Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Saya


Hari ni sebok dok dengar orang cerita pasal anak-anak @ adik masuk sekolah. Yelah.. Hari pertama lah katakan. Exited la tuh bebudak darjah satu. Ahaaa comel gile tengok budak baru darjah satu pakai uniform sekolah. Dah la kemetot je.. Alahai rasa macam nak geget je pipi.

Cakap pasal hari pertama nih, saya pun dah pegi la UiTM kampus Kota Bharu ni. Konon-konon nak daftar la tadi. Tapi dengan slip course registration nya tak print, result exam yang dah print pegi tinggal kat Segamat *sengalnye aku*.. So tak jadi lah nak register hari ni. Ditambah pulak dapat tahu yang nak daftar ni sampai 10 haribulan. Ha lagi lah aku malas nak daftar awal-awal.

So dengan sengaje saya dengan budak-budak serumah kata "Kite cuti lah pegi class minggu ni nak? Register pun sampai 10 haribulan. Confirm takde class nih." Aku dengan rasa bangga dan gumbiranya menyahut 'cabaran' tu. Wohaaa!! Ingat senang ke nak ponteng class nih. Aku diantara student yang attendance penuh doh.. Agagaga...

Jadi minggu ni saya rilek sikit ambil mood study banyak-banyak. Dan En. Lappo saya dah dihantar ke hopital kat KB Mall siang tadi dan dah baik dah. Tak koma lagi. Huhu.. Thanks abang kedai... *gaya gedik*

*Badan penat dari semalam sebab kemas satu rumah sewa kat sana. Harini rumah nenek pulak. Nak rehat tapi Mr. Lappo ajak teman blogging + FB. Lalala~


Bye.

1 comment: