Sunday, May 15, 2011

Punca Utama Gangguan Jin Dan Syaitan Terhadap Wanita



Ada dua punca utama terjadinya masalah kerasukan yang sering dihadapi oleh kaum wanita iaitu :-

* Akibat sihir
* Kecenderungan jin ketika memandang perempuan berkenaan

Nak tahu apa yang jin-jin suka? Jin-jin ni sebenarnya suka mendatangi perempuan yang:

Suka bersolek berlebih-lebihan
(Kira kalau nak make up tu sikit-sikit sudah lah. Tak perlu nak bulu mata palsu bagai. Nak pergi shopping je kot..);

Tidak menjaga solatnya
(Ini memang kewajipan seorang Muslim. Kalau kita tinggalkan solat, ibarat kita sedang mengkafirkan diri kita sendiri. Dan kita tahu bahawa orang kafir tak akan masuk Syurga. Nak ke kita tak masuk Syurga..? Nauzubillah. Mintak dijauhkan dari Neraka Jahanam);

Tidak membaca al-Quran tetapi suka mendengar nyanyian atau pun muzik keterlaluan
(Dari apa yang saya tahu, sehari kita tinggalkan al-Quran, seminggu pula al-Quran akan tinggalkan kita. Ce bayangkan kalau bari seminggu kita tak mengaji. Ha kira la sendiri berapa lama al-Qurang akan tinggalkan kita. MasyaAllah.);

Suka membuka aurat
(Bagi saya, aurat wanita ni hak masing-masing. Tapi kita memang wajib tutup aurat, khususnya kaum wanita. Yang dok tayang sana sini, dedah sana dedah sini tu lah yang menaikkan nafsu lelaki. Sebab tu la terjadinya kes rogol bunuh bagai. Jangan salahkan lelaki saja bila hal-hal macam tu berlaku. Tepuk dada, tanya selera); dan

Suka duduk bersolek di hadapan cermin
(Lebih kurang je macam point pertama tadi. Hihihi Mungkin sebab kita koya lawa kot, dan mungkin akan menimbulkan riak dalam diri kita. Mungkin la...)

DOA MELIHAT CERMIN
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkan kejadianku, maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik."

Kita kadang-kadang tak sedar bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Kita masuk ke bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang *perempuan tak elok mandi tanpa pakai apa-apa. Sekurang-kurangnya pakai kain batik*. Bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina dan ia menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis dan syaitan adalah manusia yang berada dalam Tauhid (mengesakan) Allah s.w.t., melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah s.a.w. serta beramal dengan syariat Islam.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah s.w.t. dengan mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad s.a.w. , sahabat-sahabat baginda, para ulama dengan syariat Islam.

Dengan itu Insya Allah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para jin, iblis dan syaitan atau seumpamanya.










KataSaya
Sama-sama perbaiki diri

No comments:

Post a Comment