Wednesday, July 27, 2011

Kitchen aid yang bagus. Siapa tak nak..


Assalamualaikum.

Siapa suka memasak? Anda boleh memasak? Saya percaya ramai orang samada suka memasak atau sangat benci masuk ke dapur mesati tension habis kalau melihat mixer yang keluarkan asap bila tengah mix adunan kek yang kena siapkan hari tu jugak. Kan kan?

Kadang kadang tak sedar yang kita sedang mix something bercampur dengan sudu. Ya mix adunan kek dengan sudu! Atau pun mixer anda memang telah digunakan untuk sekian lamanya sebanyak 4 - 5 generasi. Maka ianya haruslah ditukar.


Bagi surirumah atau Lisa Surihari yang sedang mencari peralatan dapur yang berkualiti tinggi dan jika anda ingin memasak dengan sempurna, anda harus memilih Kitchen Aid. Tak wajib pun. Harap maklum.

Apakah kaitan antara Kitchen Aid dan kualiti? Kitchen Aid didatangkan dengan kualiti yang sangat bagus. Malah bagi sesiapa yang berkemampuan haruslah mimilih Kitchen Aid kerana Kitchen Aid tidak mudah rosak apabila telah digunakan setelah beberapa generasi. Maka boleh bagi anak dan cucu anda terus menggunakannnya. Sangat menjimatkan wang. Di samping itu, ia mempunyai high performance devices *tak tahu nak cakap dalam Bahasa Melayu =.=!

Stand Mixer pula boleh memukul telur hingga soft peak yang sangat soft.  Sangat seronok! Hand Mixer juga sangat berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan Hand Mixer saya yang semakin semput pabila adunan kek semakin banyak.


 Terdapat juga mesin pengisar biji kopi bagi anda si pencinta kopi. Boleh kisar bila-bila masa yang anda suka tak kira siang atau malam. Ia juga adalah mesin multi-purpose. 


Di samping itu, Kitchen Aid juga menawarkan periuk dan bakeware seperti kuali, dulang, peralatan dapur dan cutlery.


Jadi jika anda mahu memiliki koleksi yang baru di dapur atau mahukan pembakar roti yang baru atau satu set kuali, maka Kitchen Aid adalah penyelesaiannya. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman web Kitchen Aid.


Enjoy!

No comments:

Post a Comment