Saturday, April 14, 2012

Tudung Oh Tudung!



Assalamualaikum.


Nowdays, ramai dah rasanya artis-artis kita dah buat penghijrahan. Yang terkeluar dari mulut cuma 'Alhamdulillah'.. Mungkin sudah sampai hidayah dariNya. Lepas ni kita berdoa supaya benda tu kekal dalam diri mereka.


Tadi tengok Propaganza, they had an interview with Natasha Hudson. And she's wearing hijab. And I was like 'Eh she's wearing hijab?' Then when the host tanya 'Ni memang pakai tudung or pakai tudung sebab baru lepas balik umrah?' Then she said she she was permanently wearing hijab. Alhamdulillah.. 


natasha

Bermula dengan Wardina Saffiyah, then Irma Hasmie kalau tak silap. I really solute Wardina as the role model of muslimah zaman sekarang. Penghijrahan Diana Amir pun rasanya satu berita hot satu ketika dulu. Ramai yang terkejut dan sangat gembira bila dengar berita Diana Amir berhijrah memakai tudung. Tapi yang sedihnya, filem dia yang baru keluar tu 3 Temujanji, dia masih tak bertudung.

Catriona Rose, cerita disebalik dia pakai tudung menarik. It was so sudden. Alhamdulillah. Daphine Iking, she converted into Islam after get married with a Malay guy, and of course she's wearing hijab as well.

Eh ramai lagi sebenarnya. Tapi malas nak tulis lagi. Hehehe.. Apa yang penting kita semua doakan supaya ramai lagi artis-artis wanita kita yang ikut macam artis-artis kita yang dah berhijrah tu. Jangan dalam filem je bertudung litup bukan main.. Pakai tudung sebab ikut skrip, tapi tak takut hukum Allah ke kan?

So, saya mendoakan semua wanita-wanita Islam dan juga diri sendiri supaya Allah tetapkan hati kita ke jalanNya. Kita kena selalu ingat mati supaya kita tak alpa. Dunia ni kejap je, mana tahu esok ke kejap lagi ke Allah nak tarik nyawa kita. Apa lah kita nak bawa nak jumpa Dia kan berbanding dengan nikmat yang tak terkira yang Dia bagi kita. Islam is great and there is no reason to disobey Allah, right?



Wednesday, April 11, 2012

Siapa Ariel Sharon?



Beliau merupakan bekas Perdana Menteri dan pemimpin tentera Israel. Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1928 di Kfar Malal. Beliau telah berkhidmat di Israel Defense Forces (IDF) selama 25 tahun dan memegang jawatan Major-General. Beliau juga berkelulusan LL.B Undang-Undang di University Hebrew Baitulmuqaddis pada tahun 1962.


Beliau adalah pemimpin yang sangat kejam suatu ketika dahulu. Sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri, banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Dia telah merosakkan bumi Palestine. Beliau juga bertanggungjawab di atas kematian ramai kanak-kanak yang tidak berdosa dan juga pejuang-pejuang Islam. 


Dalam satu akhbar terbesar di Belanda, seorang Yahudi-Belanda iaitu George Sluizer telah menyatakan bahawa dia menyaksikan dengan mata kepala sendiri dua warga Palestin ditembak mati dengan pistol dari jarak dekat oleh Ariel Sharon pada tahun 1982 berhampiran kem pelarian Sabra-Shatilla.


"Saya bertemu dengan Sharon dan melihat dia membunuh dua anak dari jarak 10 meter di depan mata saya" kata Sluizer. Sluizer mengingati kejadian ini pada November 1982, ketika Sharon menjadi menteri pertahanan Israel. 


Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra-Shatilla itu tidak mungkin akan dilupakan dalam sejarah kemanusiaan. Serangan selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3500 orang rakyat Palestin. 


Pada tahun 2001, Mahkamah Tinggi Belgium mahu membicarakan kes jenayah perang ke atas Sharon yang juga berbangsa Belgium, tetapi Israel menuduh tindakan itu berbau politik. Apabila kes itu didiamkan, seolah-olah tiada kekejaman yang berlaku dan kes itu lenyap begitu saja.


Sharon yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari bulan Mac 2001 hingga April 2006 namun kemudaia todak dapat menjalankan tugas-tugasnya selepas jatuh sakit akibat angin ahmar pada 4 Januari 2006. Pada awalnya beliau berada dalam keadaan koma sebelum mampu membuka mata. Tetapi sejak dari itu beliau tidak ubah seperti mayat hidup. Hanya matanya yang terbuka dan boleh memberi isyarat namun tidak boleh menggerakkan badan.


