Monday, January 31, 2011

Waduh... Gawat nih !!



Ok fine. Walaupun sekarang mentari muncul kembali dan bandar Segamat dah nak surut banjirnya, air banjir tu datang ke Buloh Kasap! What the...???


Air sungai Buloh Kasap pun sekarang macam dah naik je. Wah.. Hebat!


Nanti kan berita selanjutnya dalam entry akan datang.










KataSaya
Cuti-cuti ni walaupun bawak balik assignment menimbun-nimbun, tetap buat bodoh je.

Sunday, January 30, 2011

The flood is getting worst


Pagi tadi sempat lagi pegi bandar tengok keadaan banjir. Huish memang almost tenggelam. Dan tadi ada yang bagitahu memang dah tenggelam pon.

T____T

Oh Mek Donel saye.....

arus deras 

sungai Segamat 




oh Mama Chop Papa Gril saye... 


nampaknye tak boleh jogging la kat sini.. 




Saturday, January 29, 2011

Mimpi je lah...



Aku merindui dia barangkali. Sampai dalam mimpi malam tadi pun ada dia. Ini serius *nada Wonderpets*. Siapa? Dia lah.. Ala kalau bagitahu pun uols bukan kenal pun. Ekeke.. Ok abaikan.


Bangun-bangun dari tidur mengenang mimpi malam tadi, teringat zaman cinta pertama. Uhuk uhuk! Takyah la gelak weh macam uols tak pernah bercintan cintun pulak *hish* Bila saya dapat cinta pertama? Masa dok kolej dulu masa amek dip. Iya, dialah cinta pertama saya. Wah, gitu ayat. Yelah sebab sebelum ni masa sekolah saya takde nye nak bercinta ni. Bluuwekk. Tapi bila dah masuk kolej, terasa gak nak ada boyfren bila tengok orang lain dok berkepit dengan marka kan... 


Bila saya dah berkenalan dengan si Sarip Dol (bukan nama sebenar) ni, memang tangkap cintan lah. Tapi cinta yang tu tak sampai setahun lalu dia pergi meninggalkan saya. Haih.. Masa tu frust menonggeng wa cakap sama lu. Tak caya tanya Teha *sila lihat entry sebelum ni untuk tahu siapa Teha*. Dia jelah yang bagi semangat masa tu. Ceh, ayat macam orang mati laki je.. Orang mati laki pun rilek je takde lah sampai nak tonggong tonggeng.





Ok kembali kepada dunia asal. Lepas putus cinta tu, lama jugak la saya tutup hati. Macam tutup kedai je ngko.  Lepas tu jumpa dengan si Polan ni. Tapi tak tahan dengan perangainya yang gila jauh berbeza dari cara hidup saya. So, I'm leaving. Then jumpe dengan Si Gila ni plak. Dia bajet bagus sangat tapi perangai cam harem. Reject!! Kesimpulannya, dalam masa beberapa tahun jumpa and kenal 2 orang yang tak betul tu, hati saya masih mengharapkan cinta pertama datang balik kepada saya walaupun dia pernah kata "There's still some love left for you". Tapi saya tahu itu tak mungkin.





Jadi saya kuatkan hati saya supaya cinta tidak menguasai diri. Tenang-tenang saje lah. Life must go on. Saya tahu saya seperti menunggu pisang berbuah dua kali kalau tunggu dia datang balik pada saya. Jadi saya putuskan untuk menjadi isteri kepada En Burger. Hoi hoi! Bila pulak? Berangan je lebih. Agagaga.. Sukati ah nak berangan ke ape. Ok enough! Hati saya untuk Mr Burger selamanya. Ayat skema gile macam cikgu bahasa melayu pulak. Dush! Dush!















KataSaya
Hidup yang complicated







Friday, January 28, 2011

Orang melayu kita macam ni lah



Susah jugak bila kita mintak tolong dengan orang yang tak suka kita ni. Ala aku mintak tolong pon sebab terpaksa. Gerek lah kau. Takpe.. Satu hari nanti Tuhan balas. *cam ayat masa sekolah rendah dulu* Tapi bila orang tak mau tolong dia, tahu pulak nak emo-emo. Balasan la tu.. 


Orang melayu kita macam ni lah. Saudara sendiri pun susah nak bantu, tapi bila susah saudara sendiri juga kita cari kan? Alangkan saudara sendiri pun susah nak bantu, inikan pula nak tolong orang lain. Tapi ramai je saya tengok dok sanjung-sanjung kawan-kawan. Lepas tu bila dia susah, kawan-kawan yang disanjung-sanjung tu semua lari lintang pukang dan bagi macam-macam alasan tokleh tolong member.


Kalau cerita bab dengki pun orang melayu juara. Tengok orang lain berniaga bagus, pi hantar hantu la kasi lingkup member tu. Pakai bomoh siap.. Tengok anak jiran masuk universiti pun pi bomohkan mak member tu. Astaghfirullah.. Melayu kita ni, melayu kita.


Tula, orang suruh usaha tak nak. Ni nak main bomoh pulak.


Bab buat nasi tambah pun sama juga. Orang cerita A sampai K, dia pi cerita kat orang lain A sampai Y. Tah pebende tah yang ditokok tambah. Paling menyedihkan, dok ngata saudara sendiri. 


Bila berhadapan dengan orang macam ni saya memang kena kuatkan hati sebab kalau tak, nanti air mata berjurai. Hari tu ada orang sound saya depan-depan, nak menitik jugak air mata ni. Hati lembut nak buat macamana.. Tapi tokleh nangis depan dia, kena wat muka cool je. Hahahahhaha.....












KataSaya
Cerita pun berdasarkan pengalaman.

Nak banjir lagi lah ni.....

I'm at Segamat for Chinese New Year break.

Yay!
*but still got a work to be done. sigh~~*

Miss you Segamat.

But seems like Segamat will begin to flood for a few more days or weeks. Rain didn't stop for a few days ago. The river also began to rise.
*Haa.... Mau banjir lagi ke Segamat?*

Bandar Segamat ni.

Paras air sungai masa banjir 2006.
*Wahh....*

Masa 2006 ni banjir besar sebab diorang kata orang lepaskan air empangan secara mendadak. Tahun ni pulak dengar kata diorang lepaskan air empangan sikit-sikit.


Friday, January 21, 2011

Adakah anda seorang yang pemaaf ?



Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.


Pada saya ungkapan maaf tu kalau asyik disebut banyak kali, jadi tak bererti dah. Yelah, dok buat kesilapan yang sama je lepas tu minta maaf. Bagi saya, cara macam tu membuatkan maaf tu tak ada nilai. Kalau betul hati ni ikhlas minta maaf dan tak nak buat lagi, kesilapan tu perlu ada satu kali je minta maafnya. Saya tak kata salah kalau minta maaf banyak kali, tapi bagi saya kalau nak minta maaf, biarlah ikhlas dari hati dan tak perlu berulang kali.


Bila kita ada sifat sukar meminta maaf dan memaafkan orang lain, maknanya kita ada sifat sombong dan ego yang dimurkai Allah. Siapalah kita ni yang nak semua orang respect kita. Kalau kita rasa kita dah besar sangat, yang kat atas tu lagi power, lagi besar. Bila ada orang buat salah, kita bukan siapa-siapa yang nak menghukum.


Semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kalau lah hari ni ada orang buat salah dengan kita, tak mustahil esok lusa kita pula akan buat salah kat orang lain. Nampak tak nampak je. Apa pula jaminan kita yang kita takkan buat salah esok lusa? Dan kalau kita sedia memaafkan kesalahan orang, orang pula akan sedia memaafkan kesilapan kita.


Ingatlah bahawa semua yang terjadi hakikatnya dari Allah. Segala kelemahan dan kekurangan kita adalah ujian dari Allah. Dia nak tengok sejauh mana kita boleh hadapi ujianNya. Dia takkan saja-saja bagi ujian yang hambaNya tokleh tanggung. Tapi bila kita marah dengan apa yang terjadi, seolah-olah kita marah pada Allah dan akan ada "Kenapa mesti sume ni jadi pade aku?" Saya pun pernah alami benda-benda macam ni dan apa yang saya buat, saya akan duduk termenung. Fikir apa yang saya dah buat sebelum ni. Mesti ada sebab.


Bila orang buat salah dengan kita, kita kena la selidik dulu kenapa ianya terjadi. Jangan tau nak tunding jari kat orang lain je. Mungkin kita leka, kufur dengan nikmat Allah dan mungkin ada dosa yang kita buat sampai ditakdirkan terjadi macam tu. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa "Ok fine. Aku memang patut dihukum". Orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja. Nak ngaku ke tak? Eleh, ngaku jelah. Hahaha.. Tapi tak tahulah saya kalau ada di antara uols yang tak rasa apa-apa kan.


Bila kita sedar bahawa apa yang terjadi merupakan hukum dari Allah, kita kena lah bersyukur sebab dah kena hukum kat dunia. Kalau kena hukum kat akhirat, comfirm lah lagi azab. Itu juga tandanya Allah masih sayang dan prihatin terhadap kita. Dia nak ampunkan dosa-dosa kita kat dunia ni








Ingat! Sekarang Tuhan bayar cash tau. 





Keinginan atau keperluan ?


Tetiba rasa macam nak beli beg. Dah lama cari, tapi last-last jumpa kat FB jugak.

Nak mintak pendapat uols ni.

Which is better ?

Satu je. Kang nak beli banyak-banyak aku kena makan megi je hari-hari.


Yang ini ...

Pilihan 1 

atau

Pilihan 2 

atau

Pilihan 3 

ataupun ini ???

Pilihan 4

Tak kesah la uols suka ke tak beg ni, janji uols kena tolong I pilih yang mana satu yang sesuai. Means sesuai tu, nak bawak keluar lah, pegi kelas bagai kan...


Tolong pilih ye..

Sekian, terima kasih diatas kerjasama anda.



Thursday, January 20, 2011

Yeah.. Perlu beradab jugak ye bila nak buang saham.


Assalamualaikum..

Hi hello everyone.. Long time no update huh.. Yeah I know. A bit lazy to update. No idea. Go through the same thing everyday. Bored. That's all I can say right now.

Hari tu, saya and housemate tengah story story, entah macam mana terkeluar bab adab masuk tandas.  Then my friend tu kata lah, masuk toilet kena cover up your head. Yeah I agree. Hah uols tutup ke tak kepala tu? Eleh.. Ngaku jelah kalau tak tutup tu. Bukan apa, its just when we talk a lot with other people, sometimes we just realize that so many thing that we do not know about. Akan sedar bahawa banyak perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya penting.

For example, adab masuk tandas kan. Dulu masa zaman kejahiliahan saya *wah ayat ngko*, saya ambil mudah je pasal keluar masuk tandas ni. Tapi bila dah tahu adabnya, kena lah ikut sebab tandas tu kan rumah syaiton.


Baca doa sebelum masuk tandas.
Jangan pulak dah masuk baru nak pegi baca doa. Kan dalam doa tu ada nama Allah. So, tak elok lah kalau sebut nama Allah dalam tandas.

Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada jin-jin jantan dan betina. Aku berlindung kepadaMu daripada kekotoran najis yang keji dan yang mengkejikan, iaitu syaitan yang terkutuk.

*ruminya - Allah Humma Inni “Auuzubika Minal Khubsi Wal Khobais


Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan.

Cover up your head.
Kakak member saya kata kalau masuk tandas tak tutup kepala, nanti hilang
 la ilmu-ilmu yang kita dah study tadi. (maknanya sebelum masuk tandas la)

Tak payah nak cakap cakap dalam tandas. Just quiet. Ok ni more kepada yang
suka bawa masuk handphone dalam tandas.  Kok ye pun tengah mesej-mesej
takyah lah nak bawak  sekali handphone tu. Over tau...

Jangan bawa kalimah, hadis ataupun al-Quran ke dalam tandas. Hish..
Even buku. Tak perlu lah...

Jangan mandi telanjang. Ok this is important sebab even kita tak buat
benda-benda yang tak elok pun, syaiton akan suka kat kita sebab selalu tengok
kita mandi. Haha..
So, girls especially pakai la pape yang boleh cover badan tu.
Walaupun tak ada orang nampak, syaiton & jin nampak.

Jangan makan atau minum. Eh selera pulak uols kan...

Jangan kencing berdiri !! Hep!

Jangan...

Jangan...

Jangan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan melihat najis mahupun kemaluan anda.
(What does it for?)

Jangan menghadap kiblat.

Berdehem selepas buang air kecil. Ehem ehem. Macam tu la.....

Toksah nak buat konsert ye masa sedang membuang saham. Ok, no concert please.

Bila nak keluar, baca doa.


Maksudnya : 
Segala puji dari Allah yang telah melenyapkan daripadaku apa yang menggangguku dan mengekalkan apa yang bermanfaat buatku.





Sekian, terima kasih.
.

Sunday, January 16, 2011

Tengahari makan saya semalam.


Nak suggest kat uols ni. Kalau datang Kota Bharu, boleh la pergi makan kat kedai ni.

Tadi lepas kelas, pergi makan kat Restoran Nasi Ulam. Ala... Yang pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan tu bersama Maria Tunku Sabri. Best woo pergi makan kat sana. Nasi boleh ambil berapa tinggi kau nak. Lepas tu hadap lah kau sensorang nak makan apa. Ulam dia toksah cakap la.. Macam-macam jenis. Lauk pauk lagi. Fuh.. Syoh betul.



Aku pun tak perasan bile pulak dia menyelit. Nini nini.. 










*Ha sila klik untuk tengok board restoran tu heh..

Tinggalkan semingu je, rindu sudah..


Lokasi sekarang, rumah sewa Pasir Pekan. Member Terengganu saya sebut 'Pasir Pekang'. Agaga.. Ok enough. Persetankan itu. Oh tak semena-mena pulak bagitahu lokasi nih.. Kau dah kenapa..

Takde.. Masa mula-mula sampai KB ni awal semester hari tu, dah dok seminggu kat rumah nenek. Melayan Si Debok yang saya manjakan bagai anak sendiri. Timang-timang Debok. Oh... Then sekarang dah dua minggu kat rumah sewa, setiap minggu mesti nak kena pergi singgah rumah nenek. Ni Debok punye pasal lah..

Sila besarkan mata anda seperti saya.



Mata sepet saya tak dapat menandingi mata bulat Debok. Ok fine!




Rindu tau kat awak.. Sebab masa dok rumah nenek seminggu tu, setiap masa dok gomol Debok. Haih.. Ni dah duduk rumah sewa, terbayang masa Aunty Nana tidurkan Debok. Oh ayunya... Lalala~







*Debok kalau kena cium dengan awek, nganga mulut ketawa. Sampai papa dia kata "Eh gatal.." (macam gambar no 3)*



Thursday, January 13, 2011

Facebook akan ditutup.




Facebook akan ditutup pada 15 March 2011?
Janganlah percaya khabar angin macam ni.
Merepek lagi merapu.
Kalau FB nak inform apa-apa lebih lebih lagi benda yang penting macam ni, akan keluar notis pemberitahuan warna kuning bila uols login Facebook.
Sekian.
Terima kasih.




*Sumber dari Oh!Media

BLOGGER GEGARKAN 'U'


Lame sudah tak join segmen Encik Ben. Yelah, nak online punyalah malas. Hati & tangan ni nak on laptop tapi malasnya MasyaAllah...

Tapi ni dah online ni saya pun dok godek2 blog, bace baca blog. Nampak pulak segmen Encik Ben dan saya selaku pelajar U jugak kompem nak join segmen ni. Semangat U gitu....

Ok ok jom start.



Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?


Kita mula dengan Bismillahirrahmanirrahim dulu..
Ok boleh mula.
Bagi soalan diatas, saya belajar kat UiTM Kota Bharu. Sebelum ni selama setahun saya di UiTM Machang *still in Kelantan meh*. Tak tahu kenapa macam tu. Lagipun majority of the community in campus Machang semua diploma. Weols yang degree kena sambung kat kampus kota. Semester 1 & 2 kat Machang. Dan semester seterusnya kat kampus Kota Bharu. Saya ambil jurusan Pengurusan Perniagaan Bahagian Kewangan *$$$*. Dan tahun ni saya dalam tahun kedua. Ok lambat lagi nak habis since the system had changed. Semester ni final on May. Naik semester baru on September. Nak sama macam international lah konon. Buat macam ni saya kena extend sebulan. Suppose habis on October 2012, tapi terpaksa habis Januari 2013. Apekah??



Asal mana ? Umur ?


