Friday, March 23, 2012

Watak–Watak Pengguna Di Facebook





 Desktop Wallpaper · Celebrities · Female 
 Carmen Electra - American glamour model 
MODEL
Tukar gambar setiap hari. Mesti kena nampak gempak setiap hari. Baju pun tak boleh sama setiap profile picture. Kalau boleh warna lens pun wajib lain. Kira tak cool kalau sama je.


PENJENAYAH
Tukar nama setiap hari. Add orang pun dengan nama lain setiap kali.



OVER ACTING

Namanya menggunakan simbol-simbol sehingga menyusahkan kawan-kawan nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat) Tu belum tengok komen lagi contoh 'Hyee.. Rindu larh kat korunk.. Korunk tengah boo what apeww tuh..?'


WARTAWAN

Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting. Sebagai contoh, 'Hari ni nak pergi shopping jeans kat butik Levis lah..' 30 minit lepas tu 'Hmm.. boringlah jeans kat Levis. Nak window shopping jelah' 


PENGGANAS

Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : 'Sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc')


BINTANG FILEM

Suka update status setiap 5 minit. Kena update sokmo. Nak pi shooting, Penat masa shooting, panas ke hujan bagai. Lepas shooting pun update. 'Baru balik rumah lepas shooting untuk filem KL Penyangak'


BINGUNG

Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-’
Suka post benda-benda yang tak penting.


PERASAN HEBAT

Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy =.=”


BUDAK HINGUSAN

Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?


SHOWOFF

Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.



Friday, March 16, 2012

Solat itu lebih baik dari tidur!


 

الصلاة خير من النوم

SOLAT itu lebih baik daripada tidur. Itu maksud kalimah di atas. Dan hanya dalam azan Subuh kalimah itu dilaungkan. Tidak pada waktu lain yang menjadikan azan Subuh itu istimewa.

Sayangnya, kita selalu alpa, leka dan lupa betapa istimewanya panggilan itu kerana asyik diulit lena dan mimpi indah ciptaan syaitan untuk menghanyutkan manusia.

Ia bukan semata-mata untuk kita mengerjakan solat. Tetapi hakikatnya memang benar solat itu lebih baik daripada tidur. Malah, hakikat ini turut diakui dalam kajian saintifik yang mendapati kebaikan solat dari sudut kesihatan.

Allah membangunkan kita pada waktu Subuh supaya berterima kasih kerana menghidupkan kita semula setelah menidurkan kita semalaman. Cuba kita renungkan, mengapa kalimah itu hanya dilaungkan sewaktu solat Subuh, tidak pada waktu lain?

Satu kajian mendapati, waktu yang mudah memicu serangan jantung sebahagian besarnya bermula antara pukul 6.00 pagi hingga ke pukul 12 tengah hari. Mengapa?

Sebabnya, jangka waktu inilah berlaku perubahan pada sistem tubuh, yakni kenaikan tegangan saraf yakni dalam perubatan Cina turut dikenali sebagai perubahan saraf simpatis (yang) dan penurunan tegangan saraf parasimpatis (yin).

Kajian perubatan Cina ini juga mendapati bermula antara pukul 3.00 pagi hingga ke siang, tekanan darah beransur meningkat. Risikonya, peningkaran adrenalin yang boleh menaikkan tekanan darah dan menyempitkan pembuluh darah.

Oleh itu, kita diwajibkan bangun solat sebelum fajar menjelma. Salah satu hikmahnya adalah untuk mengawal tekanan darah dan menurunkan risiko masalah serangan jantung.

Pada tahun 1990-an, hasil kajian sekumpulan saintis menemui sejenis zat yang terkandung dalam pembuluh darah. Zat yang dipanggil 'nitrik oksida' ini berfungsi untuk mengembang atau melebarkan pembuluh darah.

Zat ini bukan sekadar boleh dihasilkan sewaktu tubuh sedang berehat atau tidur, malah dapat ditingkatkan apabila tubuh melakukan banyak gerakan setelah bangun daripada tidur.

Bermakna, kadar nitrik oksida dalam darah akan meningkat apabila kita bangun daripada tidur, lalu berwuduk dan bersolat, sekaligus mengurangkan risiko masalah serangan jantung.

Sesungguhnya, setiap yang telah diwajibkan Allah itu terkandung manfaat dan kebaikannya. Allah yang Maha Mengetahui, Dialah yang mengejutkan hamba-hambaNya dari lena dan menerangkan bahawa 'solat itu lebih baik daripada tidur' melalui kalimah azan itu sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu aoa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dalam keadaan merangkak."



Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday: Titanic Survivor




Friday, March 9, 2012

True Story: Kehidupan seorang pelajar UiTM




Kitaran hidup pelajar-pelajar UiTM.


AWAL SEMESTER: 
Gila sebab terlalu bosan. Minggu pertama; semua orang malas nak pegi kelas. Minggu kedua; bila semua lecturer pegi kursus BTN selama seminggu dan semua kelas dibatalkan =.= Jadi, duduk rumah sewa selama 2 minggu berturut-turut menghabiskan masa tengok movie *bagi yang tempat ada cinema tu kira macam hari-hari pegi tengok wayang sebab orang kaya tokleh lokek duit. yang tak ada cinema, tengok kat laptop je*, makan banyak *celik mata je terus cari makanan sebab tak tahu nak buat apa*, tidur *salah satu aktiviti mengisi masa lapang*, window shopping *hanya untuk pemegang biasiswa JPA sebab JPA lambat masuk*, 
Financial: Berfoya-foya menghabiskan duit yang kerajaan bagi. Masa tu rasa macam dah kaya lah kan. Pegi shopping complex main ambik je segala macam yang disukai. Yelah tengah kaya lah katakan..


PERTENGAHAN SEMSTER: 
Separa gila sebab sibuk nak struggle untuk test. Yang ade 2 test sebelum mid-sem untuk satu subjek tu memang tambah 15% gila. Oh mungkin 23%-37% Belum campur assignment ataupun kerja berkumpulan yang nak kena buat presentation after the mid-semester break. Sibuk nak bagi kerja bagai. Lepas tu bila naik cuti tu terlupa yang sebenarnya kena cari bahan untuk buat presentation sebab terlalu asyik berjoli kat rumah. Tambah sewel bila presentation tu sehari lepas naik cuti mid-sem. Terbaik..!
Financial: Berjaga-jaga sebab duit dah tinggal sikit.
AKHIR SEMESTER:
Gila sebab semua assignment nak kena submit dalam seminggu terakhir sebelum final exam. Masa tu baru nak guna peribahasa 'Masa itu Emas'. Belum kira lagi subjek yang belum habis syllabus dan ia akan menggunakan masa study week untuk cover syllabus yang tak habis tu. Ada yang nak kena buat presentation tu sibuk siapkan preparation. Masa jugak dihabiskan untuk study untuk Test 2 atau Test 3. Masa tu nak mandi pun rasa sayang. Makan dah tak peduli. Makan je apa yang ada kat umah. Dan majoriti mengambil jalan mudah, Meggi.
Financial: Nazak. Bil Broadband terabai. Untung kalau duit sewa rumah dah bagi sedebuk masa awal-awal sem. Yang bayar bulan-bulan tu, no choice kena bayar jugak kalau tak 'Get out of my house!'


Kesimpulan:
Pelajar UiTM ramai yang gila sebenarnya. Kbye.
*harap tak kena banned*