Friday, March 9, 2012

True Story: Kehidupan seorang pelajar UiTM




Kitaran hidup pelajar-pelajar UiTM.


AWAL SEMESTER: 
Gila sebab terlalu bosan. Minggu pertama; semua orang malas nak pegi kelas. Minggu kedua; bila semua lecturer pegi kursus BTN selama seminggu dan semua kelas dibatalkan =.= Jadi, duduk rumah sewa selama 2 minggu berturut-turut menghabiskan masa tengok movie *bagi yang tempat ada cinema tu kira macam hari-hari pegi tengok wayang sebab orang kaya tokleh lokek duit. yang tak ada cinema, tengok kat laptop je*, makan banyak *celik mata je terus cari makanan sebab tak tahu nak buat apa*, tidur *salah satu aktiviti mengisi masa lapang*, window shopping *hanya untuk pemegang biasiswa JPA sebab JPA lambat masuk*, 
Financial: Berfoya-foya menghabiskan duit yang kerajaan bagi. Masa tu rasa macam dah kaya lah kan. Pegi shopping complex main ambik je segala macam yang disukai. Yelah tengah kaya lah katakan..


PERTENGAHAN SEMSTER: 
Separa gila sebab sibuk nak struggle untuk test. Yang ade 2 test sebelum mid-sem untuk satu subjek tu memang tambah 15% gila. Oh mungkin 23%-37% Belum campur assignment ataupun kerja berkumpulan yang nak kena buat presentation after the mid-semester break. Sibuk nak bagi kerja bagai. Lepas tu bila naik cuti tu terlupa yang sebenarnya kena cari bahan untuk buat presentation sebab terlalu asyik berjoli kat rumah. Tambah sewel bila presentation tu sehari lepas naik cuti mid-sem. Terbaik..!
Financial: Berjaga-jaga sebab duit dah tinggal sikit.
AKHIR SEMESTER:
Gila sebab semua assignment nak kena submit dalam seminggu terakhir sebelum final exam. Masa tu baru nak guna peribahasa 'Masa itu Emas'. Belum kira lagi subjek yang belum habis syllabus dan ia akan menggunakan masa study week untuk cover syllabus yang tak habis tu. Ada yang nak kena buat presentation tu sibuk siapkan preparation. Masa jugak dihabiskan untuk study untuk Test 2 atau Test 3. Masa tu nak mandi pun rasa sayang. Makan dah tak peduli. Makan je apa yang ada kat umah. Dan majoriti mengambil jalan mudah, Meggi.
Financial: Nazak. Bil Broadband terabai. Untung kalau duit sewa rumah dah bagi sedebuk masa awal-awal sem. Yang bayar bulan-bulan tu, no choice kena bayar jugak kalau tak 'Get out of my house!'


Kesimpulan:
Pelajar UiTM ramai yang gila sebenarnya. Kbye.
*harap tak kena banned*

No comments:

Post a Comment