Friday, May 27, 2011

Lelaki berantai yang .....


Assalamualaikum.

Kenapa topik pada hari ini, pada malam ini, pada saat ini adalah LELAKI BERANTAI? Kenapa? Kenapa harus? Mengapakah? Sebabnya, saya tak suka. Yeah, I don't like it. I mean it!

Hello... Guys are not necessary lah to wear 'necklace' *or whatever you called it*. Well, in my opinion lah kan, guys yang pakai rantai ni, tak kesah rantai emas ke *eh haram lah guys pakai rantai emas* rantai silver ke rantai orang asli and whatsoever, sekali pandai macam gangster. Nak-nak lagi yang pakai rantai yang besar macam bangle *I dunno how to spell it right =.=!* tu. Omaigod...

*Please don't ask me anything regarding this picture*

*This is what I mean*

Guys, you know the punishment of wearing such things kan..? You guys kata fashion. Oh come on lah. Rantai itu perhiasan wanita sahaja ok! So kenapa mesti nak menyerupai kaum wanita?

“Barang siapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

See.. It is already stated there. You know the rules. Anyone who violates the rules will get a 'reward' from God. Tak lawa pon uols pakai rantai gelang bagai. Macam mafia dah tau tak? Tak la macho mane pon. Serabai je aku tengok. Tu yang pakai rantai hitam tu, bajet ganteng la.. Bajet lelaki idaman la tu. Hish tak sior teman.. Baik uols pakai baju Melayu dengan kain pelekat lepas tu pi surau. Uhuk3!!

Cuba tanya diri uols, apa faedahnya pakai barang-barang perhiasan wanita tu? Nak nampak cute heh? Eleleh.. Kalau uols rasa macam rock sangat nak berantai bergelang bagai takpe lah. Masing-masing punya hal. Kang dok tegur sana sini mahu kena sound.

"Hoi.. Kau ape hal kecoh sangat? Aku pakai duit mak kau ke?"

"Aik, sejak bila lu jadi ustaz ni bro...?"

Kan... Kan...? Pernah jadi tak kat diri uols? Bagi yang pernah rasa tu, ada tak rasa macam nak tampar lelaju je orang tu? Hahaha.. So guys, please do not wear such things. It looks horrible. Seriously!



For more information, you can click HERE.

Thursday, May 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU



Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom join segmen Ben Ashaari. Kita serbu blogger-blogger lain!

Wednesday, May 25, 2011

Is it necessary to put songs in your blog?


Assalamualaikum ladies and gentlemen,

Today I would like to argue about 'Is it necessary to put songs in your blog?'

Frankly speaking, my answer is no. It is not necessary kot. Why? Oh it's a kind of noisy ya'know.. Yeah yeah I've did it once. And you know what song I put? It's Alfie song by Lenka. Tapi tu dulu kay.. Tu dulu. Then I feel it is really disturbing me. Don't ya feel that.. Pffftt

Ok fine. Not everyone like to put what ever songs they like. But not me. Seriously. When I visit a blog that there was a song, the first thing I did was look for where the song player (or whatever you called it) was placed. Then I have to stop it. Unfortunately, I will turn off my volume if I could not found where the song was hidden. Demmit! 'Menjajo-jajo' tahu tak nak cari mano uols letak lagu tu..?

Kalau lagu sedap ke slow takpe la kan.. What if it is screamo song? urrghhh! Ce bayangkan kalau kat cyber cafe. Mahu terkejut mak.. Omakau...!! Kalau letak lagu nasyid kan sedap sikit. Ececeh... (=.=)

Ok dah dah..  So the point is, for those who have any intention to have some 'bising-bising' song, please la change your mind. It might disturbing others. If you wanna put songs kan, please la cari player yang ada button STOP/PAUSE. Ok? That would be better.

Ok guys. Assalamualaikum. Bye.








KataSaya
This is just my opinion. Please don't get angry. 
Please Forgive Me

Best Friend Forever Contest 2


Assalamualaikum,

Helo.. Nak join contest lagi tak? Kali ni sumpah seronok. Tapi sempoi je contestnya. Contest Kawan Baik Selamanya (translated. hihi)

Ikuti cara-cara dibawah untuk sesiapa yang nak join SAHAJA :



*Saya dah join. Hihi*

Untuk keterangan lanjut a.k.a syarat-syarat penyertaan, boleh KLIK SINI.




Tuesday, May 24, 2011

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?





Header ni saya ambil dari satu website tu. Tapi sorry la tak ingat web mane. Hihihi.. Just paste kan gambar saye kat header tu je. So itulah hasilnye. (^_^)v


Bagi sesiapa yang nak join boleh KLIK SINI


Monday, May 23, 2011

HARAM hukumnya mencabut bulu di muka


Haram. Ya, memang haram cabut bulu yang ada di muka. Bila cakap pasal ni, of course penekanan lebih kepada bulu kening. Saya rasa ramai wanita mahupun lelaki tahu hukum ini, tapi berapa ramai yang tidak menghiraukan hukum Allah ini? Manusia sanggup buat apa saja demi CANTIK. Keluarkan duit puluh-puluh ribu pun sanggup. Yang buat plastic surgery toksah cerita lah, Botox bagai.. MasyaAllah.


Antara cara yang dianggap mencantikkan wajah ialah membentuk kening atau alis mata dengan mencabut atau mencukur sebahagian atau semua sekali. Lepas tu bentukkan dengan celak atau alat solek yang sewaktu dengannya. Perkara ni memang tak asing lagi dalam dunia serba moden ni. Tapi anda harus tahu bahawa amalan ni dah wujud sejak zaman jahiliyah dan sebelum kedatangan Islam.

Sekarang ni pun bersepah-sepah jual alat-alat solek. Pergi mana je confirm ada jual, paling cikai pun jual celak. Kan.. Kan..? Dengan adanya begitu banyak alat solek ditambah pula dengan kepakaran yang ada pada seseorang, memang senang la nak membentuk alis mata atau bulu kening. TAPI harus diingat, macamana pandai sekalipun kita dalam bidang persolekan, jangan sampai melanggar batasnya. Jangan sampai melanggar hukum Allah. Semua tahu berdosa kan..


Perbuatan ni sememangnya mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu maknanya wanita boleh kalau bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk hilangkan jerawat, jeragat dan bintik-bintik. TETAPI, tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang lebih menawan.

Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat, ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. 

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diHARAMkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua. 

*Cuba tengok kat Jepun. Baik artis perempuan mahupun lelaki, sume nak togelkan kening. Nak cantik punya pasal sanggup buat apa saja*

Tetapi bagi wanita yang mempunyai terlalu lebat bulu keningnya sampai orang tengok pun nampak pelik, boleh la cabut sikit-sikit sekadar membolehkan kelihatan sedikit halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. Kalau yang kening yang memang dah cantik tu, sekadar membentuk menggunakan celak tak apalah. Toksah lah nak pandai-pandai cabut cukur bagai. Dosa tetap dosa. Tak sanggup kan kita nak tanggung kat akhirat esok.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diHARUSkan, tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sampai jadi kening yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Sunday, May 22, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Bagi sesiapa yang nak join boleh KLIK SINI




KataSaya
*Lama sungguh tak meng"join"kan diri dalam segmen-segmen Abg Ben*

Thursday, May 19, 2011

Sambungan "Kenal Mustafa Kemal Atatürk ?"

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!


Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

One in a million





You're one in a million 

Sometimes I can't hate you every day 
Sometimes you can fall for everyone you see 
Only one can really make me stay 
A sign from the sky 
Said to me 

You're one in a million 
You're once in a lifetime 
You made me discover all the stars above us 
You're one in a million 
You're once in a lifetime 
You made me discover all the stars above us 

I've been looking for that special one 
And I've been searching for someone to give my love 
And when I thought that all the hope was gone 
You smile, there you were and I was gone 

I always will remember how I felt that day 
A feeling indescribable to me 
Yeah 
I always knew there was an answer for my prayer 
And you, you're the one for me 


I was cool and everything was possible 
You tried to catch me but it wasn't possible 
Nobody could hurt me it was my game 
Until I met you baby and went insane 
And when you didn't want me, I wanted you 
Because the finer thing bout it was I like to go 
I like it when its difficult I like it when it's hard 
You know it's worth it if ya find your heart 

Pendulum Waves


Enjoy !













KataSaya
Sangat cool !

Wednesday, May 18, 2011

Kenal Mustafa Kemal Atatürk ?



Kenal Mustafa Kemal Atatürk? Inilah Mustafa Kemal Atatürk.



Beliau merupakan pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama. Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.

Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. 

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Antara 'undang-undang' yang telah beliau tetapkan :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “Siapa Tuhan dan dimana Tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. 




To be continue...


Tuesday, May 17, 2011

Sila ambil perhatian kepada pengemar-pengemar games sedunia..!


Assalamualaikum,

Tadi baru lepas baca blog someone pasal games yang menjatuhkan ISLAM.

Sila ambil perhatian bagi uols yang memang kaki games. Orang kafir memang bersemangat nak menjatuhkan Islam.

Sila klik LINK INI untuk maklumat lanjut.

Sekian terima kasih.

