Thursday, December 9, 2010

Ronggeng With Family

Beberapa hari lepas a.k.a hari Isnin, weols gerak pegi Kelantan. Ala macam selalu buat tiap-tiap tahun tu, balik Kota Bharu rumah nenek. Dulu masa arwah mama ada, memang weols balik kampung KB 2 kali setahun. Tapi sekarang balik setahun sekali je rasanya. Yelah, bos sibuk, macam-macam agenda. Hehe tapi saya kesah apa, dah memang study kat sana pun. Hadap lah kau KB tu sampai muntah.


Nak pegi KB dah ambil masa sehari perjalanan, pegi je. Mula-mula singgah Muazam, sarap la sikit kan. Ngah3.. Then berhenti kat mana tah lagi, banyak jugak lah destinasinya sebelum sampai ke KB tu. Berhenti nak makan lah, berhenti nak terkucil pulak, berhenti nak solat. Dia punya banyaknya berhenti tu dah boleh buat sambungan cerita '7 Perhentian'. Tapi tajoknye 'A few destination'. Hahaha..


Ok sambung. First day sampai tu memang tak ke manalah sebab penat dah buntut dok lelame dalam kereta. Cuma sampai-sampai je terus nak tengok Adeeb Si Debok. Eee he's getting la chubby! Sebulan lepas kecik tuek je. Sekarang dah montel. Tapi perangai feveret Debok ni, muntah. Biasalah baby lagi kan. Muntah jela kerja dia lepas minum susu. Walaupun lepas mandi, tetap bau muntah. Wangi kejap je. Hoh3


Debok pandai senyum dah. Pandang camera gitu..


Cerita hari pertama kat KB. Pegi Rantau Panjang. Lama jugak tak pegi. Haih tipu je. Sem lepas baru pegi kot pas dapat duit ptptn tu. Haa tipu tipu. Ok takpe abaikan je. Orang ni bila cakap pasal Rantau Panjang, mesti cakap nak shopping. Oh tidak bagi saya. Dah duduk KB, bila-bila je boleh pegi sana. Adik-adik je beli baju segala macam. Saya rilek sudah. Tak tau nak beli apa. Heh? Si Bapak pulak beli bantal sampai 4 bijik. Wah! Bantal kat umah dah macam syurga bantal dah.. Lepas pegi Rantau Panjang tu, weols pegi... Rasanya balik kot. Haha malam tu pulak ronggeng kat Wakaf Che Yeh. Si Bapak lagi beli kain ela sampai 8 pasang, nak jual lah konon-kononnya. Hehe tapi anak-anak dah rembat dulu.


Then esoknya pulak, pagi-pagi pegi Pasar Siti Khadijah beli keropok ngan dodol. Kat sana pun heaven tu makanannya. Petang tu pulak weols pegi melepak kat Pantai Cahaya Bulan. Duduk-duduk tengok laut sambil makan-makan. Ombak kuat masa tu. Yelah musim tengkujuh kan..


Tengok kambing lalu jap 


Iklan makan jap


Ong bak yang kuat menghempas batu

Beli ini sebelum balik. Satey ikan.

Ok lepas pegi PCB tu, Si Bapak ajak pulak pegi Pengkalan Chepa. Mula-mulanya nak pegi lalu tengok maktab tempat dia study dulu (nak mengimbas zaman silam la.. hish uols nih) tapi terlajak sampai kat Pantai Sabak. Haha pantai ni dah tak best sebab dah ditambak dengan banyak gila batu sebab pantainya dah nak sampai rumah-rumah kat tepi tu. So kalau nak tengok pantainya kena panjat batu-batu tu baru nampak pantai.

Air pantai sangat keruh


And the last but not least, eceh cam karangan pulak.. Sebelum balik ke Segamat tadi, singgah lah sekejap kat Gambang Waterpark. Tapi tak main air pun sebab dah petang. Tak puas la datang jauh-jauh main air kejap je kan. Next time datang baru main air puas-puas. Hehe



Depan resort

Resort

Ada outdoor game

Resort jugak

Naik Trem pusing-pusing


Tiba-tiba terselit dua makhluk ni

Dan makhluk perasan comel ini..

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment