Friday, January 28, 2011

Orang melayu kita macam ni lah



Susah jugak bila kita mintak tolong dengan orang yang tak suka kita ni. Ala aku mintak tolong pon sebab terpaksa. Gerek lah kau. Takpe.. Satu hari nanti Tuhan balas. *cam ayat masa sekolah rendah dulu* Tapi bila orang tak mau tolong dia, tahu pulak nak emo-emo. Balasan la tu.. 


Orang melayu kita macam ni lah. Saudara sendiri pun susah nak bantu, tapi bila susah saudara sendiri juga kita cari kan? Alangkan saudara sendiri pun susah nak bantu, inikan pula nak tolong orang lain. Tapi ramai je saya tengok dok sanjung-sanjung kawan-kawan. Lepas tu bila dia susah, kawan-kawan yang disanjung-sanjung tu semua lari lintang pukang dan bagi macam-macam alasan tokleh tolong member.


Kalau cerita bab dengki pun orang melayu juara. Tengok orang lain berniaga bagus, pi hantar hantu la kasi lingkup member tu. Pakai bomoh siap.. Tengok anak jiran masuk universiti pun pi bomohkan mak member tu. Astaghfirullah.. Melayu kita ni, melayu kita.


Tula, orang suruh usaha tak nak. Ni nak main bomoh pulak.


Bab buat nasi tambah pun sama juga. Orang cerita A sampai K, dia pi cerita kat orang lain A sampai Y. Tah pebende tah yang ditokok tambah. Paling menyedihkan, dok ngata saudara sendiri. 


Bila berhadapan dengan orang macam ni saya memang kena kuatkan hati sebab kalau tak, nanti air mata berjurai. Hari tu ada orang sound saya depan-depan, nak menitik jugak air mata ni. Hati lembut nak buat macamana.. Tapi tokleh nangis depan dia, kena wat muka cool je. Hahahahhaha.....












KataSaya
Cerita pun berdasarkan pengalaman.

2 comments:

  1. bile kene sound buat muke slamber je.tapi dlm sakit oo.HAHA

    ReplyDelete
  2. tau xpe. dalam hati ni kalu boleh nak aje cekik2.

    ReplyDelete