Tuesday, March 15, 2011

Pagi-pagi hari emosi dah tak stabil. Haish!


Assalamualaikum.

Saya ni cukup-cukup lah geram dengan perangai sesetengah hamba Allah yang takreti nak bersyukur dengan segala macam nikmat kat dunia ni. Tak cukup dengan itu, nak tambah lagi itu dan ini. Nak orang lain ikut rentak dia. Mana boleh macam tu. Tak semua orang hidupnya mewah. Dan tak semua orang mampu nak dapatkan semua yang kita nak dalam hidup.



Jadi tolong lah bertimbang rasa sikit. Kalau kerja kita dah settle, apa salahnya kita jenguk-jenguk orang lain. Tolong orang lain. *sebelum ni macam pernah cakap je pasal tolong-menolong* Tulang tu berat sangat ke nak tolong orang lain? Padahal pertolongan orang lain tu selalu kita harapkan. Jadi kita kena muhasabah diri lah sikit. Sejauh mana baik kita ni yang kita dok harap-harap sangat orang lain buat baik pada kita. Hish tak ada kesedaran sivik langsung.



Saya kadang-kadang cakap jugak kat adik-adik saya. Kalau kita nak orang buat baik dengan kita,tolong kita, kita kena mulakan dulu. Siapa kita nak dapat semua benda baik dalam dunia ni? Dan saya jugak selalu nak membebel kat adik saya, pasal solat. Bukan nak kata saya ni alim or whatever. Tapi bila time solat, memang la liat. Nak nak lagi budak kecik kan. Dari situ mulalah saya ceramah bagai.. Hahaha... Dari budak lagi la kita kena didik penuhkan quota solat cukup 5. Kalau dari kecik dah memang tak ada orang nak tegur, dah besor esok, liatlah gamaknya nak solat. Nak kena ketuk, baru gerak. Alhamdulillah Allah masih beri saya peluang untuk menikmati nikmat dunia.



Pengalaman hidup yang terlalu banyak mengajar saya lebih menghargai hidup, lebih menghargai orang sekeliling. Saya macam gadis lain jugak. Cuma saya rasa pengalaman hidup saya tak macam orang lain. Saya cukup bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada saya sampai hari ni.



الحمد لله يا الله


1 comment:

  1. bese r...
    ilmu djdikan panduan...
    amalan djdiakan landasan...
    iman dijadikan sebagai pegangan....
    kesbaran jadikan sebagai kemestian....

    ReplyDelete