Sila datang lagi (^_^)V

Amalan-amalan yang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil



1. Solat-solat sunat dan solat tahajud.
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”. (Hadis Riwayat Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad . Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini).

2. Mengambil wuduk.
Di dalam hadis Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Jika seorang hamba yang muslim atau mukmin berwuduk, ketika ia basuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya semua kesalahan yang dilihat dengan kedua matanya bersama air atau bersama tetes air terakhir. Jika membasuh kedua tangannya, keluarlah dari kedua tangannya semua kesalahan yang dilakukan tangannya bersama keluarnya air atau tetes terakhir air. Jika membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan yang diperbuat kakinya bersama air atau tetes terakhir air, sampai ia selesai wuduk dalam keadaan bersih dari dosa."
(Hadis Riwayat Muslim)

3. Banyakkan beristighfar.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"
(Hadis Riwayat Al Hakim)

4. Banyakkan bersedekah.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah ra.)

5. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir -maksudnya (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya). BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dalam sehari seratus kali, maka ia memperoleh pahala yang menyamai dengan memerdekakan sepuluh orang hamba sahaya, juga untuknya dicatatlah sebanyak seratus kebaikan dan dihapuskanlah dari dirinya sebanyak seratus keburukan, juga ia dapat memperoleh perjagaan dari godaan syaitan pada harinya itu sampai waktu petang. Tiada seorangpun yang dapat memperoleh sesuatu yang lebih utama dari apa yang dilakukan oleh orang di atas itu, melainkan seorang yang mengerjakan lebih banyak dari itu."

Baginda S.A.W.  selanjutnya bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang mengucapkan: subhanallah wa bihamdih (Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya) dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya (dosa-dosa kecil), sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan."
(Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)

6. Memberi salam.
Apabila Rasulullah S.A.W.  bertanya Iblis apakah tindakkannya apabila umatnya memberi salam sesama mereka, maka Iblis berkata :
"Ya Nabi Allah, akan pecahlah daku apabila umatmu bertemu dijalanan lantas salah seorang daripadanya memberi salam dan yang lain menjawabnya sehingga aku menangis, melolong kesedihan. Kerana keduanya telah mendapat keampunan setelah keduanya berpisah".

7. Berikhtikaf dimasjid menunggu dari solat fardu ke solat fardu yang lain.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”. (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

8. Berjalan menuju ke masjid untuk solat fardu dan pulang dari masjid.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka satu langkah menghapuskan kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lainnya dituliskan kebaikan. Hal itu berlangsung pada saat berangkat maupun pulang."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

9. Berjalan menuju kemasjid untuk menuntut ilmu.
Malaikat turun di tengah-tengah majlis ilmu memberikan ketenangan dan rahmat serta Allah mengingat para pesertanya,  Rasululah S.A.W.  bersabda maksudnya  : "Dan jika berkumpul suatu kaum dalam majlis untuk membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya maka pasti turun pada mereka sakinah( ketenangan) yang diliputi oleh rahmat , dikerumuni oleh Malaikat dan diingati oleh Allah di depan para Malaikat yang ada padanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Abu darda ra berkata : Saya pernah mendengar Rasululah S.A.W. bersabda maksudnya : "Siapa yang menuntut ilmu , Allah membukakan pintu syurga baginya , para Malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana reda kepadanya dan ikan-ikan di lautpun ikut mendoakan" (Hadis Riwayat AbuDawud dan Tarmizi)

10. Menyahut amin (selepas membaca surah al-Fatihah) bersama-sama imam dalam solat berjemaah.
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”. (Hadis Riwayat Bukhari  dari Abu Hurairah ra.)

11. Mengajar ilmu yang bermanfaat.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”. (Hadis Riwayat Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi)


Marilah kita jauhkan diri kita daripada dosa-dosa besar dan kecil. Janganlah kita melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan kerana setiap dosa yang kita lakukan akan terdapat satu titik hitam dalam hati kita. Jika titik hitam ini terlalu banyak maka hati kita akan terhijab untuk menerima taufik dan hidayah daripada Allah S.W.T. Kebenaran akan sukar masuk ke hati kita. Banyakkanlah mengamalkan  kebelas perkara di atas  untuk membersikan dosa-dosa kecil yang kita kerjakan.


Oh Cicak Tokek.. Rasa macam baru pertama kali dengar nama ni. Pelik je macam..


Assalamualaikum semua (^_^)V

Tau tak cicak tokek? Pernah dengar nama tu? Ha pada yang pernah dengar tu ok la, tapi untuk yang tak pernah dengar tu meh den nak cerito sikit. Eh sebonanyo den pun baru tau & baru dongar pasai cicak tokek ni. Ape ke pelik bebeno la namenye TOKEK..

