Friday, January 21, 2011

Adakah anda seorang yang pemaaf ?



Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.


Pada saya ungkapan maaf tu kalau asyik disebut banyak kali, jadi tak bererti dah. Yelah, dok buat kesilapan yang sama je lepas tu minta maaf. Bagi saya, cara macam tu membuatkan maaf tu tak ada nilai. Kalau betul hati ni ikhlas minta maaf dan tak nak buat lagi, kesilapan tu perlu ada satu kali je minta maafnya. Saya tak kata salah kalau minta maaf banyak kali, tapi bagi saya kalau nak minta maaf, biarlah ikhlas dari hati dan tak perlu berulang kali.


Bila kita ada sifat sukar meminta maaf dan memaafkan orang lain, maknanya kita ada sifat sombong dan ego yang dimurkai Allah. Siapalah kita ni yang nak semua orang respect kita. Kalau kita rasa kita dah besar sangat, yang kat atas tu lagi power, lagi besar. Bila ada orang buat salah, kita bukan siapa-siapa yang nak menghukum.


Semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kalau lah hari ni ada orang buat salah dengan kita, tak mustahil esok lusa kita pula akan buat salah kat orang lain. Nampak tak nampak je. Apa pula jaminan kita yang kita takkan buat salah esok lusa? Dan kalau kita sedia memaafkan kesalahan orang, orang pula akan sedia memaafkan kesilapan kita.


Ingatlah bahawa semua yang terjadi hakikatnya dari Allah. Segala kelemahan dan kekurangan kita adalah ujian dari Allah. Dia nak tengok sejauh mana kita boleh hadapi ujianNya. Dia takkan saja-saja bagi ujian yang hambaNya tokleh tanggung. Tapi bila kita marah dengan apa yang terjadi, seolah-olah kita marah pada Allah dan akan ada "Kenapa mesti sume ni jadi pade aku?" Saya pun pernah alami benda-benda macam ni dan apa yang saya buat, saya akan duduk termenung. Fikir apa yang saya dah buat sebelum ni. Mesti ada sebab.


Bila orang buat salah dengan kita, kita kena la selidik dulu kenapa ianya terjadi. Jangan tau nak tunding jari kat orang lain je. Mungkin kita leka, kufur dengan nikmat Allah dan mungkin ada dosa yang kita buat sampai ditakdirkan terjadi macam tu. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa "Ok fine. Aku memang patut dihukum". Orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja. Nak ngaku ke tak? Eleh, ngaku jelah. Hahaha.. Tapi tak tahulah saya kalau ada di antara uols yang tak rasa apa-apa kan.


Bila kita sedar bahawa apa yang terjadi merupakan hukum dari Allah, kita kena lah bersyukur sebab dah kena hukum kat dunia. Kalau kena hukum kat akhirat, comfirm lah lagi azab. Itu juga tandanya Allah masih sayang dan prihatin terhadap kita. Dia nak ampunkan dosa-dosa kita kat dunia ni








Ingat! Sekarang Tuhan bayar cash tau. 





1 comment:

  1. cuba klu saya yg mntk maaf...kompem ade nilai punya la...ngeee~

    ReplyDelete