Monday, July 11, 2011

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni? Kerja malas, Merompak aje!


Assalamualaikum.

Semalam saya dan keluarga pergi ziarah Mak Ngah saya kat Palong Timur. Dia kena rompak pukul 4 pagi semalam. MasyaAllah. Pagi semalam bangun-bangun tido je saya dengar berita tu. Mau tak terkejut. Petang tu lepas hantar adik balik asrama kitorang pun terus gerak pi Palong.

Tengok muka Mak Ngah yang masih tenang, tapi dalam hati hanya Allah saja yang tahu. Antara barang-barang yang kena rompak, rantai emas, gelang kot, duit. Dan yang paling over si perompak tu nak rompak adalah kereta. Omaigod keta pun ko nak kebas. Pak Ngah kata perompak tu kata nak pinjam. Haih main pinjam-pinjam pulak..

Macam-macam kes sekarang. Kat kampung pun orang-orang kampung asyik meronda malam-malam sebab dah beberapa buah rumah kena rompak. Kat kampung saya ni katanya orang indon yang merompak. Ish ish.. Orang dah bagi masuk Malaysia ni tak reti-reti nak bersyukur. Lagi nak rompak-rompak. Kuajo betei!

Dalampada dok dengar diorang bercerita pasal kejadian rompakan tu, saya dengan bebudak ni sebok la dok main dengan Ayish. Yelah, nak jumpa kemain susah. Ni dah ada peluang, jangan dilepaskan. Tapi dia asek merengek je. Ngengade tau Ayish..

Makan biskut tu kemain lagi. Sume nak masuk molot ye..













KataSaya
Hanya doa yang mampu saya berikan buat Pak Ngah dan Mak Ngah. Semoga mereka diberi keuatan dan ketabahan untu mengharungi hari-hari seterusnya.

No comments:

Post a Comment