Sunday, July 31, 2011

[Video] Kisah Nabi Adam 'Alaihissalam

Assalamualaikum..

Hari ni kita tengok kisah nabi Adam a.s dalam versi animasi. Pertama kali tengok video ni, teruja betol sampai tolak tepi kerja lain. Hihi.. Bagus juga buat video macam ni sebab kadang-kadang orang malas nak baca cerita panjang berjela. Video ni sangat menarik.









Kunjungi blog saya kedua di SINI. (^_^)

Bershopping sebelum puasa adalah selamat



Assalamualaikum adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik dan makcik-makcik.

Kiter dah shopping raya dah. Hihi.. Awal gila kot. Puasa baru nak start esok. Kuih raya pun dah ada tau kat rumah I.. Jangan main-main dengan Mak Jemah OK! Esok Mak Jemah nak buat karipap sardin pulak untuk berbuke puase. Mak Jem *nama manja* nak belajar buat kelim karipap lah. Kalau Mak Jem buat komfem hodoh lagi tidak berseri.

Ok kembali kepada dunia asal. Minggu ni 2 kali pergi Melaka. Semalam Mak Jem Pergi shopping kat Melaka dengan adik-adik. Oh biase lah.. Kakak yang baik ada komitmen yang tinggi kepada adik-adiknya. *sila cekik saya* Buat pertama kali menjejakkan kaki ke Jusco baru tu, kami tersangatlah jakun. Orang kampung masuk bandar macam ni lah =.=!



Mula-mula rasa macam nak pergi try. Tapi segan sebab ada promoter lelaki. Hanya mampu pergi kat kerusi urut yang masukkan RM1 tu je *.* 

That small landscape is gorgeous!


Singgah kat Kedai Mak Cik Ani kejap. 



Sedap roti Mak Cik Ani ni. Hikhikhik 



Promoter Mak Cik Ani 



Croquette & Wantan


Model baru Jaya Jusco 


Tak tahu apa motif 


Duta Pretzel Mak Cik Ani lagi. 


Mak Jemah suke okay kasut deret atas tu. Tapi Mak Jem tak beli pon. Beli yang lain. 


Tapau JCo sebelum pulang. 


Tak tahu jugak kenapa orang perempuan suka amek gambar dalam toilet =.=!

Selamat Berpuasa!

Kbye!

Wednesday, July 27, 2011

Kitchen aid yang bagus. Siapa tak nak..


Assalamualaikum.

Siapa suka memasak? Anda boleh memasak? Saya percaya ramai orang samada suka memasak atau sangat benci masuk ke dapur mesati tension habis kalau melihat mixer yang keluarkan asap bila tengah mix adunan kek yang kena siapkan hari tu jugak. Kan kan?

Kadang kadang tak sedar yang kita sedang mix something bercampur dengan sudu. Ya mix adunan kek dengan sudu! Atau pun mixer anda memang telah digunakan untuk sekian lamanya sebanyak 4 - 5 generasi. Maka ianya haruslah ditukar.


Bagi surirumah atau Lisa Surihari yang sedang mencari peralatan dapur yang berkualiti tinggi dan jika anda ingin memasak dengan sempurna, anda harus memilih Kitchen Aid. Tak wajib pun. Harap maklum.

Apakah kaitan antara Kitchen Aid dan kualiti? Kitchen Aid didatangkan dengan kualiti yang sangat bagus. Malah bagi sesiapa yang berkemampuan haruslah mimilih Kitchen Aid kerana Kitchen Aid tidak mudah rosak apabila telah digunakan setelah beberapa generasi. Maka boleh bagi anak dan cucu anda terus menggunakannnya. Sangat menjimatkan wang. Di samping itu, ia mempunyai high performance devices *tak tahu nak cakap dalam Bahasa Melayu =.=!

Stand Mixer pula boleh memukul telur hingga soft peak yang sangat soft.  Sangat seronok! Hand Mixer juga sangat berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan Hand Mixer saya yang semakin semput pabila adunan kek semakin banyak.


 Terdapat juga mesin pengisar biji kopi bagi anda si pencinta kopi. Boleh kisar bila-bila masa yang anda suka tak kira siang atau malam. Ia juga adalah mesin multi-purpose. 


Di samping itu, Kitchen Aid juga menawarkan periuk dan bakeware seperti kuali, dulang, peralatan dapur dan cutlery.


Jadi jika anda mahu memiliki koleksi yang baru di dapur atau mahukan pembakar roti yang baru atau satu set kuali, maka Kitchen Aid adalah penyelesaiannya. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web Kitchen Aid.


Enjoy!

