Sunday, March 27, 2011

Syukur dan Sabar


Assalamualaikum w.h.t kepada pembaca budiman,



Kalau kita perhatikan hidup manusia ini, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia semestinya diuji dengan ujian tak kira la ujian tu nikmat ataupun kesusahan silih berganti datangnya. Kita juga dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat.


Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Bila adanya kedua-dua ujian ni, hati kita kena terima dengan betul. Maknanya kita kena bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.


Sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Sebabnya, dalam bersabar, hati kita perlu melalui kesusahan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa kita mesti terganggu. Kalau orang cari pasal dengan kita kan, komfemlah hilang ketenangan jiwa. Ye tak??


Bersyukur pula, sekali imbas, nampak macam lebih senang sebab hati kita pada masa tu berada dalam keadaan tenang dan gembira. Tak ada tekanan la macam tu..


Tapi betul ke bersyukur tu lebih senang? Kalau betul, kenapa ramai je orang yang tak reti nak bersyukur dengan nikmat Allah, tak bersyukur dengan orang sekeliling? 


Allah ada berfirman di dalam Al Quran:
Maksudnya:
“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


Berdasarkan dari apa yang saya baca, syukur tu ada peringkat-peringkatnya. Yang pertama, manusia ni, bila Allah bagi nikmat, dia bersyukur. Dia ucap "Alhamdulillah". Ramai bersyukur dengan cara ni. Tapi kalau just cakap 'Alhamdulillah', tapi tuntutan-tuntutan lain dalam bersyukur tu tak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain-mainkan atau mempersendakan Allah saja.


Yang keduanya, orang akan ucap 'Alhamdulillah' bila Allah selamatkan mereka dari bencana atau musibah atau diberi nikmat. Pada masa yang sama hati mereka betul-betul rasa yang Allah lah yang beri mereka nikmat iu, atau Allah lah yang menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut.  Ini bersyukur peringkat kedua.


Walaupun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkan dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan merasakan di hati bahawa Allah lah yang mengurniakan kita nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.


Contohnya kalau kita kaya, kita kena lah tolong orang-orang yang kurang berkemampuan. Derma pada rumah kebajikan ke tapi jangan la dengan niat nak menunjuk-nunjuk pulak kan. Dosa pulak kat situ. Samalah macam nikmat-nikmat lain yang Allah bagi pada kita. Kalu kita dikurniakan akal fikiran yang cerdik pandai, kenalah kita tolong kawan-kawan yang lemah. Jangan berlagak pulak ye. Dunia ni sekarang semua cash.


Firman Allah :
Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)


Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.











KataSaya
Memang kena banyak bersabar dalam mendidik hati supaya bersyukur di atas nikmatNya. 

No comments:

Post a Comment