Thursday, January 5, 2012

Sepagi Jumaat


Assalamualaikum si cantik dan si kacak.

Hai selamat hari Jumaat. Oh hai.. Semoga hari ini membawa seribu kebaikan kepada semua. Amin.

Oh cakap pasal hari Jumaat, tinggal lagi 2 kali Jumaat nak balik Segamat. Oh begitu indah. Dah tak dapat nak tahan rasa terbuak-buak perasaan homesick yang membelenggu dari 9 Januari 2010. Lagi tak sabar bila nak buat latihan industri kat Segamat. Oh begitu rigid tatabahasa saya.

Hari Jumaat yang indah ni adalah hari ke 3 terdekat dengan final exam. Memang tak sabar nak pi exam. Nak habis cepat. Nak balik rumah. Rindu ayah ibu, adik-adik, sedara-mara, haiwan peliharaan, buah-buahan kat kebun atok. Oh yeah!

Nak cakap pasal al-Mathurat sebenarnya. Al-Mathurat ni zikir actually. Kalau sapa-sapa yang masa sekolah duduk asrama tu mesti selalu baca. Kot-kot dah hafal dah Mathurat ni kan. Alhamdulillah. Zikir ni dulu-dulunya diriwayatkan oleh Nabi Muhammad. Lepas tu ada seorang lelaki ni (tak ingat nama apa but he's like Imam macam tu la) dia yang kumpulkan semua dalil sahih dan jugak perbuatan Rasulullah.

Selalunya kalau kat asrama, diorang akan baca lepas Maghrib Mathurat ni. Kan? Tapi kalau nak dapat pahala lebih boleh la baca pagi lepas Subuh jugak. Lepas tu lepas Maghrib baca la sekali lagi. 

Kalau kita selalu baca al-Mathurat, InsyaAllah kita tidak akan dihampiri shaitonirrojim, keluarga kita dilindungi Allah, Allah mencukupkan segala apa keperluan kita didunia & diakhirat.

Bagi yang rajin baca Mathurat waktu pagi, Allah akan pelihara dia dari pagi sampai petang. Yang rajin baca waktu petang pula, Allah akan melindunginya dari petang sampai pagi. Subhanallah..

Dan yang paling penting, yang tengah PMS tu pun boleh baca. So takde alasan ye. Lalala~

Semoga kita dapat barakah dengan membaca al-Mathurat setiap hari :)

Oh ok baru perasan dekat buku ni ada tulis nama orang tu =.=
Nama dia Imam Hassan Al Banna. 


No comments:

Post a Comment