Ok actually i was born in Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan. But I was grown up in Johor. Kira macam fully Johorian la ni. Balik Kelantan pun dulu twice a year but since my mom dah tak ada jarang lah balik kan. Nak dijadikan cerita, saya dapat belajar kat UiTM sini. Alhamdulillah. Tapi still dok ternganga bila makcik-makcik kat pasar Siti Khadijah tanya saya dalam loghat Kelantan yang gile pekat. Tak paham doh..
Umur? I'm 23 years old this year. Nak ikut bulan, I 22 lagi you..



Kenapa amik jurusan itu ?


Kenapa? Tak tahu. Orang UiTM bagi saya course ni. I had to. I more into human resource. That was my first choice. Finance was the last one. Hehehe.. Tak ada rezeki kot. Kalau tak nak terima, rugi. But it is better than nothing. Sekarang dah semester 3 dah pun even my CGPA tak hebat mana. Still thankful to God. Alhamdulillah.



Cita cita


Kalau tanya cita-cita saya masa kecil-kecil dulu, saya nak jadi cikgu. Tapi bila dah besar, cita-cita tu berubah-ubah. Dah naik sekolah menengah, saya nak jadi nurse. *Believe it or not, saya mabuk darah. Wekkk!!* Ok then cita-cita nak jadi secterary pulak. That's why my diploma is Diploma in E-Secretaryship. Hahaha.. Then I thought I wanna continue my degree in E-Secretaryship jugak in KLMU. But my dad refuse. Mahal sangat nak sambung kat KLMU. Lagipun KLMU kat bandar KL. Rasa tak mampu nak hidup kat sana lagi. Iman tak cukup kuat. Masa diploma dulu ada belajar subjek Human Resource. Quite interesting. Then apply lah saya Human Resource. Tapi nak buat macamana, tak ada rezeki.
Currently, saya sangat berminat nak jadi seorang usahawan in bakery. Saya suka buat kek, cookies ni semua. Jadi doakan saya dapat kejar cita-cita saya dan kejayaan saya suatu hari saya.


Sekian. Terima kasih.


Tuesday, January 11, 2011

Ok saya dah lambat !



Hai hello everyone.

Assalamualaikum.

Nampaknya kali ni saya betul-betul lambat update blog saya. Rasa macam dah seminggu je. Well, as you all know new semester has started kan. So been very busy. Balik rumah rasa macam nak on Encik Lappo tapi macam malas tapi nak on. Hah pape jelah kau Nana. Seriously, penat. My class majority in the morning. I mean everyday. Hah murah rezeki mak sem ni sebab bangun lepas subuh tak terbongkang dah,

Then first time pergi class with bus. Oh God best jugak jalan pagi-pagi. Exercise you. Biar bakar lemak yang telah diternak masa sebulan yang lalu. Tetiba rasa macam nak joging je weekend ni. Lalala~ Just HOPE! Suasana pagi yang dingin lagi indah diselangi dengan kicauan burung. Indah sungguh panorama. Then ada la classmate saya yang memang baik nak tolong ambil and hantar weols (me and Aliya a.k.a Ali), tapi since rumah dia agak jauh dari rumah weols, rasa macam menyusahkan la pulak nak berjemput berhantar. Never mind. Housemate ada tapi tak sampai hati nak gerak pagi-pagi buta suroh hantarkan. Hehe.. So lets be independent guys.

Then cakap pasal rumah, not paid yet. Oh dear... Beginning of semester, the flow of money is like air paip you know. Kejap je habis. Eh rasa macam baru bank out 200 tapi nak habis dah. Rent, books, barang dapur. Its gonna use a lot of money. *Ok dah faham kenapa dulu masa kecik-kecik mak ayah suroh berjimat cermat and also menabung T.T* Sekarang saya ada satu tabung bentuk epal. Hahaha konon nak menabung. Heh boleh percaya ke? Eh dah start menabung tau..


Ok boleh percaya searang.

Dan subject curriculum yang telah dipilih ialah Tenpin Bowling. Yeahh! Nak join HPD actually tapi sebab majority nak join gak bowling so class untuk HPD tak buka la. Then kena redha jelah. Ok jugak la sebab start in February, we're going to bowl the ball. Hahaha pape jelah. Release tension jugak la.
*HPD - Entrepreneur Walkabout

So esok bahagia sikit sebab my class sampai pukul 12 tengahari je. Yay!! Khamis pukul 8-10 pagi je. Wohaa! Sambung esok ok.