Doktor yang merawat beliau, Solomo Segav memberitahu, keadaan dan kesihatan Sharon yang hanya terbaring di katil hospital sejak beberapa tahun lalu sukar diramal. Sehingga kini Sharon masih hidup kerana degupan jantung dan tekanan darahnya masih bergerak seperti manusia normal.


Dan hari ini, Sharon bagaikan mayat hidup selepas beberapa tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Sharon yang ada pada hari ini. 




Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus ditelan oleh Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.


Kini Sharon yang berusia 84 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Solomo Segav mengatakan Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun atas beberapa kajian yang telah dibuat.


Wallahualam.



Wordless Wednesday: Cool snake bite

Saturday, April 7, 2012

Rant on zaman persekolahan (part 2)



Assalamualaikum..


Sapa dulu masa sekolah-sekolah pernah pakai plastik kat tudung? Konon nak bagi shape cantik sikit lah pada tudung tu. Kemon kemon ngaku jelah.. Masa zaman tu memang famous betul trend macam tu. Yang tengah menaip ni pun tak terkecuali. Ok korang mesti nak gelakkan aku kan.. K fine. 


Yang paling lucunya bila kita pakai bendealah tu, kita takkan sedar punya benda tu kadang-kadang terkeluar sikit dari tudung. Last saya pakai masa form 1. Then I forbidden myself from pakai that kind of thing because of one incident. So annoying ok. 


Petang tu *masa form 1* ada latihan untuk hari sukan kat sekolah. I masa dulu atlet kan, tiap-tiap petang kena la buat stretching sikit kasi fit. Sekarang je tak. Naik UiTM baru tingkat tiga dah mengah-mengah macam orang lari 200 meter. Pancit. Then dah sudah main lari-lari tu, ada lah sorang cikgu perempuan ni tegur masa kami nak balik tu, "Eh Syazana, helmet kamu terkeluar tu". Masa tu saya macam tak dapat tangkap lagi ape kebende lah cikgu ni helmet-helmet pulak. Bila masa pulak aku pakai helmet. Then bila dah perasan, demmit! Ramai pulak orang masa tu. Boleh pulak kan.. Rasa macam nak korek tanah masukkan kepala. Malu den toksah cerite lah. Sejak hari tu dah tak guna dah plastik-plastik bagai. 




Masa sekolah tadika dulu saya mempunyai perangai yang pelik gaban. Malas nak pegi sekolah. Padahal kalau nak diikutkan zaman tadika adalah zaman yang paling menggembirakan sebab boleh main gelongsor & buaian. Bila dah besar ni main buaian aje kene hambat dengan orang majlis perbandaran.


Ok anyway, dulu pagi-pagi masa mama hantar saya kat rumah mak, kalau datang angau malas nak pegi sekolah tu mulalah bagi macam-macam alasan sebab tanak pi sekolah. Contohnye, "Mak, kite sakite perot ni.." ataupun "Mak, kite demam lah" mahupun "Mak, kite sakit kepala ni". Suami mak iaitu Pak Long sampai tanya, "Nana hari ni sakit apa?" Oleh sebab masa kecik-kecik dulu tersangat lah jahil kuasa dua ribu lapan ratu empat puluh satu, saya buat bodoh jelah. Sampai satu hari tu tekantoi sakit kepala yang sebenarnya tak. Lepas tu kena marah dengan Along. Sejak kejadian tu tak ponteng dah. Hahaha..



Ok ok saya tahu memang orang akan gelak dengan sejarah zaman sekolah masing-masing. Eleh toksah la nak buat tak tahu.. Tu ade je tu yang tengah sengeh-sengeh kan? Ececeh..

Rasanya kalau nak dicomparekan dengan adik-adik saya yang lain, saya lah yang paling suke cari pasal. Hahaha.. Ok ape, at least ada jugak benda nak share dengan uols kan.. 

Ha ok lah, nak iron baju nak pi kelas sat lagi. Jangan lupe bace blog mak jemah untuk entri akan datang okay.. Uooollsss...

Wednesday, April 4, 2012

Rant on zaman persekolahan (part 1)



Assalamualaikum..


Bila cakap pasal kawan, tak semestinya kita kena ada kawan yang superstrong macam Stonecold Steve Austin ataupun The Rock. Jugak tak semestinya kawan kita tu seorang yang popular macam budak Mass Com, boleh lah tumpang populariti. *eh tak tak.. ni tiru Vanila Coklat je* Tak pun macam Regina George dalam Mean Girl. Gile jahat. Ok boleh jugak jadi jahat macam tu sebenarnya so that orang gerun sikit and you will get some respect from junior. Muahahaha..


Ok lupakan pasal Regina George yang jahat. Berbalik kepada dunia sebenar. *Harap maaf. Introduction takde kena mengena dengan tajuk entry*


Masa kecik-kecik dulu masa sekolah tadika adalah masa paling seronok. Pagi-pagi mama hantar saya kat rumah pengasuh where I used to call her Mak. Lepas tu pukul 7.30 baru terhegeh-hegeh nak sikat-sikat rambut tepek bedak kat muka. *Masa ni tak pakai perfume lagi* Lepas tu pukul 8 a.m pergi tadika depan rumah. 


Yang paling best masa makan la kan. Hari-hari makan different meals. Lepas tu main gelongsor dengan kawan-kawan sampai kekadang tu terduduk kat tanah sampai kotor skirt tadika saya. Lepas tu mula lah nak berair mata. Tapi kawan saya baik. Dia pujuk 'ala sikit aje ni. tepuk-tepuk nanti hilang la kotornye'. Baiknya kawan saya tu. Tapi tak ingat dah nama dia apa :(


Masuk darjah satu, tak gerun sangat nak pegi sekolah sebab mama jadi cikgu kelas. First day at school, I was like to hate one of my classmate. Tapi takdelah menyampah sampai nak tonyoh muka dia dengan pemadam papan hitam. Tak tak.


Masa mula-mula sampai kelas, saya dah aim dah satu tempat duduk kosong kat depan. Tetiba ade la sorang budak tu datang terus cakap 'hey tu tempat duduk saya!'. K fine. Masa tu dalam hati dah menyumpah-nyumpah sesumpah itu. Tapi masih control atas dasar mahu menjadi seorang kanak-kanak yang baik. Lepas tu terus pegi kat meja guru.


"Mama tengok lah budak tu.." *sambil air mata bergenang minta simpati*. Lepas tu mama cakap "Ni kat sekolah mane boleh panggil mama" Ok fine lagi. Lepas tu terus panggil Teacher.




Kat tepi sekolah tu ada lah satu kedai apek. Tiap kali balik sekolah mesti pergi bagi duit kat apek tu, tukar dengan mainan, tak pun jajan. Lepas tu kalau gam habis, mesti beli gam yang macam mukus tu walaupun mama dah belikan gam yang elok sikit seplastik. Ala yang dalam bekas yang siap ade sudu kat tepi tu.. Macam la tak pernah jumpa pulak uols nih.. Daratnye.. 


Dan tak dilupakan jugak untuk belon yang kena tiup pakai straw tu. Hari-hari beli.. Lagi satu asam yang dalam botol kecik tu. ami panggil asam taik hidung cine. I dunno why *sigh -.-


Naik sekolah menengah, zaman tingkatan 1 kite tersangatlah nerd. Nerd disini juga membawa maksud pendiam. Of course lah, tak kenal pun muka-muka kat dalam kelas 1A tu. And, kelas tu majoriti Chinese. Ok fine untuk kali yang ke-3. 


Masa form 1 tu kite join rumah sukan kaler Merah. Dan saje nak bagitahu, masa tu kite jadi atlet rumah sukan, Long-distance 3000m. Hebat lah jugak kan dari merentas desa tu yang kena lalu ladang kelapa sawit bagai. Memang anti dengan merentas desa. Tapi suka datang petang-petang sebab nak usha abang senior rumah Merah.




Tidak dilupakan jugak kepada kawad kaki. Masa form 1 masu Pandu Puteri. Lepas tu quit sebab Pandu Puteri sekolah tu macam tah pape je. Lepas tu beralih arah kat Kadet Polis. Whoot..whoot!


Masa ni dah addicted dengan kawad kaki. Biar muka rentung bak iklan Fair & Lovely sebelum guna krim tu. Dah tak kisah pun muka rentung. Petang-petang pi berlatih dekat balai polis sebelah sekolah dengan bantuan Sarjan Zamani dan Koperal Ramli.


Pertandingan kawad individu pun I pernah join you.. Pertandingan buka pasang senjata (M16) pun pernah. Tapi yang tu pair la.. Then pertandingan kawad peringkat sekolah & daerah. Oh lagi satu, masa form 3 kami ikut persatuan Pengakap pi camping kat Air Terjun Bekok. Seronok, sebab jumpa jodoh.


K tu je. Continue to the next chapter. Daa~