Monday, May 23, 2011

HARAM hukumnya mencabut bulu di muka


Haram. Ya, memang haram cabut bulu yang ada di muka. Bila cakap pasal ni, of course penekanan lebih kepada bulu kening. Saya rasa ramai wanita mahupun lelaki tahu hukum ini, tapi berapa ramai yang tidak menghiraukan hukum Allah ini? Manusia sanggup buat apa saja demi CANTIK. Keluarkan duit puluh-puluh ribu pun sanggup. Yang buat plastic surgery toksah cerita lah, Botox bagai.. MasyaAllah.


Antara cara yang dianggap mencantikkan wajah ialah membentuk kening atau alis mata dengan mencabut atau mencukur sebahagian atau semua sekali. Lepas tu bentukkan dengan celak atau alat solek yang sewaktu dengannya. Perkara ni memang tak asing lagi dalam dunia serba moden ni. Tapi anda harus tahu bahawa amalan ni dah wujud sejak zaman jahiliyah dan sebelum kedatangan Islam.

Sekarang ni pun bersepah-sepah jual alat-alat solek. Pergi mana je confirm ada jual, paling cikai pun jual celak. Kan.. Kan..? Dengan adanya begitu banyak alat solek ditambah pula dengan kepakaran yang ada pada seseorang, memang senang la nak membentuk alis mata atau bulu kening. TAPI harus diingat, macamana pandai sekalipun kita dalam bidang persolekan, jangan sampai melanggar batasnya. Jangan sampai melanggar hukum Allah. Semua tahu berdosa kan..


Perbuatan ni sememangnya mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu maknanya wanita boleh kalau bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk hilangkan jerawat, jeragat dan bintik-bintik. TETAPI, tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang lebih menawan.

Mengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat, ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut. Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut. Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus. 

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri. Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diHARAMkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua. 

*Cuba tengok kat Jepun. Baik artis perempuan mahupun lelaki, sume nak togelkan kening. Nak cantik punya pasal sanggup buat apa saja*

Tetapi bagi wanita yang mempunyai terlalu lebat bulu keningnya sampai orang tengok pun nampak pelik, boleh la cabut sikit-sikit sekadar membolehkan kelihatan sedikit halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah. Kalau yang kening yang memang dah cantik tu, sekadar membentuk menggunakan celak tak apalah. Toksah lah nak pandai-pandai cabut cukur bagai. Dosa tetap dosa. Tak sanggup kan kita nak tanggung kat akhirat esok.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diHARUSkan, tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sampai jadi kening yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

4 comments:

  1. adakah haram jika cabut bulu kening di antara dua dua pasang bulu kening supaya tidak kelihatan seperti mana yang orang cakap "unibrow"

    ReplyDelete
  2. cnteknye pmpuan pkai jubah purple tudung coklat tu..sejuk mte memandang :')

    ReplyDelete