Wednesday, March 30, 2011

Ya Allah Dengarlah Doa Kami


Wahai Allah Tuhan yang punya segala-galanya,
Dengarlah rintihan kami yang penuh keluh resah,
Berikanlah keampunan kepada kami,
Yang tidak pernah lepas dari melakukan kejahatan, kesilapan dan dosa,
Terimalah taubat kami,
Teguhkanlah iman kami,
Jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur dan bertaubat,
Jadikanlah setiap penyesalan kami penawar dan penguat
kepada iman dan jiwa kami,
Agar selalu tabah dan sabar,

Ya Allah,
Berikanlah kami iman yan teguh,
Kesihatan yang baik,
Rezeki dan kekayaan yang melimpah,
Ilmu yang berguna  serta kejayaan dan kemenangan,

Ya Allah,
Hanya kepadaMu tempat kami bergantung harap dan mengadu,
Jangan Ya Allah Kau biarkan kami sendiri mengatur kehidupan kami,

Ya Rahman Ya Wadud Ya Qahar,
Pilihlah kami dan peliharalah kami agar kami bakal menjadi ahli syurgaMu,
Dengan penamat hidup yang terbaik,
Dan jadikanlah kehidupan kami di dunia ini dalam kehormatan,

Amin Ya Rabbal Alamin...


Sunday, March 27, 2011

5 PERKARA YG PERLU DI SEGERAKAN

 
Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:


1. Kalau kita buat DOSA segeralah minta ampun dari ALLAH.
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

2. Jenazah perlu di segerakan untuk di uruskan pemakamannya.
 
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.

3. Hutang mestilah diselesaikan dengan segera.
 
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.


4. Anak perempuan kalau dah ada jodoh yang sesuai segera untuk di nikahkan.
 
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.


5. Tetamu hendaklah segera di layan bila datang ke rumah.
 
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
 








*Tazkirah dari Uz Zahazan Mohd dari radio IKIM.

Syukur dan Sabar


Assalamualaikum w.h.t kepada pembaca budiman,



Kalau kita perhatikan hidup manusia ini, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia semestinya diuji dengan ujian tak kira la ujian tu nikmat ataupun kesusahan silih berganti datangnya. Kita juga dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat.


Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Bila adanya kedua-dua ujian ni, hati kita kena terima dengan betul. Maknanya kita kena bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.


Sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Sebabnya, dalam bersabar, hati kita perlu melalui kesusahan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa kita mesti terganggu. Kalau orang cari pasal dengan kita kan, komfemlah hilang ketenangan jiwa. Ye tak??


Bersyukur pula, sekali imbas, nampak macam lebih senang sebab hati kita pada masa tu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Tak ada tekanan la macam tu..


Tapi betul ke bersyukur tu lebih senang? Kalau betul, kenapa ramai je orang yang tak reti nak bersyukur dengan nikmat Allah, tak bersyukur dengan orang sekeliling? 


Allah ada berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


Berdasarkan dari apa yang saya baca, syukur tu ada peringkat-peringkatnya. Yang pertama, manusia ni, bila Allah bagi nikmat, dia bersyukur. Dia ucap "Alhamdulillah". Ramai bersyukur dengan cara ni. Tapi kalau just cakap 'Alhamdulillah', tapi tuntutan-tuntutan lain dalam bersyukur tu tak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain-mainkan atau mempersendakan Allah saja.


Yang keduanya, orang akan ucap 'Alhamdulillah' bila Allah selamatkan mereka dari bencana atau musibah atau diberi nikmat. Pada masa yang sama hati mereka betul-betul rasa yang Allah lah yang beri mereka nikmat iu, atau Allah lah yang menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut.  Ini bersyukur peringkat kedua.


Walaupun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkan dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan merasakan di hati bahawa Allah lah yang mengurniakan kita nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.