Sayonara ~

Thursday, January 6, 2011

Segmen MEREKA KATA

*Join kembali segmen Abg Ben setelah sekian tak join. Kali ni Ben Ashaari buat segmen baru pulak berjudul 'Mereka Kata'*



Hai hello semua. Assalamualaikum. Selamat datang ke belog saya yang tak seberapa ni. Saya blogger baru la jugak. Saya mula menterjebakkan diri dalam dunia belog ni since November 2010. Huh berblogging macam best uuh sebab boleh tulis apa saja yang saya nak. Komen negatif daripada anonymous? Lantak lah. Just be cool. Diorang sebenarnya nak puji tapi malu. Hahaha... Ok stop. Kuat gelak na...

Well, serba sedikit tentang diri saya. Saya blogger baru. Eh berapa kali nak ulang tah.. Seperti yang tertera pada header saya, nama saya Syazana Aziz a.k.a Nur Syazana binti Abdul Aziz. Dan panggil saja Syazana. *sebenarnya diorang panggil Nana*. Ok, saya baru nak start semester baru *sedangkan semester baru dah start Isnin lalu. ponteng. jangan bagitahu sapa-sapa heh..* Dah semester 3 di UiTM kampus Kota Bharu dalam Ijazah Pengurusan Perniagaan (Kewangan). Hah sila bagi saya semangat untuk terus berjuang. Masih mood cuti. Awal-awal sem dah ponteng.


Saya berasal dari Segamat, Johor. Berumur.. Ala nak kena bagitahu ke? Well just tell them. Its just a number.. Ok ok 23. Daa I muda lagi okay, masih 22 tahun. Saya mek Klate jugak. Well, lahir je kat Kelantan. Tapi menetap kat Johor. Luckily nenek I kat Kelantan. UiTM dengan rumah nenek 5 minit jalan kaki je. Hehehe..

Ok no words to go. Kepada blogger-blogger baru, saya ucapkan selamat datang ke dunia belog ye. Update la selalu blog anda supaya orang tak jemu baca. Tapi kalau takde idea sangat takyah la nak wat entry merapu. Nanti bosan. Haih macam la blog ko best sangat Nana...

Thanks to all my followers. I really appreciate your time reading my blog.

That's all for today kids..

Bye bye !


Wednesday, January 5, 2011

Gathering Sahabat Blogger


Ha.... Ada group sahabat blogger kat FB yang nak buat gathering la.. Nak pegi nak pegi ! *Oi kau free ke? Tempat kau dengan TS macam sebelah sebelah je hek? Agagaga* Ala.... Nak pegi. Nak pegi. Ni la baru nak kenal blogger blogger yang lain a.k.a yang pemes-pemes tu. Ala...... Tapi cam segan je. Tak kenal sapa-sapa. Kalau ada member blogger yang rapat, best gak nak ronggeng sesama. (brape banyak ala kau da...)

Kalau la saya time tu kat Johor, dekat la jugak nak pegi. Ni kat Kelantan. Jaoh gile doh.. Macam tak padan la pulak kan.. Penat badan la travel jauh-jauh.

Tapi kalau time tu ada cuti, InsyaAllah la nak mai sana. Bukan selalu kot.. Pada sapa-sapa yang nak join gathering tu, bolah la calling-calling insan kat flyer kat atas tu. Ataupun
Naim Noor Alim = 0192080447

Tapi gathering ni akan terbatal automatically kalau orang yang nak join tu kurang dari 10 orang. Admin kata, kalau jadi, dia akan jemput wartawan Majalah Remaja. Wohaaa!!
(Ni lagi membuatkan aku semangat nak pegi walaupun segan tahap nak pakai topeng Action Kamen. Bi...bi...bi...)



Boleh bawak sesiapa je yang uols nak bawak in case uols tu malu la nak pegi sorang-sorang. *Macam aku la ni... Kalau boleh nak bawak satu kelas join gathering ni*

Kat bawah ni tentatif gathering tersebut :

10.30 a.m - Berkumpul kat bowling
11.30 a.m - Golekkan bola bowling
1.00 p.m - Bersantap
2.00 p.m - Ice Breaking
*kalau time camping, aktiviti ni paling aku menyampah
3.30 p.m - Majlis bersurai



Untuk maklumat lanjut sila klik SINI .

Terima kasih.