Saturday, December 10, 2011

Gerhana bulan dan solat sunat gerhana



Subhanallah..
Gerhana bulan dan gerhana matahari adalah salah satu tanda kekuasaan Allah s.w.t..  Kita akan berpeluang tengok fenomena gerhana bulan penuh Mula dari pukul 7.34 malam sampai 1.30 pagi.  Gerhana bulan dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam.  Pada yang tak pernah tengok gerhana dengan mata sendiri boleh la tengok ye malam ni :)

Bila berlakunya gerhana, kita disunatkan untuk buat solat sunat gerhana. Rasulullah juga bersabda,
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Allah menakutkan dengan keduanya akan hamba-hambaNya. Kedua-duanya tidak menjadi gerhana dengan sebab kematian seorang dari manusia. Oleh demikian, apabila kamu melihat sesuatu darinya (yakni menyaksikan sesuatu terjadi pada matahari atau bulan itu), maka hendaklah kamu tunaikan solat dan berdoa kepada Allah sehingga habis gerhana itu(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Macamana nak buat solat sunat gerhana?

Ada beberapa cara sebenarnya nak buat solat sunat gerhana. Tapi cara yang ini adalah cara yang paling mudah.  Kalau nak betul-betul perfect, kena baca surah al-Baqarah 100 ayat, then surah al-Imran, surah an Nisa' lagi.

Niatkan ketika takbiratul-ihram untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat kerana gerhana.

Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Solat sunat gerhana ni sama macam solat-solat dua rakaat yang lain, cuma yang berbeza ialah pada setiap rakaatnya dilakukan dua kali berdiri dan dua kali ruku’. So, keseluruhannnya dalam solat gerhana ini kita akan lakukan empat kali berdiri dan empat kali ruku’.

Selamat bersolat :)







1 comment:

  1. indahnya kekuasaan ALLAH.

    p/s : blogger kelantan ? jom singgah! http://zaza96.blogspot.com/2011/12/perhatian-blogger-kelantan.html

    ReplyDelete