Friday, July 15, 2011

Kenapa hati kita keras dan mati?


Assalamualaikum,

Pernah tak kita rasa tak bersalah atau tak rasa sedih ke kecewa ke bila buat silap atau melewatkan amal kebaikan yang sepatutnya kita buat? Atau pernah tak kita rasa berdosa dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan?

Kalau kita tak rasa apa-apa bila buat sesuatu kesilapan, tak rasa bersalah bila melakukan dosa dan kemaksiatan, maka kita kena hati-hati sebab itu adalah tanda-tanda matinya hati

Bila hati kita mati, kita seolah-olah dah jadi orang yang tak ada perasaan. Kena maki hamun pun boleh buat bodoh je. Kebal sungguh. Malah bila dia buat sesuatu yang menyakiti hati orang lain pun dia tak rasa apa-apa. Hati yang mati ni sama dengan je dengan jasad yang tak bernyawa sebab walau kita buat apa sekalipun dia tak rasa apa-apa.


Kenapa hati mati?
1. Kita tahu Allah itu ada, tapi tidak menunaikan perintahNya. Kita meninggalkan solat, puasa, zakat dan sebagainya.

2. Tidak beramal dengan kitab Al-Quran. Kita tak baca al-Quran, buat perhiasan je atas rak sampai berhabuk-habuk. Ketahuilah, sehari kita meninggalkan al-quran maka seminggu al-quran akan meninggalkan kita. alau seminggu kita tinggalkan al-quran, sebulan pula dia akan meninggalkan kita. Kalau setahun kita meninggalkannya?

3. Mengikut kehendak iblis, walaupun sudah tahu ia musuh kita. Kan iblis dah kata dia akan sesatkan anak Adam sampai kiamat.

4. Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Untungnya kita mengukut sunah Rasulullah, secara tak langsung dapat membersihkan hati kita dari kegelapan. Nak tahu lebih lanjut klik SINI.

5. Tidak berusaha membuat amal kebajikan untuk mendapat syurga. Tak pun melengah-lengahkan sesuatu kebaikan yang nak dibuat. Last-last lupa terus.

6. Kamu bencikan neraka tapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. Kita tahu arak itu haram, tapi kita minum juga. Kita tahu membuka aurat itu dosa, kita buat juga. Kita tahu mininggikan suara kepada ibubapa itu berdoa, tapi kita buat juga. 

7. Kita tahu mati itu benar, tapi kita tidak bersedia untk menghadapi mati. Leka dengan nikmat duniawi sehinggakan terleka bahawa ianya hanya sementara.

8. Kita sibuk nak cerita tentang keaiban orang lain sehingga kita lupa keaiban diri sendiri. Dok buat ketupat hari-hari dengan kawan-kawan  Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku, umpatan itu ibarat memakan daging manusia.

9. Kita makan rezeki Allah s.w.t tapi kita tidak mensyukurinya. Bahkan ada dikalangan kita yang masih merungut dengan nikmat yang telah Allah bagi. Tahu tak bahawa ramai manusia di luar sana mati kebuluran sedangkan kita di Malaysia ni terlebih-lebih makanannya..?

10. Kita mengkebumikan jenazah saudara kita tapi kita lupa nak ambil iktibar daripadanya. Saat tu je insaf, lepas habis majlis pi enjoy semula. Jika ditakdirkan Allah nak ambil kita hari ni, apa yang kita nak bawa jumpa pi Dia?


Oleh  itu, siapa pun yang gaul dan bertemankan dengan orang-orang yang hatinya mati, maknanya dia cari penyakit. Kalau selama hidup kita tak sempat bertaubat dan tak ada nawaitu langsung nak ubah diri, insyaAllah kat akhirat nanti dia akan menjadi santapan neraka jahanam. Dialah orang yang paling rasa menyesal dengan perbuatan kejinya semasa hayatnya dimana segala perbuatan kejinya itu takkan ke mana-mana kecuali kembali pada dirinya sendiri. 

No comments:

Post a Comment