Ni la Cicak Tokek atau nama saintifiknya Tockay Gecko 
Adohai la.. Geli aku tengok. Sebut je cecicak ni, meremang terus bulu roma I tau..

Sekarang ni orang sibuk la dok cari cicak ni. Orang kata cicak ni boleh ubat AIDS. Betul atau tidak saya tak pasti. Orang dok buru cicak ni sebab cicak ni dikatakan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Harganya boleh mencecah ratusan ribu Ringgit Malaysia. Sebab tu la kot orang taksub sangat nak dapatkan cicak ni. *Cicak pun nak

Ada satu cerita pasal cicak Tokek ni. Ada seorang lelaki dari Sabah ni pernah kena tipu dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan warak masa dia nak beli cicak Tokek ni. Nak tahu pasal lelaki berkenaan boleh KLIK SINI.

Tapi saya ada baca pasal sebenarnya yang dok kata cicak ni boleh ubat penyakit AIDS tu adalah bohong je.


Sejauh mana kebenaran tentang khasiat cicak ni saya pun tak pasti. Yang pasti sekarang, ramai orang sedang ligat cari cicak ni.






KataSaya
Lebih rela ambil gambar dengan ular daripada kena pegang cicak. Eeuuwwww!

Amboi... Gelak sakan nampak...


Apa agaknya rupa seorang perempuan bila dia tengah gelak "Huahahahahaha......" Lucu kan? Bagi pendapat saya sendiri, tak perlulah nak gelak sakan depan public sebab, kita PEREMPUAN. Hodoh bebeno ghopenye kalau orang pempuan gelak ghope itu..

Nak gelak ketawa biarlah kena tempat dan masanya. Jangan main belasah je. Ketawa harus ada adab.


a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w.
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan *ketawa terbahak-bahak* kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah,  mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.
Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh.
Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
(1) Kerana memikirkan akhirat
(2) Kesibukan mencari keperluan hidup
(3) Risau memikirkan dosa
(4) Apabila tibanya musibah dan bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.
“Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”
Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri dan kembali bertaubat kepada tuhan. Banyakkan menangis (kerana Allah) dari ketawa (yang sia-sia) itu adalah amalan yang lebih baik.





KataSaya
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Monday, May 16, 2011

Hidung tersumbat..!! Guna pelocok boleh tak?


Selesema adalah satu jangkitan pada hidung dan tekak yang biasanya disebabkan oleh virus. Ia juga turut memungkinkan akan berlaku jangkitan pada bahagian telinga tengah atau mnyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini.


Ia tidak boleh dicegah tetapi kadar jangkitannya boleh dikurangkan. Ia sering menyerang kanak-kanak terutama sehingga kanak-kanak yang berusia dua tahun. Kanak-kanak boleh terganggu tidurnya apatah lagi kalau hidung tersumbat. Eh orang dewasa pun kena selesema tau. Oh saya sedang selesema ketika menulis entri ini sebab saya sangat alah dengan habuk. *baru lepas menyapu rumah*

Apa simptom-simptom selesema?

Batuk
Demam Sakit tekak
Susah nak bernafas *hidung tersumbat dan lebih teruk + berkahak*
Akan mula bernafas memalui mulut
Bersin
Letih *selesema memang meletihkan*
Sakit kepala *sebab kerap bersin*
Hilang selera makan

Cara mengurangkan jangkitan selesema:

Jangan duduk terlalu dekat dengan orang yang mengidap selesema. Nanti berjangkit baru tahu.
Basuh tangan sebelum makan dan selepas sentuh hidung. Kalau sesetengah orang, main-main hidung sikit pun boleh selesema.
Guna tuala tangan pakai buang. Elakkan guna tisu sebab tisu tu penyumbang kepada jugak. Tisu kan ada habuk-habuk dia..
Sila ajar anak @ adik @ kakak @ abang tu, tolonglah tutup mulut dan hidung bila bersin atau batuk. Ini tak bila batuk ke bersin ke, sukati je sebarkan virus.
Makan makanan berat dan amalkan gaya hidup sihat.

Rawatan selesema:

Rehat yang cukup *saya akan tidur lepas makan ubat selesema*
Minum banyak air
Mengamalkan makanan yang berzat *percaya atau tidak, saya akan makan ice cream untuk kurangkan selesema*
Pemberian Paracetamol untuk melegakan demam dan menbuka selera makan



Jadi, bagi sesiapa yang tengah sroooottt sroooott tu, makan limau banyak-banyak ye. Selesema jugak adalah disebabkan kurangnya Vitanim C dalam badan. Mujur kat rumah saya ada limau. Fuhh..!

Sroooottt...!!!