ampun ye. Halalkan makan minum kiter selama ni. Kiter banyak dosa ngan mama."

Ok dah. Saya tak boleh continue lagi..


Nasihat saya kat sini, kalau uols yang masih ada Mak, Mama, Ummi, Mummy, Bonda, etc tu, jaga mereka baik-baik. Jangan sia-siakan mereka. Bak kata dalam 1 belog yang saya baca hari tu, bagi je apa diorang nak, sedekah duit beriban-riban, bagi umah besor istana pun takpe, kereta 10 bijik sorang jugak takpe, jongkang emas 1 guni takpe jugak, duit berkepok-kepok biar terlondeh seluar @ beg diorang. Ha bagi-bagi...

Kenapa?

Sebab nanti uols akan menyesal bila diorang dah takde. Lebih-lebih lagi tak sempat nak cakap "Mak @ Mama @ Ummi @ Mummy @ Bonda, saya mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kakai. Halalkan makan minum saya"


1 comment: