Friday, January 13, 2012

Makan lagi..



Assalamualaikum semua semua...


Petang-petang macam ni kalau beriadah memang seronok. Joging dengan kawan-kawan sanak-saudara *kalau diorang nak join lah*, tak pun minum petang bersama keluarga. Oh indahnya.. Buat jemput-jemput dengan air teh O. Oh rindu jemput-jemput emak.


Tapi kalau kat Kelantan ni, saya memang lah suka beli jajan. Makan masa study. Contohnya macam ni:


Tak tau la nama biskut ni apa. Tapi memang best kan.. Buat ngonyel-ngonyel. Heheeee



Closer
Wah ini feveret saya jugak! Pun tak tahu nama dia apa. Tapi dekat bekas tu tulis Gula Tarik. Siapa pernah makan angkat tangan. Moh la share dengan kiter... Lalala~


Snekku ShoyueMi.
Suka jugak. Ah kau semua suka.. Yang plastik warna hitam tu pun suka jugak. Ngeheeee..


Ohoo... Tipu kalau siapa yang tak pernah makan bende alah ni. Masa kecik-kecik dulu pun selalu mengunyah bende alah ni tatkala bermain basikal ronda-ronda taman bersama kawan-kawan.


Oh lagi satu. Sagu yang dalam plastik aiskrim tu. Tipulah kalau tak tahu. Ececeh.. Padahal dulu dia lah juara main sembur-sembur bila makan sagu tu kan...

Macam ni lah hidup seorang pelajar yang duduk jauh dengan family. *Tiba-tiba homesick* Asyik makan jajan aje... =.=

No comments:

Post a Comment