Thursday, February 10, 2011

Ehehe.. Jadilah pulak (^_^)

Assalamualaikum. Untuk makan tengahari hari ni, saya dengan Aliya a.k.a Alie (nama timang timangan dia. har3) dok godek-godek dapur fikir nak masak apa.




Dan semalam saya & Alie pi Tesco beli lauk lepas habis class. Ikan selar kuning, ikan cencaru, ayam & sayur. Then ada pulak aluminium foil kat dalam kabinet dapur tu. Maka kami pun sepakat nak buat ikan bakar. Wah gitu.. Macam pandai je kau ye. Hey jangan pandai I sebelah mata ye. Ehem ehem.

Maka, dengan tawakalnya saya pun buatlah. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk.. Dan jadilah, taraaaa.....!!




Saya buat macam ni :

2 ekor ikan cencaru (siang lah dulu sebelum perap kejap dengan air asam jawa, tak nak kasi hanyir je)
2 ulas bawang merah
3 - 4 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai (tapi resepi kat atas tu tak letak sebab lupa nak beli)
4 cili padi
Garam
Gula
Limau nipis
Aluminium foil @ daun pisang

Lepas tu :

Tumbuk semua bahan tu. Letak garam dan gula. Rasa lah sikit kan pakai jari takut takut termasin sangat kan.. Lepas tu saya perah sikit limau nipis tu. Then, lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan. Sumbat sikit dalam perut ikan tu. Balut dengan aluminium foil. Kalau kat rumah, ayah saya guna daun pisang.

Lepas tu letak la atas pan. Guna api kecil ye.

Selamat mencoba.

2 comments: