Wednesday, April 4, 2012

Rant on zaman persekolahan (part 1)



Assalamualaikum..


Bila cakap pasal kawan, tak semestinya kita kena ada kawan yang superstrong macam Stonecold Steve Austin ataupun The Rock. Jugak tak semestinya kawan kita tu seorang yang popular macam budak Mass Com, boleh lah tumpang populariti. *eh tak tak.. ni tiru Vanila Coklat je* Tak pun macam Regina George dalam Mean Girl. Gile jahat. Ok boleh jugak jadi jahat macam tu sebenarnya so that orang gerun sikit and you will get some respect from junior. Muahahaha..


Ok lupakan pasal Regina George yang jahat. Berbalik kepada dunia sebenar. *Harap maaf. Introduction takde kena mengena dengan tajuk entry*


Masa kecik-kecik dulu masa sekolah tadika adalah masa paling seronok. Pagi-pagi mama hantar saya kat rumah pengasuh where I used to call her Mak. Lepas tu pukul 7.30 baru terhegeh-hegeh nak sikat-sikat rambut tepek bedak kat muka. *Masa ni tak pakai perfume lagi* Lepas tu pukul 8 a.m pergi tadika depan rumah. 


Yang paling best masa makan la kan. Hari-hari makan different meals. Lepas tu main gelongsor dengan kawan-kawan sampai kekadang tu terduduk kat tanah sampai kotor skirt tadika saya. Lepas tu mula lah nak berair mata. Tapi kawan saya baik. Dia pujuk 'ala sikit aje ni. tepuk-tepuk nanti hilang la kotornye'. Baiknya kawan saya tu. Tapi tak ingat dah nama dia apa :(


Masuk darjah satu, tak gerun sangat nak pegi sekolah sebab mama jadi cikgu kelas. First day at school, I was like to hate one of my classmate. Tapi takdelah menyampah sampai nak tonyoh muka dia dengan pemadam papan hitam. Tak tak.


Masa mula-mula sampai kelas, saya dah aim dah satu tempat duduk kosong kat depan. Tetiba ade la sorang budak tu datang terus cakap 'hey tu tempat duduk saya!'. K fine. Masa tu dalam hati dah menyumpah-nyumpah sesumpah itu. Tapi masih control atas dasar mahu menjadi seorang kanak-kanak yang baik. Lepas tu terus pegi kat meja guru.


"Mama tengok lah budak tu.." *sambil air mata bergenang minta simpati*. Lepas tu mama cakap "Ni kat sekolah mane boleh panggil mama" Ok fine lagi. Lepas tu terus panggil Teacher.




Kat tepi sekolah tu ada lah satu kedai apek. Tiap kali balik sekolah mesti pergi bagi duit kat apek tu, tukar dengan mainan, tak pun jajan. Lepas tu kalau gam habis, mesti beli gam yang macam mukus tu walaupun mama dah belikan gam yang elok sikit seplastik. Ala yang dalam bekas yang siap ade sudu kat tepi tu.. Macam la tak pernah jumpa pulak uols nih.. Daratnye.. 


Dan tak dilupakan jugak untuk belon yang kena tiup pakai straw tu. Hari-hari beli.. Lagi satu asam yang dalam botol kecik tu. ami panggil asam taik hidung cine. I dunno why *sigh -.-


Naik sekolah menengah, zaman tingkatan 1 kite tersangatlah nerd. Nerd disini juga membawa maksud pendiam. Of course lah, tak kenal pun muka-muka kat dalam kelas 1A tu. And, kelas tu majoriti Chinese. Ok fine untuk kali yang ke-3. 


Masa form 1 tu kite join rumah sukan kaler Merah. Dan saje nak bagitahu, masa tu kite jadi atlet rumah sukan, Long-distance 3000m. Hebat lah jugak kan dari merentas desa tu yang kena lalu ladang kelapa sawit bagai. Memang anti dengan merentas desa. Tapi suka datang petang-petang sebab nak usha abang senior rumah Merah.




Tidak dilupakan jugak kepada kawad kaki. Masa form 1 masu Pandu Puteri. Lepas tu quit sebab Pandu Puteri sekolah tu macam tah pape je. Lepas tu beralih arah kat Kadet Polis. Whoot..whoot!


Masa ni dah addicted dengan kawad kaki. Biar muka rentung bak iklan Fair & Lovely sebelum guna krim tu. Dah tak kisah pun muka rentung. Petang-petang pi berlatih dekat balai polis sebelah sekolah dengan bantuan Sarjan Zamani dan Koperal Ramli.


Pertandingan kawad individu pun I pernah join you.. Pertandingan buka pasang senjata (M16) pun pernah. Tapi yang tu pair la.. Then pertandingan kawad peringkat sekolah & daerah. Oh lagi satu, masa form 3 kami ikut persatuan Pengakap pi camping kat Air Terjun Bekok. Seronok, sebab jumpa jodoh.


K tu je. Continue to the next chapter. Daa~



No comments:

Post a Comment