Contohnya kalau kita kaya, kita kena lah tolong orang-orang yang kurang berkemampuan. Derma pada rumah kebajikan ke tapi jangan la dengan niat nak menunjuk-nunjuk pulak kan. Dosa pulak kat situ. Samalah macam nikmat-nikmat lain yang Allah bagi pada kita. Kalu kita dikurniakan akal fikiran yang cerdik pandai, kenalah kita tolong kawan-kawan yang lemah. Jangan berlagak pulak ye. Dunia ni sekarang semua cash.


Firman Allah :
Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)


Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.











KataSaya
Memang kena banyak bersabar dalam mendidik hati supaya bersyukur di atas nikmatNya. 

Friday, March 25, 2011

Stress is good actually? Is it...??


Assalamualaikum w.h.t,


Dengan berbesar hati saya nak bagitahu bahawa saya sedang berbaagia bersama stress. Oh indahnya. Yeah yeah yeah... Encik Rustam kata "I love when my students get stress. It is good for you, you know?" Oh untuk pertama kali saya mendengar ucapannya, agak terkesima. What the...? Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak. Kalau tak stress, tak dapat lah saya pujian "Very good Syazana"


Eh sebelum ni Encik Rustam telah memanggil saya "ROZANA". Heh dah macam lagu Amy Search pulak dah.. Then dengan selambanya saya kata"Dah sape pulak Rozana tu Cik?? Saya Syazana lah...." Lepas tu dia hanya tersengih-sengih saja. Ah takpe takpe, dimaafkan sebab dia dah puji saya dalam class. Ohoh hoh hoh


*Tetiba hujan pulak. Sejuk..*


Pada masa ini, aku lagi stress tau ngak.... Mana nak hafal karangan mandarin lagi. Kena prepare 4 karangan bertajuk
Basha *pasar*
Dujia *bercuti*
Hui xiang *balik kampung*
Kan dianshi *tengok tv*
Ok dah siap buat karangan itu dan submit pada lecturer suroh dia check tatabahasa. Huhu.. Jumaat ni kena pizen. Oh.... Then time nak pizen tu baru buat cabutan bertuah dapat pizen tajuk mana. Dem!


Then utuk subject Personl Development, kena cari 5 articles on 
Politik *I choose - Government to monitor progress of college* mcm tak berapa nak suitable je..
Sports & Entertainment *I choose - Chong Wei proves he can smash away Lin Dan*
Economy @ Business *I have - Japanese car prices in Malaysia not likely to rise*
Local Issue *got the *Nurin's dad losses suit against police chief*
International Issue *More countries shunning food from Japan*
Ni pun sama kena buat cabutan bertuah. Ngeeee...


Eh dah habis dah?


Belum lagi.

Rupanya saya masih ada assignment T___T Assignment untuk subject Financial Market & Institution. Oh lupa nak bagitahu. Test 2 hari tu dapat markah yang memberangsangkan. Alhamdulillah. Ok ok untuk subjek ni kena cari 3 artikel *artikel lagi* and comment about those article. Oh is it so hard? Just leave your comment. Haih... !!


Eh ada lagi satu.. Assignment Corporate Finance. Kena buat 3 past year as assignment. Tapi a few questions dah buat dalam class. Phewww!


Ni ada kerja sebenarnya ni. Sempat lagi kau dok belog belog bagai heh.. Lepas tu menyesal sebab buang masa pada hujung minggu. Apoda..


Nak sambung buat apa yang patut. Bye.











KataSaya
Nak pisang goreng..

Tuesday, March 22, 2011

Very gooood !



Assalamualaikum w.h.t.








Bahawasanya kita akan berasa sangatlah gembira kalau dapat pujian daripada orang lain. Ahak.. *ketawa gedik* Macam tak biasa puji orang je. Tapi kadang-kadang kena tipu siket untuk jaga hati sesetengah pihak. Hooo hipokrit gile! 








Hatta *menggunakan bahasa melayu denga sewenang-wenangnya tanpa tahu apa maksudnya*, hari ni dalam kelas Corporate Finance, lecturer puji saya dengan Alie. Uhuk.. Terharu. Terima kasih Encik Rustam. Horaayy! 








Dah la datang kelas lewat tadi. Hish.. Lepas tu kena duduk depan. Eh memang selama ni pun dalan kelas CF kau duduk depan sekali apa.. Ya tepat sekali. Dan dengan penggunaan calculator berharga RM130 tu sepatutnya digunakan sebaik mungkin. Tak berbaloi rasanya beli calculator mahal-mahal *terpaksa beli* tapi tokleh score A. Dah dapat "very goood" dah tadi sepatutnya memberi semangat untuk setadi lebih gigih.








Ok selamat setadi.

Monday, March 21, 2011

Gedebab bab bab !


Assalamualaikum w.h.t..

Ececeh.. Hati dah gembira sikit hari ni sebab dah lepas presentation bel, test FMI & quiz 2 mandarin. Ewah ewah toksah dok gumbira sangat lah. Minggu depan oral mandarin, minggu lagi satu ada Vote to Talk lagi. Amboi bersenang lenang ya kamu. Assignment lagi nak kena buat. Huh tak kesah lah. Jom la kita tengok gambar terbaru gedebab. Mama dia selalau nyanyi macam ni "Gedebab bab bab bab.."

 Datang-datang terus cium gedebab.

Ceh Aunty Nana je penat bagi semangat soh gedebab pandang camera. 

Macam betol muke. 

And finally ... ! 

Yeah ! Aunty Nana sakat gedebab. 

Muka kaget. 

Gembira sebab dayang datang layan gedebab.

Tengok tv lah konon.

Gedebab !




Wednesday, March 16, 2011

HUKUM MENIGGALKAN SOLAT


MENINGGALKAN SOLAT SUBUH
Barangsiapa yang meninggalkan solat subuh, nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.... 




MENINGGALKAN SOLAT ZOHOR
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam.




MENINGGALKAN SOLAT ASAR
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...




MENINGGALKAN SOLAT MAGHRIB
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.




MENINGGALKAN SOLAT ISYAK
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.














Tuesday, March 15, 2011

Pagi-pagi hari emosi dah tak stabil. Haish!


Assalamualaikum.

Saya ni cukup-cukup lah geram dengan perangai sesetengah hamba Allah yang takreti nak bersyukur dengan segala macam nikmat kat dunia ni. Tak cukup dengan itu, nak tambah lagi itu dan ini. Nak orang lain ikut rentak dia. Mana boleh macam tu. Tak semua orang hidupnya mewah. Dan tak semua orang mampu nak dapatkan semua yang kita nak dalam hidup.



Jadi tolong lah bertimbang rasa sikit. Kalau kerja kita dah settle, apa salahnya kita jenguk-jenguk orang lain. Tolong orang lain. *sebelum ni macam pernah cakap je pasal tolong-menolong* Tulang tu berat sangat ke nak tolong orang lain? Padahal pertolongan orang lain tu selalu kita harapkan. Jadi kita kena muhasabah diri lah sikit. Sejauh mana baik kita ni yang kita dok harap-harap sangat orang lain buat baik pada kita. Hish tak ada kesedaran sivik langsung.



Saya kadang-kadang cakap jugak kat adik-adik saya. Kalau kita nak orang buat baik dengan kita,tolong kita, kita kena mulakan dulu. Siapa kita nak dapat semua benda baik dalam dunia ni? Dan saya jugak selalu nak membebel kat adik saya, pasal solat. Bukan nak kata saya ni alim or whatever. Tapi bila time solat, memang la liat. Nak nak lagi budak kecik kan. Dari situ mulalah saya ceramah bagai.. Hahaha... Dari budak lagi la kita kena didik penuhkan quota solat cukup 5. Kalau dari kecik dah memang tak ada orang nak tegur, dah besor esok, liatlah gamaknya nak solat. Nak kena ketuk, baru gerak. Alhamdulillah Allah masih beri saya peluang untuk menikmati nikmat dunia.



