Monday, December 20, 2010

Mari menggodek dapor !!


Seperti yang dijanjikan, (eh eh ade aku janji heh?) pada hari ini saya akan ajar uols macamana nak buat... Saya tak bagi spesifik ingredient sebab bahan-bahannya saya main campak je..


AYAM KARI INDIA


Bahan bahan yang diperlukan : 


Ayam
Jangan pegi beli daging pulak. Kang bukan jadi ayam kari india..
Ikot la berapa banyak yang uols nak makan.

Bahan penumis
(bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan sebagainya. Lupe amende tah lagi)

Cili kering

Bawang merah

Bawang putih

Halia sikit


Serbuk kari Ikan
(lebih sedap)

Daun kari
Nak kene lempang kalau uols guna daun sup!!

Garam secukup rasa

Gula sikit


Cara-cara mencampakkan bahan-bahan itu tadi :


Ayam tu uols potong kicik-kicik ha..

Then gaulkan dengan serbuk kari, daun kari, cili kering, bawang merah & putih, halia, garam dan gula.
*cili kering, bawang merah & putih dan halia dimayang sarikan.

Perapkan
(Ni kalau tak perap pun takpe. Tapi kalau nak sedap perap la 2-3 jam. Kalau nak lagi lagi sodap, perap semalaman. Ni bukan mainan okay!!)

Lepas tu boleh lah masak.

Tumis dulu penumis tu then baru masukkan perapan ayam tadi.

Letak minyak banyak sket kalau tak nanti ayam uols tu melekat kat kuali.






Pesanan penaja : Masak dengan api yang kecik! Jangan berkali-kali guna api umpama macam nak bagi rentung ayam tu.

Harap maaf gambar tidak dapat disiarkan sebab hari ni tak masak ayam kari india.

3 comments: