Sunday, March 27, 2011

5 PERKARA YG PERLU DI SEGERAKAN

 
Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:


1. Kalau kita buat DOSA segeralah minta ampun dari ALLAH.
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

2. Jenazah perlu di segerakan untuk di uruskan pemakamannya.
 
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.

3. Hutang mestilah diselesaikan dengan segera.
 
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.


4. Anak perempuan kalau dah ada jodoh yang sesuai segera untuk di nikahkan.
 
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.


5. Tetamu hendaklah segera di layan bila datang ke rumah.
 
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.
 








*Tazkirah dari Uz Zahazan Mohd dari radio IKIM.

No comments:

Post a Comment