Saturday, December 18, 2010

Ini feberet saya !

Oh hari ni hari Sabtu yang indah sebab pegi jemputan kahwin anak guard sekolah ayah, makanannya sangat sedap. Menyesal pulak tak amek nasik banyak sikit. Hahaha.. Gemok weh! Sedor diri tu sikit ye... Daging kurmak dia fuuhhh... Sedap doh, daging lembut. Jarang tau kalau pegi rumah orang kahwin, kalau masak lauk daging, dagingnya lembut macam tu. Ditambah pulak lauk labu masak lemak. Gile aku kejap.

Tapi mana boleh bedal semacam je kan. Kena jaga kalori dalam badan sebab saya ni PEROKOK PASIF. Kang tak pasal, kolesterol dalam darah tinggi, jantung tersumbat, ha amek kau! That's why saya ada asthma. Very allergic to smoke.

Ah.. benci asap rokok! Katakan tak nak kepada rokok! Yeah!! 

Eh eh ni dah lari dari topik ni..

Actually hari ni saya nak share kat uols yang i dah berjaya buat cheese cake. Lalala~ Seronok seronok. Tak ada niat pun nak buat cheese cake sebenarnya. Semalam pergi OTN (kedai jual barang-barang buat kek) solely nak beli papercup sebab nak buat kuih apom. Suddenly ternampak tepung CHEESE CAKE. Lantas dengan tidak sengaja saya telah terambil tepung berkenaan lalu telah terbayar. Maka bila dah terbeli kenalah buat kan. Takkan nak buat pekasam pulak. Rugi la you..

Resipi

Bahan-bahan :

500 gm Tepung cheese cake
(ni beli kat kedai yg jual barang-barang buat kek. nanti lain kali i share full recipe of cheese cake ok)

150 gm Tepung jagung

6 biji Telur
(seperate the white and the yolk)

1 tsp Cream of Tartar
(cari kat kedai)

50 gm Gula Kastor
(yang suka manis boleh tambah lebih gula)

200 ml Susu segar

Cara-cara :

Pukul tepung jagung, sus segar & kuning telur.

Kemudian asingkan.

Pukul pula gula kastor & cream of tartar sampai kembang.

Then campurkan kedua-duanya.

Bakar (steam bath method) dengan suhu 160°C selama 1 jam.

Nak tahu kek dah masak ke belum, cucuk kek dengan lidi or garfu. Jangan cucuk lebih-lebih, kang hancur pulak kek uols!

DAN
 ini hasilnya




4 comments:

  1. salam....

    nanti ada kenduri kwin yg lain makan banyak2.

    follow ur blog..

    ReplyDelete
  2. nyam nyam...nanti nk try laa..

    ReplyDelete