Saturday, December 4, 2010

Perlu Ke Semua Tu?

Sikap pentingkan diri sendiri memang tak elok kalau terlalu over dalam diri kita. Confirm orang muak dengan kita kalau semua perkara nak ikut kepala kita. Sikap selfish ni adakalanya membuatkan kita dibenci orang sekeliling. Yelah, cakap atau nasihat orang lain susah nak terima, tapi kalau idea dia orang tak ikut bukan main melenting lagi. Come on lah, berhati perut lah sikit dengan orang lain. 


Tapi kadang-kadang kita PERLU jadi selfish supaya tak ada orang yang akan pijak kepala kita. Tapi kenalah kena pada masa and tempat. Janganlah melampau sangat. Sepanjang hidup saya sampailah hari ni, saya dah berhadapan dengan macam-macam ragam manusia. Karenah saudara-mara, kawan-kawan, adik-beradik.


Saya akui kadangkala saya berkecil hati dengan kata-kata pedas atau sindiran sesetengah pihak. Mungkin salah saya. Tapi bagi saya tak perlu nak memaki hamun atau buat sindiran keras sangat pada kita. Kalau nak sindir sikit-sikit dah la kan. Ni over plak. Kalau nak ikutkan hati ni, nak aje saya bagi penumbok sebijik. Tapi saya kena la jage jugak imej saya, sebagai seorang perempuan muslimah sejati. Ehem ehem! Yelah, kang kalau buat bukan-bukan, cepat lah mulut yang mengata. Tahu-tahu jelah orang sekarang semakin aktif bergosip.


Tapi saya memang solute lah orang yang kena maki hamun tapi still boleh senyum. Gile doh.. Kalau kau kena maki hamun, mau tak berjurai air mata tu. Tapi air mata saya sangat mahal. Saya memang susah nak menangis in case ada perkara-perkara yang buat hati saya tersentuh. Eh last menitiskan air mata masa tengok cerita Lagenda Budak Setan. Hahaha.. Tapi cerita tu memang sedih okay! Dah berhenti ketawa. Lebih-lebih pulak.


Berbalik kepada dunia asal. Perlu ke nak kecil hati dengan adik-beradik? Soalan ni selalu je orang tanya. Emm tak perlu kot. Maybe perlu. Eh entah tak tahu. Bagi saya nak buat apa kecil hati lama-lama dengan adik-beradik. Helo.. Air dicincang takkan putus okay! Lain lah kalau kau pegi tutup paip air tuh *sigh*..


Biasalah, budak-budak. Tapi muka kena maintain cool, tak nak kasi orang perasan. Hahaha.. Adik-adik saya memang mulut 'cepat' sikit. So saya kecil hati 3 saat je dengan diaorang. Buat apa nak lama-lama. Tapi sometimes kalau saya betul-betul terasa hati, saya akan berdiamkan diri je. Simpan dalam hati. Uhh, that is who I am. Saya akan duduk kat bilik sorang-sorang buat apa yang patut. 


Hei tah ape-ape je.. Saya memang tak tunjuk pun. Tapi ada perkara baru-baru ni yang membuatkan saya terasa hati sangat, ada hamba Allah tu kata, "tu ha si b*** tu" kat saya. Huih terkejut siot.. Tapi muka saya still cool and boleh gelak lagi. Tak tahulah kalau-kalau saya salah dengar ke apa. Tapi dengan tangan yang menghala kepada saya tu, buat saya fikir macam tu. Then saya muhasabah diri, tak apalah mungkin dia terlepas cakap. Hanya Allah saje yang tahu perasaan saya masa tu. Terdiam gak beb. Takkan saya nak pegi cepuk dia pulak.. Anak orang tu, bukan anak tikus.


'Aku tengah sibok ni tak nampak ke?' Oh ayat tu memang menyakitkan hati bila dengar. Susah nak mintak tolong dengan orang sekarang ni. Sometimes, orang yang tolong tu pun bila kita tengok macam tak bersungguh je. Masam-masam muka lah.. Agaknya ape perasaan dia kalau orang buat dia macam tu? Saya dah biasa dengan orang sekeliling yang berperangai macam tu. Dia susah nak tolong orang, tapi kalau orang tak nak tolong dia, mula nak mengungkit, hentak-hentak kakilah, hempas-hempas baranglah..


Ya Allah, apa nak jadi? Saya bukan nak kata saya ni baik sangat, tapi ringan-ringankanlah tulang bantu sesama saudara supaya orang lain pun akan ringan tulang bantu kita. Jangan asyik dok complain itu ini aje. Tapi buatnya tak nak.
Lumrah manusia barangkali.




'KataKataAluan'
Untuk orang yang selalu merungut and tak suka bila saya mintak tolong tu, tak apalah, saya akan buat selagi saya mampu dan cuba tak minta tolong dengan anda melainkan terdesak.
Untuk yang selalu memaki hamun orang tu, sudah-sudah lah. Tu dikira doa tau. Nak ke tengok saudara-mara Islam kita jatuh? Melayu macam ni ek..

No comments:

Post a Comment