Tuesday, July 26, 2011

Ramai diantara kita tidak hirau fatwa merokok adalah haram

Klik untuk besar

PUTRAJAYA – Bilangan perokok di negara ini masih terus meningkat meskipun pelbagai kempen mengenai fatwa Merokok Adalah Haram telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, beliau melihat masih ramai umat Islam negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram tersebut.
“Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram. Oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan mengadakan kerjasama bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenainya,” katanya di sini hari ini.
Othman berkata, antara kerjasama yang dilakukan oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan adalah dengan mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
Menurutnya, seminar itu juga diadakan bersempena kehadiran bulan Ramadan pada penghujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok.

Hukum Merokok : Klik Sini

Sumber DISINI

Sunday, July 24, 2011

Perkara yang lelaki dan perempuan tak boleh buat


Banyak perkara yang menyeronokkan tetapi mendatangkan keburukan dalam hidup kita. Ada beberapa perkara yang mesti dielakkan untuk menjamin kesejahteraan hidup, antaranya:
1. Jangan lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai Allah.
2. Jangan makan dan minum menggunakan bekas yang pecah atau sumbing, makruh dan membahayakan. Takut pulak ada yang terluka bibirnya.
3. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang sudah digunakan tidak dibasuh dan menumpuk disinki, ianya makruh dan mewarisi kepapaan. Manunjukkan jugak yang korang tu pemalas =.=!
4. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti mahal rezeki kerana pagi-pagi itu membuka pintu rezeki/berkat.
5. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIIM dan doa makan, nanti makanan yang dimakan dikongsi dengan syaitan.
6. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan/kebaikan, takut-takut nanti mati dalam perjalanan.
7. Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa, banyakkan zikir agar hati kita tenang.
8. Jangan bergaul bebas ditempat kerja, banyak buruk dari baiknya.
9. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana MATI boleh datang bila-bila masa saja.
10. Jangan ego untuk meminta maaf dengan ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
11. Jangan suka mengumpat rakan taulan kita nanti rosak silaturahim. Umpama kita makan daging saudara kita sendiri.
12. Jangan lupa bergantung harap hanya pada Allah dalam setiap kerja kita, nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal. Jangan masa susah je tau ingat Tuhan..
13. Jangan bakhil bersedekah, boleh memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
14. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
15. Jangan biasakan berbohong kerana ianya ciri-ciri orang munafik dan menghilangkan kasih sayang orang pada kita. Dan orang susah nak percaya pada kita.
16. Jangan suka menganiaya manusia dan haiwan kerana doa makhluk teraniaya cepat termakbul.
17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat lebih utama dan kekal carilah kehidupan dunia untuk akhirat supaya tak menyesal nanti.
18. Jangan duduk dibilik air terlalu lama kerana disitulah tempat jin kafir dan syaitan.
19. Jangan merokok dan membakar kemenyan kerana asap itu makanan jin. Tu yang merokok tu, membahayakan nyawa orang sekeliling juga.
20. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIIM dan memberi SALAM setiap kali masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
21. Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal, dikuatiri bergantung harap kepada tangkal bukan kepada Allah, syirik jadinya.
22. Jangan mempertikaikan hukum-hukum Islam, sebab semuanya untuk kebaikan dan Allah itu lebih mengetahui segalanya. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kita hambaNya juga…

Wallahua’lam…..

Wednesday, July 20, 2011

Muslimah Memang Tak Guna ................


Assalamualaikum,

Pertama sekali bila baca tajuknya mesti terfikir macam "Eh kenape ni? Kenape?". Tapi entri ni bukan nak mengutuk muslimah-muslimah. Eh takkan nak kutuk kan. Tak baik tau..

Jadi bawak-bawak la bertenang dulu. Baca dulu lepas tu baru komen ye..

Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.


Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Sanggup ke kita makan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.


Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

 Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik"
'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A yang cantik dimata masyarakat dan dipandang mulia.










KataSaya
Sama-sama menasihati diri sendiri jugak..

Sebab lelaki memilih untuk lambat berumahtangga


Assalamualaikum,

Zaman teknologi sekarang kadang-kadang memaksa lelaki untuk membuat keputusan untuk lambat mendirikan rumahtangga. Bukan sebab takde dah perempuan dalam dunia ni, tapi oleh sebab faktor-faktor sekeliling. Hey nak masuk jamban pun kena bayar 30 sen tau. 

Ingat zaman sekarang macam zaman dulu ke.. Sekarang ni bagi rm5 kat budak darjah 3 pun sekejap je habis. Oh zaman sekolah saya dulu bawa rm1.30 untuk sekolah pagi + sekolah petang. Siap boleh buat saving lagi. Tapi sekarang.. Nak buat macamana, teknologi dah semakin maju, manusia dah semakin cerdik. Segala-galanya perlukan duit. Tak pakai dah pepatah 'Duit bukan segala-galanya'

Kenapa agaknya lelaki sekarang kahwin lambat. Muka sikit punya hensem tapi takde makwe. Mungkin disebabkan

1. Nak enjoy dulu
"Buat apa sia-siakan zaman muda remaja. Daripada kahwin cepat baik enjoy dulu menikmati nikmat dunia. Lagipun tak best la kahwin muda" Mungkin sesetengah daripada kita menggunakan alasan ni. Yelah dengan kemodenan yang ada, mungkin ada diantara kita yang rasa rugi tak enjoy dulu.. Ye tak..

