Thursday, December 16, 2010

Punca Memiliki Rambut Seperti Penyapu

Apa perasaan anda pabila memiliki rambut yang hitam, lebat dan panjang mengurai bila ditiup angin taufan?? Oh bahagianya..  Eh statement itu hanya ditokok tambah saja ye. Takdelah angin tu sampai ribut segale kan. Angin sepoi-sepoi peribahasa je.. Rambut panjang mengurai tu jangan uols fikir CIK PON pulak!! Debik kang..





Tapi apa pula perasaan uols bila rambut cantik-cantik tu tiba-tiba GUGUR,KERING KONTANG BAK PADANG JARAK PADANG TEKUKUR DI AFRIKA, BERCABANG EMPAT, RAMBUT ROSAK, dan TERPUTUS-PUTUS SEPERTI COVERAGE DALAM HUTAN?? Pastinya uols akan gundah bin gulana kan?

Apa sebenarnya yang menyebabkan rambut uols seperti yang telah digambarkan seperti di atas?

Sekarang ni dah banyak produk penjagaan rambut bagi rambut yang bermasalah macam tu. Cuma uols kena lah pilih dengan hati nurani, yakin tanpa was-was (cam iklan Zaitun plak) dan yang paling penting, sesuai dengan masalah rambut uols. Kalau rambut berkelemumur tu jangan lah pegi beli syampu untuk mendapatkan rambut yang bekilat pulak. Confirm lah tak jadi apa kan.. Hish..

Rambut yang tak sihat ni perlukan rawatan segera sebab kutikel di bahagian rambut tu dah rosak. Sebab tu lah rambut tu nampak tak terurus, kusam, rapuh je. Kat sini kita tengok apa punca-punca rambut jadi rosak.

1.  BLEACHING @ MEWARNAKAN RAMBUT @ KERINTINGKAN @ REBONDING
Bagi sesiapa yang kerap warnakan, kerintingkan atau luruskan rambut tu, nak bagitahu ni, peroses tu sebenarnya menyebabkan kerosakan pada kerosakan kutikel rambut yang membawa kepada kerosakan ikatan protein pada rambut dan menjadikan strukturnya lemah. Selain tu, uols akan dapat free kelemumur. Bestkan? Siap dapat free lagi.

2.  PENGGUNAAN PENGERING RAMBUT
Suhu pada pengering rambut yang terlalu panas dan kerap akan menyebabkan kerosakan kutikel rambut. Suhu panas tu jugak boleh menghilangkan kelembapan rambut.

3.  FAKTOR CUACA
Cuaca juga menjadi faktor pada rambut rosak. Sebabnya, sinaran ultraviolet boleh menghilangkan protein rambut. Secara tak langsung boleh merosakkan kutikel rambut. Kesan ni lebih dirasai oleh individu yang selalu bleach rambut, warna rambut, kerinting & luruskan. Ha amek kau. Dapat pakej you..

4.  MENYIKAT RAMBUT SECARA KASAR
Hoi tak sakit ke hang dok sikat rambut kuat-kuat? Kok ye pun rambut tu kusut, sikat lah slow-slow. Kalau uols sikat rambut kuat sangat, nanti boleh luka kulit kepala. Tu yang dapat free kelemumur tu..

5.  IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Ni lagi satu. Tak rasa tegang ke kulit kepala tu ikat rambut ketat-ketat? Hadoyai.. Ini akan menyebabkan tekanan pada  pangkal rambut dan kulit kepala. One more, JANGAN ikat rambut pakai getah coklat yang makcik kedai wat ikat plastik lauk tu! Nanti rambut mudah putus.

6.  CUCI RAMBUT ALA KADAR
Mencuci rambut tidak sempurna lepas berenang @ lepas mandi pantai @ mandi air terjun pun boleh menjadikan rambut ikal mayang uols tu rosak sebab garam dan klorin yang terkandung dalam air tersebut masih tertinggal atas kepala tu. Jangan lah malas sangat nak cuci rambut tu betul-betul. Kalau dah memang pemalas tahap gaban, pegi salon jelah..

7.  TERLALU KERAP CUCI RAMBUT
Ha ni untuk yang terlebih rajin cuci rambut kononnya nak dapatkan rambut yang cantik bersinar-sinar la kan.. Uols tahu tak, kulit kepala kita ni menghasilkan minyak tersendiri. Minyak ni kalau banyak sangat tak bagus, kalau takde langsung pun tak bagus jugak. Kalau uols selalu sangat cuci rambut, nanti kelembapan rambut tu hilang, maka kering lah rambut uols. TAPI, kalau uols ni memang malas gila nak cuci rambut, nanti minyak yang berlebihan tu akan menyebabkan rambut gugur. Selain tu dapat free 2 pakej, KELEMUMUR dan GATAL KULIT KEPALA.

So macamana? ni adalah sekadar nak share dengan uols je.. Gambar tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Bersambung...

2 comments:

  1. Salam .. ala gunting je terus jdi satu inci . hehehee..

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. haha gunting heh.. kesian la depa..
    btw, thx siap bg belog kamu lagi tu..

    ReplyDelete