Thursday, December 23, 2010

Sedikit tips jaga kecantikan nak share dengan uols

Bila cakap pasal jaga muka, mesti lebih common kepada kaum wanita kan? Eh orang lelaki ni tak jaga muka diorang ke? Jaga. Cuma maybe cara diorang lain daripada orang perempuan jaga kulit wajah. Yela orang perempuan ni mesti la nak muka diorang suci macam baby kan. Tapi bila adanya faktor usia, mulalah masalah timbul. Jerawat tu takyah cakap lah, jeragat, bintik hitam, kulit tak sekata, kedut (yang ni scary sikit hek?).

Dulu masa kat kolej selalu jugak lecturer tanya saya macamana saya jaga muka. Saya kata, "Ntah, saya pakai pancuci muka jelah" Hehe Masa sem ! kat UiTM hari tu pun, lecturer BEL ada tanya,
"Eh how you take care of your skin hah? Your skin is very nice. What does your mother eat while she was pregnant dulu? Tell me lah.."
Eh Madam ni banyak pulak soalnya. Aku mana lah tau. Nak aku pegi kubur mama tanya ke 'mama makan ape masa ngandungkan kite dulu?' Haha Eh tapi takdelah saya kuajo bebeno cakap macam tu kan. Saya cuma kata "I don't know what she eat lah madam" sambil sengeh-sengeh gedik.

Tapi bila umur dah semakin meningkat, saya lebih jaga kulit muka. Kalau ada jerawat sebijik atas dahi ke kat pipi tu dah macam satu disaster dah. Hapuskan jerawat! Gile benci jerawat doh.

Secara praktikalnya kita kenalah jaga elok-elok muka ni baik lelaki baik perempuan. Rutin yang saya buat untuk jaga kulit:


Pagi-pagi lepas bangun tidur, saya guna toner untuk bersihkan muka.


Masa mandi tu basuhlah muka guna pencuci muka. Jangan guna sabun untuk cuci muka sebab nanti kulit muka jadi kering. Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari. Tapi kita orang Islam, 5kali sehari paling kurang. Tiap kali ambil wudhuk, kira cuci muka lah tu. Guna pencuci muka yang bersesuaian dgn jenis kulit uols ok. Seelok-eloknya guna air suam untuk cuci muka supaya pori-pori terbuka dan kotoran dapat dibersihkan.


Kalau nak keluar, saya just pakai foundation and celak cikit. Oh tak boleh tinggal celak tuh.
Tapi sebelum tu, cuci lah tangan dan muka. Jangan la muka berminyak pegi tepek bedak. Nanti bertompok. Then pakai toner baru apply foundation and apa- je yang uols nak pakai.
Cari yang sesuai dengan warna kulit. Tanya sales girl tu. Tak pun test pada tangan. Jangan gelojoh sangat nak beli. Kang kelabu pulak muka tu.


Ni penting, bagi sapa-sapa yang suke bebenor bermekap- mekap tu, sebelum cuci muka, guna toner dulu untuk hilangkan mekap-mekap tu.. Then barulah cuci muka.


Untuk cegah bibir kering, pakailah pelembab bibir selalu. Elok kalau pakai Vaselin. Produk Vaselin ni bagus. Give it a try. Saya memang guna benda ni sejak zaman-zaman kolej lagi sampai lah sekarang.
Jangan dok jilat-jilat bibir sebab enzim amilase tersebut akan menyebabkan bibir uols semakin kering! Wah ayat sains gitu..
Saya pakai vaselin tu jugak sebelum tidur. Bila bangun tidur je, lepas basuh muka akan rasa bibir kita lembut je. Lalala~


Boleh jugak kalau nak guna lipbalm. Dua benda ni memang kena selalu ada dalam beg. Huhu 
Pakai lipbalm Nivea Cherry ni seronok sebab warna yang terhasil adalah warna bibir yang natural. So sweet. Thanks Nivea!


Ok kita pergi pulak kepada tips berikutnya.



Oh apekebendenya nih? Dulu bila saya tunjuk benda ni pada member-member, diorang majoriti tak tahu tentang benda ni. Ni adalah Eye Roll On daripada Garnier. Fungsinya untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata dan juga kantung mata. Saya ada kantung mata. Kantung mata tu sebenarnya lemak yang susah nak dibuang. Mata seolah-raga nampak bengkak aje. Benci sangat! Everyday sebelum tidur saya pakai benda ni bawah mata. Huh!


Lagi satu I nak bagitahu uols. Jangan ingat badan je kena sapukan dengan lotion. Muka jugak kena pakai lotion. Tapi jangan pulak dok tepek lotion badan kat muka. Macam tak semenggah je bunyinya kan... So saya sarankan guna lah ini lotion muka yang sesuai. Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti Vitamin B3, pro B5 & E untuk menghalang sinaran UV dan membantu melembabkan kulit muka.



And the last one. Saya masih guna cara orang dulu-dulu. Bedak sejuk. Yeah!






'KataKataAluan'
Penggunaan toner amat penting. Mekap akan tutup lubang pori-pori muka uols. Kalau tak bersihkan dengan betul, senang-senang je bintik hitam akan terhasil. Toner jugak akan tutup semula pori-pori yang terbuka tu.
Rajin-rajin lah letak timun kat muka untuk segarkan muka uols ye..

No comments:

Post a Comment