2. Mana ada duit !
Saya setuju. Tidak mempunyai kewangan yang kukuh akan menyebabkan kesusahan dimasa hadapan. Kalau majlis kenduri kahwin buat sikit punya grand, tapi lepas kahwin hidup susah, susah lah.. Pendapat saya, biar kewangan itu kukuh dulu, baru lah dapat menjamin masa depan. Bukan senang nak jaga anak dara orang.. Zaman sekarang pulak kebanyakan perempuan bekerja. So mungkin diorang akan pilih lelaki yang ada kewangan yang kukuh. Mungkin bila dah agak-agak boring hidup sensorang baru la nak kahwin kot...

3. Belum jumpa yang sesuai lagi lah..
Alasan. Awek keliling pinggang tapi masih kata belum jumpa lagi. Mungkin ya. Bukan mudah nak cari wanita yang betul-betul jujur dan ikhlas hatinya. Kadang-kadang kalau nasib tu ada sikit malang kan, TERcari lah yang materialistik, tak pun TERdapat yang gedik pulak atau pisau cukur! Hehehe..

4. Tak dapat restu keluarga.
Ni masalah jugak. Dah lama bercinta tapi mak pulak tak suka bakal menantu. Yang ni memang payah. Kalau kita kahwin tanpa restu mak ayah, hidup susah la ngko lepas tu..


5. Nak kumpul aset
Mungkin ini penting bagi lelaki sebagaimana ianya penting jugak bagi saya. Hihi.. Paling-paling pun nak la merasa nak ada kereta sendiri ye tak.. Rumah. Takkan lepas kahwin nak menyewa rumah orang terus. Takkan jugak nak duduk rumah mak mentua? Buatnya si isteri tu tak ngam dengan mak mentua, dah tambah lagi satu masalah. Yang berkenampuan tu alhamdulillah mungkin tak ada masalah.

6. Pengalaman
Setiap orang ada pengalaman pahit manis dalam bercinta. Mungkin ada lelaki yang pernah dikecewakan dan takut nak bercinta lagi. Tak pun depa ni serik dah nak bercinta. Suruh mak carikan jodoh je. Hehe..

Jadi, apa pun sebab si lelaki itu nka kahwin lambat kenalah kita ambil tahu. Jangan dok main sesedap mulut je kata orang kahwin lambat. Mereka ada alasan mereka sendiri.

Sunday, July 17, 2011

Hatimu milikku




Puisi untukmu

Ini adalah senaskah kesedihan
yang aku kirimkan melalui jiwaku
yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain,
Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku
dan meraih kemerdekaan,
Sudah bertahun ku mengikat tali cintaku tanpa makna,
Sudah bertahun malamku berlalu
dengan menunggumu Maha Pencipta
didalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia,
Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku,
Namun saat ini kau juga adalah penyakitku,
Kau seperti mahkota
yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain,
Kau adalah syurga,
Aku yakini itu,
Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya,
Kau ibarat seorang pencuri
yang bergembira diatas apa yang dicurinya,
Kau mencuri segala cinta yang ada,
Jalan cinta sejati
hanya dapat ditempuhi
oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka,
Demi cinta,
Kesetiaan harus dibayar
dengan darah dari jantung kita
dan ketenangan jiwa kita,
Jikalau tidak,
cinta kita tidak bererti apa-apa.
Maka biarkanlah cinta kita
menjadi pelindung rahsia kita,
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa,
Marilah kita berjalan menuju kepadaNYA,
Mengadap dan bersujud,
Memalingkan wajah kepadaNYA,
Memberikan segala jiwa kepadaNYA,
Dengan membawakan cinta sejati yang tidak akan pernah mati,
Kerana cinta buatNYA akan kekal abadi,

Saturday, July 16, 2011

[Gambar] Perkahwinan Farah AF


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam *16/7/2001* berlangsungnya perkahwinan antara Farah AF atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar dan suaminya, Johan. Majlis perkahwinan mereka berlangsung kat Putrajaya bertemakan Love Lake GardenMereka telah dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Farah AF2  menerima mas kahwin RM2,500 sementara hantaran pula berjumlah RM25,185. Pihak Johan  membawa 7 dulang hantaran senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe.. Manakala pihak  Farah AF2 membalas dengan 9 dulang hantaran iaitu seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci.

How sweet their wedding card.. 




















Credit to Oh! Bulan



















KataSaya
Tunggu mimpi jadi kenyataan hihihi