Pengalaman hidup yang terlalu banyak mengajar saya lebih menghargai hidup, lebih menghargai orang sekeliling. Saya macam gadis lain jugak. Cuma saya rasa pengalaman hidup saya tak macam orang lain. Saya cukup bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada saya sampai hari ni.



الحمد لله يا الله


SEGMEN : BLOGGER IKUT NEGERI



Assalamualaikum


Eh Eh lama sudah tak join segmen Abg Ben. Memang lame gile doh... Dan baru saat ini tergerak hati nak join kembali segmen beliau.








Latarbelakang :
Saya lahir kat KELANTAN. Tapi I was grown up in JOHOR. So saya ni half Kelantanies, half Johorian. Hehe.. Sekarang saya tinggal kat KELANTAN sebab study. Yeah.. Saya pernah duduk PAHANG kejap masa kecil-kecil dulu sebab my dad used to be a teacher there.






Profession :
As I mentioned above, I am a UiTM student. Kat Kota Bharu. Oh tiap-tiap minggu pergi KB Mall sebab kena main bowling. *Arghh bosan sudah asyik pegi KB Mall*






Blog favourite : 
Antara belog yang saya selalu baca ofkos la belog Abang Ben. Lagi belog yang saya baca macam :



Eh banyak lagi lah....



Blog yang tak suka nak masuk :
Hah ini memang ada. Dulu pernah try masuk. Scroll punya scroll, sampai nak termuntah saya. Belog itu cerita pasal semua yang ngeri. Euuwwww..... Nak tengok tak? Nak? Nak? Nak? Sila klik SINI.



Impian terhadap blog :
Oh saya tak mengharap trafik yang tinggi dan juga pembaca yang ramai. Sebabnya? Oh you can count on me on late of update. Bila cuti sem, sehari sampai 2 3 entry pun boleh. Dah duduk jadi student ni, nak update 1 entry pun punya lah malas. Saya cuma nak share pada semua apa yang saya lalui setiap hari saya kat sini, pahit dan manis. Cewah... Gempak la tu ayat kau. Hahaha... But it is ok, selagi ada folowers, saya akan berjuang dengan penulisan blog ni. Aja-aja fighting !! *berjuang jugak untuk subjek Financial & Market Institution T_T*














Monday, March 14, 2011

Fizz Fairuz melawak pula pasal gempa bumi di Jepun.



Assalamualaikum semua.






Seperti mana yang kita tahu, Jumaat lalu negara Jepun telah dilanda gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala ritcher berketinggian 10 meter di Pantai Timur Honshu. Dicatatkan lebih kurang 10,000 orang mati termasuk yang tak jumpa and so on. Memang sedih. Hati saya tersentuh tengok video-video gempa bumi kat sana. Dan sekarang pun, di Terengganu pun terancam jugak.






Tapi hari tu saya terbaca kat website Oh Bulan pasal Fizz Fairuz melawak tentang gempa bumi Jepun. Mungkin dia melawak tu just main-main je. Bagi saya takde lah besar mana pun hal tu. Tapi uols boleh tengok sendiri la ye komen dia..




















KataSaya
Macam-macam hal...

Saturday, March 12, 2011

Love Volleyball ~


Assalamualaikum pembaca.



Semalam ada aktiviti yang kelas saya kena join. I mean class for subject Personal Development (PD). There are 2 project that we have to assign. So this was the first project lah. The second project will be discussed later.



This activity actually was held by Majlis Sukan dan Rekreasi Negeri Kelantan. And we are the representatives from UiTM. Proud to be warga UiTM. Ahak.. *Ketawa gedik*



Banyak lagi universiti lain yang join macam UMK & etc. *tak ingat actualy U mana. hahaha...* Budak-budak sekolah pun ada. Aktiviti-aktiviti tu dibahagikan mengikut kesesuaian. Untuk keluarga dan remaja. Ada pertadingan bola sepak padang, bola tampar padang, tarik tali *there's no word 'padang' for this game which was held at the beach ok*, and the climax, pertandingan memasak. So sweet..



Teka la I masuk pertandingan apa...









































Yes right.. Beach volleyball. Hey I know how to play lah. Pernah wakil kolej dulu tau. Sampai bengkak-bengkak tangan ni. Memang seronok.



Walaupun gegar tetap nak upload juga


Ecece memasing...


Ok semua orang control ayu disitu.
Sebelum gambar ni diambil saya telah dimarah oleh mereka sebab ambil gambar candid.
(Hahaha padan muka)


Encik tu tengah bagi mukadimah.


Encik yang kedua.



Wajah-wajah ceria *mata ke atas sampai nampak putih mata saja, tangan ke dada*


Himpunan manusia sedang beraerobik


Baju kuning sedang fikir nak masuk pertandingan memasak ke tak.
Lalala ~


Tak suka budak-budak ni jadi letakkan nama saya di atas muka mereka.


Oh hero UiTM ~


Ouchh ~ Tak tahu macamana boleh ada gambar ini.


Seorang yang kononnya ayu.


Seorang lagi sedang mementenkan keayuan.


Klon HZ.


The Mean Girls in Cooking Contest.


Nampaknya mereka sangat penat.


Nampaknya ada seorang sahaja yang tak penat.


Cikgu undang-undang.


Beberapa ketul yang ceria.


































KataSaya
Sempat lagi tidur masa orang pergi solat Jumaat.


Wednesday, March 9, 2011

Beberapa Perkara Tentang Orang Perempuan



Assalamualaikum pembaca.

(Wah skema gitu ayat aku)



Sebenarnya apa yang saya nak share pada entry kali ni adalah sekadar general information. Adapun fakta ini adalah bukan berdasarkan kajian saintifik, tapi dia macam ada kena mengena je dengan kehidupan harian kita. Eh, saya tak la.. Tak percaya? Tak caye sudah...



Yang pertama :
Selangkah lelaki bersamaan dengan tiga langkah orang perempuan.TAPI selangkah orang perempuan akan jadi tiga langkah orang lelaki bila diorang nampak perkataan

Nampak sangat orang perempuan ni shophaholic. Eh dok ngate orang, ekau tu sedor diri siket heh.. Haish diam!




Yang kedua :
Berdasarkan kajian, jumlah orang perempuan yang memakai cermin mata adalah lebih tingi peratusannya berbanding dengan orang lelaki. (Eh ye ke...) Kemungkinan besar sebab kenapa orang perempuan lebih banyak pakai cermin mata adalah sebab diorang RAMBANG MATA !




Yang Ketiga :
Apabila menjelang bulan ramadhan, orang perempuan selalunya akan kurangkan kekerapan bercakap. SEBALIKNYA menggandakan aktiviti
membeli belah. Yeah!!




Yang Keempat :
Kegemaran orang perempuan adalah salin resipi dari internet, dari majalah mahupun dari suratkhabar. Namun biasanya diorang masak tak pakai pun resipi-resipi bagai. Main cecampak je. 

Kumpul tak macam berbakul-bakul. Tapi haram jadah nak guna. Tapi lain ye bagi orang yang tak reti masak tu. Goreng telur pun nak tengok buku. What the.....??




Yang Kelima :
Ramai orang perempuan suka ajak kawan-kawan dia keluar makan, tapi adalah susah bebenor nak belanja kawan tu makan. Eh kalau orang perempuan ajak boyfren dia keluar, boyfren dia kena spedo semua gak ke..? Kesian si boyfren. Kena prepare duit berkepuk-kepuk dalam poket kot-kot si gelfren ajak pi shopping pulak.




Yang Keenam :
Kata bidalan yang menjadi feveret kaum-kaum perempuan ni bagi menguatkan hujah membeli barang-barang berjenama macam Bonia, Estee Lauder, Polo, Gucci, Guess, Body Shop dan sewaktu dengannya adalah;
"Alah membeli, menang memakai"
Sebenarnya orang perempuan 'alah' tengok perkataan Sale.




















KataSaya
Baru sahaja terbeli sehelai t-shirt, tudung syria dan anak tudung syria. Oh very the shophaholic..