Wednesday, April 13, 2011

Pakai gelang kling kling kling! Boleh ke?

Assalamualaikum.


Semalam masa on the way naik tangga naik pergi kelas, depan saya ada seorang hamba Allah yang sedang naik tangga jugak *Yelah naik tangga takkan turun tangga pulak*. Dari tingkat bawah lagi saya dah dengar bunyi-bunyi loceng. Rupanya hamba Allah tersebut.  Dan dari situ terdetik dalam hati saya, "Eh bukan ke tokleh ke pakai gelang kaki loceng-loceng bagai??"



Setahu saya lah, kita orang Islam haram pakai gelang kaki atau gelang tangan berloceng.  Sebabnya ia boleh menarik perhatian orang sekeliling. Ada juga yang kata, pakai gelang kaki especially for woman, melambangkan seorang pelacur.


“Berkata Allah SWT: “Dan janganlah mereka menghentak kami mereka….”. Pada zaman jahilliah, ketika wanita-wanita itu melalui jalan-jalan atau lorong-lorong, di kaki mereka mempunyai gelang dan tiada sesiapa yang dapat mengetahui (mendengar) bunyinya, maka mereka menghentakkan kaki mereka ke bumi supaya orang-orang lelaki dapat mendengar bunyi gelang itu. Allah SWT melarang wanita beriman daripada hal seperti itu. Begitu juga jika ada sesuatu hiasan yang tersembunyi, dan perempuan itu menggerak-gerakkannya untuk menzahirkan apa yang tersembunyi padanya, maka ia termasuk di dalam larangan ini: “ Dan janganlah menghentak-hentakkan kaki mereka…hingga akhir ayat. [Tafsir Ibn Kathir]
“ Dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka supaya diketahui apa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka”. Maksudnya: Janganlah dihentak-hentak bumi dengan kaki mereka supaya berbunyi perhiasan mereka, seperti gelang-gelang kaki dan lain-lain. Dan oleh sebab itu (hentakan kaki tersebut), diketahui perhiasannya, maka ia menjadi wasilah kepada fitnah. [Taisir al-Karim ar-Rahman, asy-Sheikh as-Sa’di]




 Wanita-wanita di zaman Jahiliyah mempunyai amalan memakai gelang kaki berloceng dan bila mereka berjalan, mereka akan menghentakkan kaki mereka agar bunyi gelang ini didengar oleh kaum lelaki, dengan itu ia menarik perhatian dan pandangan lelaki jatuh terhadapnya. Ia sekaligus merupakan babak-babak untuk "menghampiri zina" yang dilarang oleh Allah dalam firmannya; 
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" [Quran Surah Al-Israa',17: 32]


Seorang wanita muslimah yang baik, sopan santun berakhlak mulia dan beriman kepada Allah, tak pakai pun gelang loceng-loceng bagai bila keluar rumah ATAUPUN bila berhadapan dengan lelaki ajnabi (yang bukan muhrim). Kenapa? Sebab bunyi-bunyi loceng tu boleh merangsangan shawat lelaki. Sama jugak macam pakai perfume. Perfume a.k.a wangi-wangian akan menjadi halwa hidung dengan tujuan yang sama. Mata dan anggota tubuh yang lain pun berperanan besar dalam membangkitkan ghairah orang lelaki.


Haa.. So, wanita muslimah yang beriman DILARANG untuk tayan-tayang perhiasan bila keluar rumah, ini termasuklah gelang, rantai dan pakaian yang menarik perhatian contohnya pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna. tudung tapi baju seluar ketat a.k.a sarung nangka *mungkin dia tersalah ambil baju adik dia yang darjah 1 kot..*, Pakai perfume dengan jayanya a.k.a pakai macam nak duduk dalam hutan seminggu. Dalam satu hadis lain, mata pun boleh berzina tau. Ianya terjadi bila seorang wanita pakai minyak wangi lepas tu jalan-jalan di khalayak ramai; 
"Seorang wanita yang memakai minyak wangi lalu lewat di tengah-tengah kaum (laki-laki) dengan maksud agar mereka menghidu bau harumnya maka wanita itu adalah pelacur" (HR. An-Nasaa'i).



























KataSaya
Sampai hari ni masih tak suka pakai cincin ke gelang ke.. 



No comments:

Post a Comment