Wednesday, August 10, 2011

Kuih tradisional yang baru saya tahu kewujudannya


Assalamualaikum.

Baiklah. Cakap pasal kuih tradisional, banyak kuih yang kita selalu makan, contohnya karipap, kuih kasui, kuih tepung pelita, kuih koci, kuih seri muka, kuih talam, kuih seri ayu, lepat pisang, pulut panggang, macam-macam lagi lah.. Nak tulis semua sampai esok tak siap satu entri ni..

Kuih tradisional yang saya baru tahu adalah.....

KUIH TEPUNG TORAK

Ya, tepung torak. Baru pertama kali saya jumpa kuih ni. Tapi memang sedap. Dia macam diperbuat dari campuran tepung pulut campur tepung gamdum campur gula melaka campur santan. Memang sedap. Uols cari lah kat bazar ramadan kalau jumpa. Wahahaha.. 

Bye nak pi terawih~

Monday, August 8, 2011

Boyfren yang dirindui saat ini.


Assalamualaikum.

Dah lame tak jumpe boyfren.. Rindu uhh.. Dah la jauh. Takpe ea sayam. Nanti raye I balik sane, kite dating ea. I tahu U pun rindu I kan. Rindu I suapkan makan kat U. Rindu I cium pipi U. Hikhik.. Sabar ye sayam..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tunggu I balik ye sayam... I love U.



Wednesday, August 3, 2011

Apa yang Rasulullah makan masa zaman dulu ?


Assalamualaikum.

Bulan puasa ni kemain sesak lagi kat bandar. Orang berpusu-pusu nak pi bazar Ramadan. Saya pi bandar jugak tadi beli barang-barang nak buat kuih raya. Hihihi semangat sungguh. Tapi dengan saya sekali terbabit sama kat traffic jem. Agak depa ni tak tau nak masak kat rumah ka? 

Dah 3 hari berpuasa ni saya masak kat rumah aje. Senang. Takyah nak bersesak-sesak kat bazar. Cakap pasal makanan, saya pernah terfikir zaman dulu masa zamanRasulullah, diorang makan apa lagi selain kurma, roti tu semua. Godek punya godek jumpa lah satu blog yang cerita pasal makanan Nabi masa dulu.

Selera makan dan minum Rasulullah saw. sangat halus. Baginda s.a.w. sangat gemar makan daging tulang, daging leher, daging pinggang dan rusuk. Masakan istimewa orang Arab, sup dimakan bersama roti juga disukai.


Madu, cuka, tembikai, timun, labu, mentega dan beras dimasak bersama kacang juga disukai. Nabi s.a.w. juga menggemari memasukkan kurma bersama susu dan mentega. Baginda s.a.w. tidak suka makanan pedas. Makanan manis adalah kegemaran Baginda s.a.w.. Nabi s.a.w. tidak makan makanan yang menyebabkan nafas berbau seperti bawang.

Ketika minum ia tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali dari bibirnya. Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas makan Nabi s.a.w. akan membersihkan tangannya dengan membasuh.

Baginda s.a.w. menyukai orang-orang duduk bersamanya makan. Apabila dibuatkan sup Nabi sa..w menyuruh ditambahkan kuah supaya lebih ramai orang dapat merasainya. Cuba bandingkan dengan zaman kita. Kadang-kadang ada yang tak bagi tambah sebab takut tak cukup. MasyaAllah.

Nabi s.a.w. melarang makan dalam bekas daripada emas dan perak. Ia menggunakan bekas yang diperbuat daripada kaca, kayu, tanah dan zink.

Sebelum duduk untuk makan di atas alas, beliau membuka kasut dan membasuh tangan. Baginda s.a.w. hanya makan dengan menggunakan tangan kanan dan mula mengambil makanan yang paling hampir dengannya. Biasanya Nabi s.a.w. duduk bersila atau bertimpuh, baginda tidak suka makan sambil bersandar. Rasululllah s.a.w. tidak duduk makan menggunakan kerusi dan meja kerana ia lambang kemewahan. Baginda s.a.w juga tidak makan makanan yang dianggap mewah, pernah Nabi s.a.w menolak makanan yang dibuat dari tepung badam kerana ia makanan orang kaya-kaya. Subhanallah. Kita kalau boleh nak makanan yang sedap-sedap belaka. Rasulullah pun menolak makanan yang daripada orang kaya-kaya.

Jika ia tidak suka sesuatu makanan, ia diam sahaja dan meninggalkan makanan itu serta tidak mengatakan sesuatu terhadap makanan itu. Kita? Jangan kata tak suka, malah mencaci si tukang masak ataupun makanan tersebut. MasyaAllah. Zalimnya kita terhadap makanan.

Jika terdapat tetamu ia akan suruh tetamu supaya makan hingga kenyang. Nabi s.a.w. tidak menolak undangan makan dan jika bersamanya ada sahabat lain beliau akan meminta izin supaya dapat bersama. Nabi s.a.w. bangun apabila orang lain berbuat demikian setelah makan. Jika orang lain telah selesai, Nabi s.a.w akan berhenti dan bangun bersama mereka. Selesai makan Nabi s.a.w. berdoa keberkatan untuk tuan rumah.

Jika Baginda s.a.w. menerima hadiah makanan ia akan mengajak sahabat –sahabat makan bersama dan menyimpan sebahagian untuk yang tidak hadir. Bukan simpan untuk makan sorang-sorang. 


Selepas adanya usaha orang Yahudi meracunnya melalui makanan, Nabi saw. selalu bertanya nama makanan yang dibawa dari tempat lain dan meminta orang yang membawanya merasa terlebih dahulu.


Sungguhpun Nabi saw. mempunyai ketajaman selera, tetapi makanannya sangat sederhana. Pernah beliau bersabda ” Aku makan dan minum sebagaimana sepatutnya seorang hamba Allah”.

Pada kebanyakan hari, Nabi saw. hanya makan buah kurma dan air sahaja. Bahkan sebahagian besar kehidupan Nabi saw . adalah kekurangan makanan. Baihaqi meriwayatkan, telah berkata Aisyah ra.: “Rasulullah SAW tidak pernah kenyang tiga hari berturut-turut, dan sebenarnya jika kita mau, kita boleh kenyang, akan tetapi beliau selalu mengutamakan orang lain yang lapar dari dirinya sendiri. (At-Targhib Wat-Tarhib )


Tuesday, August 2, 2011

Surah Al Mulk dan terjemahannya.


Assalamualaikum. Salam Ramadhan.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain

Sambil dengar, boleh baca terjemahannya. :)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? 

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. 

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"

Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "

Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka. 

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). 

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? 

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".

Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".

Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata". 

Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!". 

Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".

Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". 




Luangkanlah sedikit masa wahai sahabat-sahabatku untuk membaca Surah Al-Mulk lepas solat. Besar fadilatnya. InsyaAllah (^_^)



Monday, August 1, 2011

Kisah Anbiya' - Nabi Idris a.s


Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta membeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri darii seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.


Antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :

Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.

Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.

Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.

Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.

Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.

Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.


Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dpt bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.


Dalam hubungan dengan firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggi Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat Wallahu a'alam bissawab.






[Video] Allah Sembunyikan 4 Perkara