Wednesday, July 13, 2011

Bulan Ramadan yang semakin hampir


Assalamualaikum w.h.t.

Hari ini 12 Sya'aban. Tak sampai sebulan lagi kita nak sambut Bulan Ramadan. Seronoknya Ya Allah.. Ha uols dah habis puasa ganti ke belom? Lalala... I dah habis. So cool menghabiskan puasa ganti sangat cepat pada tahun ini. Hahaha

Time bulan puasa si syaithon nirrojim tokleh nak berkuasa macam biasa. *padan muka ko. bhahaha* Eh macam riak je gelak.. Tapi yang berkuasa adalah nafsu. Ya nafsu. Sila kawal nafsu makan anda masa pergi Bazar Ramadan. Ececeh.. Tipu la tu tengok air tembikai tak meleleh air liur.


Bulan Ramadan juga menghendaki kita menjaga percakapan. Jangan nak menca**t je manjang. *Wani bila puasa ganti susah nak bercakap. Dia kata cakap banyak nanti haus. Cep podah..* Kita juga kena kawal nafsu amarah. Tokleh memarah sokmo nanti kurang la pahala puasa. Tokleh dok sengaje hidu-hidu bau makanan. Makruh! Jangan mandi lelame. Aaa... 

Tapi bila bulan puasa mesti banyak gile rancangan masakan. Seriously. Dan masa rancangan ni dah nak start, ce tengok mak-mak uols makcik ke kakak ke mesti dok kalut cari pen & kertas. Nak salin resepi. Hahaha.. Geli hati betei. Kalau saya memang takde nak cari-cari pen kertas bagai. Sebab saya menyalin macam siput. Menaip terer sikit. Ngeh3..

Ok berbalik kepada dunia asal. Agak tak puas hati dengan rancangan masakan ni sebenarnya. Rancangan masakan waktu petang tu ok lagi. Tapi rancangan masakan yang pepagi tu.. Ada ke patut? Tengahari pun ado.. Hatoyai.. Tahu-tahu jelah kalau tengahari tu nafsu haus tu macamane kan. Tengok air mineral yang dah berbulan kat tepi gobok tu pon teragak.

Apa kata buat rancangan masakan tu waktu masa sahur. Ha... Ok tak? Time tu belom start puasa. Hahaha..

Dan the most important thing, NIAT PUASA. Sepanjang bulan puasa takyah la risau kalau tak hafal niat puasa. Kat TV confirm ada lagu Raihan yang baca niat puasa tu. Tiap-tiap hari ngko..

Niat Puasa

Sila klik gambar

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.


2 comments: