Wednesday, July 20, 2011

Sebab lelaki memilih untuk lambat berumahtangga


Assalamualaikum,

Zaman teknologi sekarang kadang-kadang memaksa lelaki untuk membuat keputusan untuk lambat mendirikan rumahtangga. Bukan sebab takde dah perempuan dalam dunia ni, tapi oleh sebab faktor-faktor sekeliling. Hey nak masuk jamban pun kena bayar 30 sen tau. 

Ingat zaman sekarang macam zaman dulu ke.. Sekarang ni bagi rm5 kat budak darjah 3 pun sekejap je habis. Oh zaman sekolah saya dulu bawa rm1.30 untuk sekolah pagi + sekolah petang. Siap boleh buat saving lagi. Tapi sekarang.. Nak buat macamana, teknologi dah semakin maju, manusia dah semakin cerdik. Segala-galanya perlukan duit. Tak pakai dah pepatah 'Duit bukan segala-galanya'

Kenapa agaknya lelaki sekarang kahwin lambat. Muka sikit punya hensem tapi takde makwe. Mungkin disebabkan

1. Nak enjoy dulu
"Buat apa sia-siakan zaman muda remaja. Daripada kahwin cepat baik enjoy dulu menikmati nikmat dunia. Lagipun tak best la kahwin muda" Mungkin sesetengah daripada kita menggunakan alasan ni. Yelah dengan kemodenan yang ada, mungkin ada diantara kita yang rasa rugi tak enjoy dulu.. Ye tak..

2. Mana ada duit !
Saya setuju. Tidak mempunyai kewangan yang kukuh akan menyebabkan kesusahan dimasa hadapan. Kalau majlis kenduri kahwin buat sikit punya grand, tapi lepas kahwin hidup susah, susah lah.. Pendapat saya, biar kewangan itu kukuh dulu, baru lah dapat menjamin masa depan. Bukan senang nak jaga anak dara orang.. Zaman sekarang pulak kebanyakan perempuan bekerja. So mungkin diorang akan pilih lelaki yang ada kewangan yang kukuh. Mungkin bila dah agak-agak boring hidup sensorang baru la nak kahwin kot...

3. Belum jumpa yang sesuai lagi lah..
Alasan. Awek keliling pinggang tapi masih kata belum jumpa lagi. Mungkin ya. Bukan mudah nak cari wanita yang betul-betul jujur dan ikhlas hatinya. Kadang-kadang kalau nasib tu ada sikit malang kan, TERcari lah yang materialistik, tak pun TERdapat yang gedik pulak atau pisau cukur! Hehehe..

4. Tak dapat restu keluarga.
Ni masalah jugak. Dah lama bercinta tapi mak pulak tak suka bakal menantu. Yang ni memang payah. Kalau kita kahwin tanpa restu mak ayah, hidup susah la ngko lepas tu..


5. Nak kumpul aset
Mungkin ini penting bagi lelaki sebagaimana ianya penting jugak bagi saya. Hihi.. Paling-paling pun nak la merasa nak ada kereta sendiri ye tak.. Rumah. Takkan lepas kahwin nak menyewa rumah orang terus. Takkan jugak nak duduk rumah mak mentua? Buatnya si isteri tu tak ngam dengan mak mentua, dah tambah lagi satu masalah. Yang berkenampuan tu alhamdulillah mungkin tak ada masalah.

6. Pengalaman
Setiap orang ada pengalaman pahit manis dalam bercinta. Mungkin ada lelaki yang pernah dikecewakan dan takut nak bercinta lagi. Tak pun depa ni serik dah nak bercinta. Suruh mak carikan jodoh je. Hehe..

Jadi, apa pun sebab si lelaki itu nka kahwin lambat kenalah kita ambil tahu. Jangan dok main sesedap mulut je kata orang kahwin lambat. Mereka ada alasan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment