Friday, December 23, 2011

Nasib baik janji nak belanja karipap aje..


Assalamualaikum w.b.t

Apa kaitan dengan karipap??

Semalam sume orang senyum sampai ke telinga. Result PMR dah keluar kan semalam. My chubby sister is not excluded. And what do I expect from her is true. Well, my dad told me that she got 8A's. Syukran Ya Allah. 

Senyum sampai ke telinga si ayah bila dapat tahu result adik begitu baik. 

But what makes me feel very sad is when she got the excellent result without our mother. How happy she is if mother is still around.

Apa-apa pun, tahniah adik !

That's my sister!
(in the center)

*Nasib baik janji nak belanja karipap aje. Hahaha..


Wednesday, December 21, 2011

[Video] Tips ke arah 'kanser' telinga





Apa komen anda??



Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan dan solat sunat gerhana



Subhanallah..
Gerhana bulan dan gerhana matahari adalah salah satu tanda kekuasaan Allah s.w.t..  Kita akan berpeluang tengok fenomena gerhana bulan penuh Mula dari pukul 7.34 malam sampai 1.30 pagi.  Gerhana bulan dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam.  Pada yang tak pernah tengok gerhana dengan mata sendiri boleh la tengok ye malam ni :)

Bila berlakunya gerhana, kita disunatkan untuk buat solat sunat gerhana. Rasulullah juga bersabda,
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Allah menakutkan dengan keduanya akan hamba-hambaNya. Kedua-duanya tidak menjadi gerhana dengan sebab kematian seorang dari manusia. Oleh demikian, apabila kamu melihat sesuatu darinya (yakni menyaksikan sesuatu terjadi pada matahari atau bulan itu), maka hendaklah kamu tunaikan solat dan berdoa kepada Allah sehingga habis gerhana itu(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Macamana nak buat solat sunat gerhana?

Ada beberapa cara sebenarnya nak buat solat sunat gerhana. Tapi cara yang ini adalah cara yang paling mudah.  Kalau nak betul-betul perfect, kena baca surah al-Baqarah 100 ayat, then surah al-Imran, surah an Nisa' lagi.

Niatkan ketika takbiratul-ihram untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat kerana gerhana.

Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Solat sunat gerhana ni sama macam solat-solat dua rakaat yang lain, cuma yang berbeza ialah pada setiap rakaatnya dilakukan dua kali berdiri dan dua kali ruku’. So, keseluruhannnya dalam solat gerhana ini kita akan lakukan empat kali berdiri dan empat kali ruku’.

Selamat bersolat :)







Kerana kek seketul


(Kelewatan mengapdet belog disebabkan kesibukan kerjaan di kolej)

Hari tu telah berlangsungnya hari jadi En. Burger saya.  Tapi malangnya saya tak ada kat Segamat nak celebrate sesama kan.  So for the initiative, I ordered a cake from Kak Wanie.  Mujur akak tu tinggal kat Segamat jugak. Fuh!  So dia lah jadi posmen saya. Thanks akak! Hikhikhik!  

Chocolate cake with strawberries on top.  I wish I were there to eat that cake.  Arrgghh...



Lepas ni nak order untuk diri sendiri pulak..


Saturday, November 12, 2011

Padah MENIPU.


Assalamualaikum pembaca sekalian.

Kalau cerita pasal MENIPU ni, tipu lah kalau uols sume tak pernah langsung kelentong orang kan. Ngaku je lah, nak sorok-sorok muka pulak. Bhahaha! Hey I pon pernah tipu jugak tau. See I admit it. Macam membuka pekung didada pulak =.=

Tipu sikit-sikit takpe lah kot even sebenarnya TIPU tu memang DOSA pon. Tapi kot ye nak mengelentongkan orang, jangan sampai terkantoi. Malu sero kalu berigat. Hoh hoh hoh..

Cerita sebenar yang ingin saya kupas disini adalah mengenai salah satu juri MasterChef Malaysia yang tipu resumenya. Rasanya satu Malaysia tahu tentang hal ni kan. What was in my mind is, what is all that for?? When I read about that news, it was like oh my God, what have he done? Dah tu keluar dari jadi juri MasterChef la? What the hell he thinks he is doing?

Ini bukan tipu sikit-sikit tau. Ini tipu international punya. Super power. He lies to the whole world man..!

Then terbaca lah Facebook Chef Wan, he expressed his regret for his son. Tapi nak buat macamana, nasi dah jadi bubur pun.

And Chef Riz already apologize for his stupid action.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya ingin memohon maaf kepada semua terutamanya kepada penonton program MasterChef  Malaysia. Saya mengaku memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan saya sebelum ini. Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang mempersoalkan kredibiliti saya. Sangat menyesal  dan berharap penonton boleh memaafkan saya. Saya buat MasterChef kerana saya cintakan bidang masakan. Saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka yang minat memasak. Saya mahu memberi inspirasi kepada mereka."

Think before you act.

Sumber : kakileaks

Selamat sampai ke Kota Bharu


Assalamualaikum.

Lama gila kot tak update blog. Sila tampar muka atas kesedaran ini. Kesibokan kebelajaran dan juga kurang masa terluang membuatkan saya begitu malas nak update blog. Tapi update status Facebook rajin. Hehehe..

Oh actually saya baru recover dari demam yang suhunya begitu tinggi, 39.2 degree Celsius. Nasib tak 40. Kalau tak, you see me in the hospital. And jangan lupa bawa buah tangan ye. Terima kasih Allah sebab bagi demam. Sakit tu kan penghapusan dosa-dosa kecil. Alhamdulillah.

Pagi tadi sampai dari Segamat dengan hati yang merindui makhluk-makhluk yang berada di Segamat. Sangat merindui mereka. Uhuk uhuk! I batuk-batuk you tahu?? Selesema lagi. Srooooottt srooooot!

Boyfriend saya tak ada kat rumah ni. Pergi Gambang Water Park you! Takpe kite jumpa next time ya boyfriend. Rindu you tau. Selamat seronok-seronok kat Gambang.




Thursday, September 22, 2011

Masa untuk generate minda sudah bermula


Assalamualaikum.

Sudah sekian lama, berkurun rasanya meninggalkan ativiti menulis ni. Selalu tulis atas kertas je buat assignment. Hari ni masa yang terluang telah dihabiskan dengan pergi rumah nenek housemate sebab ada makan-makan. Kemain laju ngko kalau sebut makan-makan. Dari mata masih malu-malu kambing nak bukak pukul 9.07 pagi terus jadi segar dek kerana perkataan MAKAN.

Sejak bulan puasa saya telah berjaya menurunkan 4 kg. Yeah! Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan. Lepas tu raya naik sekilo. Mungkin dua =..= Ah persetankan!

Sekarang mungkin naik lagi sekilo sebab sejak balik KB ni orang asyik buat makan-makan je kat rumah diorang mahupun jamuan Hari Raya UiTM. Oh sungguh indah~

Dan... Ya, aktiviti pemerahan otak juga telah bermula mulai minggu lepas sebab Madam Norazlina dah bagi assignment untuk subjek Investment Analysis. Madam Haslina pulak suruh salin nota dari buku teks untuk subjek Econometrics. *Ekk madam.. Nak kena salin nota ke...* Lepas tu Miss.. *tak tahu nama* untuk subjek Islamic Finance jugak dah bagi kerja. *Dem! Dah seminggu kelas pun tak tahu nama lecturer!! Sorry miss. I'm still loving you.*


Dan sekarang adalah masa yang sesuai nak siapkan segala macam kerja sebab hari ni hari minggu. Tokleh sia-siakan masa yang ada. Sebab nanti kalau tak, bila dah malam macam-macam cerita nak tengok dan masa tu syaithon nirrojim akan menguasai supaya duduk je depan tv sambil makan keropok ikan cicah sos cili.

Ok dah. Nak membebel banyak-banyak pun takde modal. Simpan dulu sebab nak buat research sikit. Kbye. I love you. 


Tuesday, September 13, 2011

Roslan.. Kadir.. Kene buang sebab diorang curi pencungkil gigi !


You can count on me for the super late update! Malas giler rasenye sejak bulan puase lepas. Terok lah kau Syazana! Dush dush! Tumbok muke 2 3 kali. By the way, assalamualaikum.

Dah lepas dah cuti 4 bulan yang dianggap begitu berharga. Oh... @_@ Memang cepat masa berlalu. Rasa macam baru minggu lepas je balik Segamat. *ayat buku* Tapi masa yang berlalu tidaklah disia-siakan begitu saja. Malah telah dihabiskan dengan mengambil tempahan Kek Pelangi, Kek Coklat, Kek Strawberry, Kek Blueberry, Cupcakes dan juga Apam PolkaDot. *eh banyak rupanya. hahaha*

Dan satu benda yang belum dibuat lagi adalah...
Dialog diantara adik dan kakak.

Adik : Kak, bile awak nak buat puding tu?

Kakak : Esok lah. Tak cukup bahan lah nak buat. *sebulan yang lepas*

Adik : Lepas esok, esok, lepas esok, esok..

Kakak : Nanti kite buat lah..

Sebulan kemudian...

Adik : Eh kak.. kite dah nak balik U dah. Bile awak nak buat puding tu??

Kakak : Eh, ha'ah ek. Ce awak bukak resepinye dalam folder kite tu.

Adik : *sambil main twitter* Ha jap eh..

Kakak : *terus lupa mengenai puding*

Jadi begitulah kesudahannya. Sampai hari ni disaat ini saya sedang menulis belog ini, agar-agar tu masih dalam bakul. Well done. TAPI, oleh kerana adik-adik akan pulang sempena Hari 1 Malaysia, saya dah BERAZAM nak buat puding tu. *Sila beri semangat. Sorak lah oi..*

Ok berbalik kepada dunia asal. Kemalasan yang timbul tatkala semester sedang menjengahkan mukanya, saya telah menukar tiket pulang ke kampus 11/9/2001 kepada 16/9/2001. Tapi lepas beberapa hari tukar tiket, ada pula yang cakap kelas sudah bermula. Oh sadisnya.. T_T *macam tak biasa ponteng awal semester*


Oh satu lagi! Rasa tak sabar nak balik KB pun ye juga sebab tak sabar nak jumpa boyfren..  Rindunyeeee......


Ok tu je nak tulis. *tensyem dengan screen PC asyik bergelora je*

Kbye.

*seluruh entri ini penuh dengan ayat-ayat buku kan?*

Wednesday, August 10, 2011

Kuih tradisional yang baru saya tahu kewujudannya


Assalamualaikum.

Baiklah. Cakap pasal kuih tradisional, banyak kuih yang kita selalu makan, contohnya karipap, kuih kasui, kuih tepung pelita, kuih koci, kuih seri muka, kuih talam, kuih seri ayu, lepat pisang, pulut panggang, macam-macam lagi lah.. Nak tulis semua sampai esok tak siap satu entri ni..

Kuih tradisional yang saya baru tahu adalah.....

KUIH TEPUNG TORAK

Ya, tepung torak. Baru pertama kali saya jumpa kuih ni. Tapi memang sedap. Dia macam diperbuat dari campuran tepung pulut campur tepung gamdum campur gula melaka campur santan. Memang sedap. Uols cari lah kat bazar ramadan kalau jumpa. Wahahaha.. 

Bye nak pi terawih~

Monday, August 8, 2011

Boyfren yang dirindui saat ini.


Assalamualaikum.

Dah lame tak jumpe boyfren.. Rindu uhh.. Dah la jauh. Takpe ea sayam. Nanti raye I balik sane, kite dating ea. I tahu U pun rindu I kan. Rindu I suapkan makan kat U. Rindu I cium pipi U. Hikhik.. Sabar ye sayam..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tunggu I balik ye sayam... I love U.



Wednesday, August 3, 2011

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?


Assalamualaikum.

Bulan puasa ni kemain sesak lagi kat bandar. Orang berpusu-pusu nak pi bazar Ramadan. Saya pi bandar jugak tadi beli barang-barang nak buat kuih raya. Hihihi semangat sungguh. Tapi dengan saya sekali terbabit sama kat traffic jem. Agak depa ni tak tau nak masak kat rumah ka? 

Dah 3 hari berpuasa ni saya masak kat rumah aje. Senang. Takyah nak bersesak-sesak kat bazar. Cakap pasal makanan, saya pernah terfikir zaman dulu masa zamanRasulullah, diorang makan apa lagi selain kurma, roti tu semua. Godek punya godek jumpa lah satu blog yang cerita pasal makanan Nabi masa dulu.

Selera makan dan minum Rasulullah saw. sangat halus. Baginda s.a.w. sangat gemar makan daging tulang, daging leher, daging pinggang dan rusuk. Masakan istimewa orang Arab, sup dimakan bersama roti juga disukai.


Madu, cuka, tembikai, timun, labu, mentega dan beras dimasak bersama kacang juga disukai. Nabi s.a.w. juga menggemari memasukkan kurma bersama susu dan mentega. Baginda s.a.w. tidak suka makanan pedas. Makanan manis adalah kegemaran Baginda s.a.w.. Nabi s.a.w. tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang.

Ketika minum ia tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali dari bibirnya. Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas makan Nabi s.a.w. akan membersihkan tangannya dengan membasuh.

Baginda s.a.w. menyukai orang-orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan sup Nabi sa..w menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat merasainya. Cuba bandingkan dengan zaman kita. Kadang-kadang ada yang tak bagi tambah sebab takut tak cukup. MasyaAllah.

Nabi s.a.w. melarang makan dalam bekas daripada emas dan perak. Ia menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca, kayu, tanah dan zink.

Sebelum duduk untuk makan di atas alas, beliau membuka kasut dan membasuh tangan. Baginda s.a.w. hanya makan dengan menggunakan tangan kanan dan mula mengambil makanan yang paling hampir dengannya. Biasanya Nabi s.a.w. duduk bersila atau bertimpuh, baginda tidak suka makan sambil bersandar. Rasululllah s.a.w. tidak duduk makan menggunakan kerusi dan meja kerana ia lambang kemewahan. Baginda s.a.w juga tidak makan makanan yang dianggap mewah, pernah Nabi s.a.w menolak makanan yang dibuat dari tepung badam kerana ia makanan orang kaya-kaya. Subhanallah. Kita kalau boleh nak makanan yang sedap-sedap belaka. Rasulullah pun menolak makanan yang daripada orang kaya-kaya.

Jika ia tidak suka sesuatu makanan, ia diam sahaja dan meninggalkan makanan itu serta tidak mengatakan sesuatu terhadap makanan itu. Kita? Jangan kata tak suka, malah mencaci si tukang masak ataupun makanan tersebut. MasyaAllah. Zalimnya kita terhadap makanan.

Jika terdapat tetamu ia akan suruh tetamu supaya makan hingga kenyang. Nabi s.a.w. tidak menolak undangan makan dan jika bersamanya ada sahabat lain beliau akan meminta izin supaya dapat bersama. Nabi s.a.w. bangun apabila orang lain berbuat demikian setelah makan. Jika orang lain telah selesai, Nabi s.a.w akan berhenti dan bangun bersama mereka. Selesai makan Nabi s.a.w. berdoa keberkatan untuk tuan rumah.

Jika Baginda s.a.w. menerima hadiah makanan ia akan mengajak sahabat –sahabat makan bersama dan menyimpan sebahagian untuk yang tidak hadir. Bukan simpan untuk makan sorang-sorang. 


Selepas adanya usaha orang Yahudi meracunnya melalui makanan, Nabi saw. selalu bertanya nama makanan yang dibawa dari tempat lain dan meminta orang yang membawanya merasa terlebih dahulu.


Sungguhpun Nabi saw. mempunyai ketajaman selera, tetapi makanannya sangat sederhana. Pernah beliau bersabda ” Aku makan dan minum sebagaimana sepatutnya seorang hamba Allah”.

Pada kebanyakan hari, Nabi saw. hanya makan buah kurma dan air sahaja. Bahkan sebahagian besar kehidupan Nabi saw . adalah kekurangan makanan. Baihaqi meriwayatkan, telah berkata Aisyah ra.: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau, kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib )


Tuesday, August 2, 2011

Surah Al Mulk dan terjemahannya.


Assalamualaikum. Salam Ramadhan.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain

Sambil dengar, boleh baca terjemahannya. :)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? 

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. 

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. 

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). 

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? 

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".

Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata". 

Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!". 

Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". 




Luangkanlah sedikit masa wahai sahabat-sahabatku untuk membaca Surah Al-Mulk lepas solat. Besar fadilatnya. InsyaAllah (^_^)