Wednesday, April 13, 2011

Demam campak dan pantang larangnya.


Assalamualaikum pembaca saya yang dikasihi,


Apasal tetiba nak cerita pasal demam campak ni? Asal weh? Asal? Ce cite ce cite..


Sebabnya saya dan lagi 3 orang budak rumah suspect chicken pox! Hamagad! Diz iz really unexpected. I thought is was hama tau. Tapi tadi housemate saya kata ayah dia call. Dia cerita everything then ayah dia kata tu demam campak. Oh no...!! Mujur class saya dah habis. Minggu depan study week. Alhamdulillah study week pun lama. 27 April baru start exam.

Demam campak ni apa? Ala.. yang bintik-bintik merah, ada air dalam dia. Gatal tau. Merenyam rasa. Miang. Huish.. Memang dugaan.

demamcampak.jpg 

Ada yang kata kena minum air kelapa. Dulu masa kecik-kecik, kalau saya kena pemiang ke gegata ke, ayah bagi minum air kelapa fresh tu secawan. Selawat 3 kali. Doa minta sembuh. Ada juga yang kata guna daun semambu. Then tumbuk lumat dengan beras, sapu pada badan. Daun tu jugak dibuat alas tidur.

Banyak pantang larang kalau kena campak tau antaranya :

  1. Jangan garu!! Ini paling penting.
  2. Jangan kena hujan. Kalau kena hujan nanti berparut. *kalau ada parut, turun lah hantaran. Hahaha*
  3. Pantang makan oke kawan-kawan. Avoid ayam, telur, udang, ketam, sotong, ikan bilis, ikan kembung, makanan bergoreng @ bertumis. Tapi kalau nak makan jugak, makan lah. Anda akan rasa kesannya. Percayalah....... *gaya lagu Siti*
  4. Elakkan makan kicap. Nanti parut jadi hitam. Alamak, saya suka kicap jugak.
  5. Jangan dekat dengan orang yang tengah menggoreng kat dapur. *tak tahu kenapa*
  6. Kalau mandi tu kena lemah lembut time nak lap-lap badan tu takut nanti bintik-bintik tu terpecah & boleh memudaratkan.
  7. Ok tak tahu dah. Pegi lah tanya atok nenek uols pulak. Hehe..
Ni kena makan banyak vitamin A *hati*, vitamin C *buah-buahan*, kekacang, minum air masak banyak-banyak. Yang penting, DOA banyak-banyak supaya Allah bagi kesembuhan pada kita. Minta Allah kuatkan semangat kita nak hidup dengan demam campak ni beberapa hari. Hehehe..


Tapi saya just anggap ni satu ujian dari Allah. Setiap penyakit kan sebagai penghapus dosa.. Jadi jangan merungut-rungut pulak kenapa sakit itu ini. 









KataSaya
Dalam class tak boleh duduk diam..

3 comments:

  1. thanks.. really help me alot. just recently got chicken-pox. now i know what food cannot eat.. but ayam.. waaa!!

    ReplyDelete