Sunday, May 15, 2011

20 Cara Buat Roomates Anda....


Selalunya bila cakap pasal roomate(s) mesti ada yang complain. Tak banyak pun sikit. Kan kan kan..? Ececeh.. Tak nak ngaku la tu. Antara "komen-komen" yang selalu kita dengar bila orang mengadu pasal roomate dia;

"Eh roomate aku ni busuk gile weh.. Macam sebulan tak mandi"

"Eh bestnye roomate aku, rajin sesapu bilik ni ha.."
"
Menyampah betullah aku dengan Si Polan tu. Pemalas nak mampuih"

"Roomate aku best gile dow.. Asal balik kampung je nanti mesti bawak balik makanan satu dozen. Heaven gile"

"Gile kedekut weh roomate aku. Simpan makanan bagai dalam locker tapi keje pau stok aku"

Ha tu antaranya la yang orang selalu dok complain. Dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Berikut adalah cara-cara apa nak buat kalau agak-agak uols memang menyampah bebeno dengan roomate uols.


Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde org kat rumah. Unpack segala barang anda & pegi tidor.

Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skarang”

Buat2 terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… Dah merebak!”

Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat… Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

Beli pisau bebanyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi… Tak lama lagi…”

Duduk depan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tido. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat “Horee…!”. Bukak lampu semula.

Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

Bila roommate anda balik, pepura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat muka bodoh dan confused.

Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kpd binatang tersebut. Cecepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan daripada kau.

Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la… Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang bace yasin reramai. Bile rumet jage, buat x nampak pape.

Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.



Ok, selamat mencuba!


2 comments:

  1. hauhau..nie kes anaiya ini..kalo terjadi nie pasti sebb kamu..gurau shejalah..walau mm mane pon rommates itu, dia tetap kawan sebilik..huhuh

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    betol3..
    pape pun dia tetap kawan kita.

    ReplyDelete