Friday, November 1, 2013

Siapa suka kucing dia penyayang (^_^)




Adopt anak angkat baru. Sangat comel. Yang pastinya perut haruslah maintain.


Nama dia Monalisa.

Nama manja, Mona.

Dia gemok.

Jalan mengancam.

Tak reti takut.

Suka tangkap kaki orang dan lalat.


Perut adalah part paling seksi.



Kbai.


Monday, June 24, 2013

Sushi Maki



Kalau sebut pasal makanan Jepun, aku nak bento. Tapi bento yang paling sedap ada kat Times Square. Eh jauh bebeno nak pergi KL semata-mata nak makan bento harga RM16.90. Kat One Segamat mahal jugak bento dia, RM 24.00 ke atas. Sedap ke tak tak tahu sebab tak cuba lagi. Tapi aku rasa macam ini bukan diriku kalau aku pergi KL naik bus, dah sampai BTS kena naik LRT nak pergi TS semata-mata nak makan bento 16 ringgit ni. Campur tiket pergi balik, boleh aku makan 2 3 set bento kat One Segamat. Ntah enak ke tidak..

Salmon Bento kat Time Square.

Hah one more, mi ramen. Asyik tengok kat Youtube orang main konapun tu kan, macam sedap je. Aku ingat benda tu tak wujud dan rekaan semata-mata. Haih.. Memang aku tolak tepi makanan Jepun ni. Lepas pergi makan kat Times Square tu baru lah tahu sedap jugak makanan diorang ni walaupun namanya umpama orang Jepun pakai baju kurung.

Ni pun mi ramen kat Times Square

Kali pertama aku makan sushi, masa tu kat Tesco Kota Bharu. Itu pun kawan aku yang beli. Kononnya sedap macam bidadari lah rasa dia. Beli sampai 6 ketul dengan harapan menggunung yang kami akan makan bersama sushi Tesco tu. Kami ada 4 orang masa tu. Ok fine sushi tu sebenarnya 1 set, ada 6 ketul. Siap bagi kicap cair lagi. Masin.

Buka mulut dan rasa sushi tu pada mulanya, muka macam bayi dicalitkan madu kat mulutnya. Yek yek. Tak sedap. Kawan aku dengan muka senyum-senyum cakap eh korang ni tak makan sushi ke? Dalam hati aku macam nak sumpah jugak dia jadi sushi. Kenapa lah dia makan makanan yang pelik lagi tak sedap ni??

Rupanya sushi Tesco tu yang memang tak sedap. Sebab aku makan sushi kat Octopus tu sedap je. Hahaha.. Ok mari aku ceritakan sedikit pasal sushi yang aku makan tadi. Yang dah sokmo makan sushi tu diam-diam je ye.


Sushi yang sedap ni namanya Tuna Mayo. Rasa tuna lah kan. Nampak tak selonggok tuna atas tu? Kombinasi ke dua nya ibarat makan nasi dengan lauk ikan sardin taruk mayonis je. Sedap kan? Tak makan sardin sudah.

Bagi yang tak pernah makan sushi, bawah dia tu nasi. Nasi orang Jepun macam pulut. Sedap sungguh rasanya. Kita kalau nak makan nasi guna chopstick, ke laut lah jawabnya. Nasi orang Malaysia berderai, nasi orang Jepun boleh kepal.


Ini namanya Special Soft Shell Crab Maki. Aku tak tahu Maki kat nama tu membawa maksud apa. Yang macam alien terkeluar tu adalah ketam. Tak payah susah-susah nak buang kulit, boleh dimakan begitu sahaja. Nama pun soft shell. Nyum nyum.. Then ada sekali timun, mayonis dan jugak yang warna oren tu aku tak tahu apa.



Ok last. Tak boleh order banyak nanti kalau tak sedap kan dah membazir! Yang kat atas ni namanya Sushi Tako. Sushi ni adalah gabungan sotong dan juga nasi. Sushi ni rasa tak boleh terima di tekak aku. Kombinasi yang sangat pelik rasanya dalam dunia. Atas tu sotong. Rasa sotong tu ibarat makan getah pemadam rebus. Tak boleh kunyah. Nasi tu pula rasa macam makan sesuatu kat kenduri dulu-dulu, rasa tapai. Jadi uols boleh banyangkan makan sepotong sotong mentah bersama tapai nasi. Yay! Indahnya. Lekat kat tekak mak nak.

Aku rasa cukup setakat ni. Aku tak boleh nak teruskan bila aku tengok gambar sushi Tako tu. Aku terbayang-bayang sotong sedang menari poco-poco bersama si tapai nasi.



Friday, June 14, 2013

Pemfitnah akan muflis di akhirat


Ramai yang menganggap memfitnah itu hanya satu perbuatan kecil seperti berbohong atau menipu tetapi memfitnah dan kemudian menyebarkan kepada orang lain sehingga jatuh maruah orang yang difitnah sudah tentu besar dosanya.

Fitnah adalah mengada-ngadakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. is berpunca daripada khabar angin atau gambaran dan bukannya berdasarkan perkara sebenar.

Hadis oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tahukah kamu apa itu fitnah? Para sahabat berkata: "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui." Rasulullah s.a.w berkata lagi, memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. ditanya "Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, apakah yang harus aku katakan?" Baginda menjawab, "Jika apa yang dikatakan itu benar, perbuatan itu adalah mengumpat." - Hadis sahih Riwayat Muslim

Walaupun dosa memfitnah adalah diantara manusia dengan manusia, namun ia tetap tidak diampunkan oleh ALLAH kecuali orang yang difitnah itu mengampunkan orang yang memfitnah.


Namun pada  hakikatnya, perbuatan memfitnah amat dicela kerana boleh menjerumuskan kepada perpecahan dalam masyarakat sekali gus boleh terhindar daripada memasuki syurga.

Hadis oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w menegaskan, "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah."

Dosa menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebarkan fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Dalam Islam, meskipun sesuatu berita itu benar tetapi jika pemililk cerita tidak mahu ia disebarkan, ia tetap tidak boleh disebarkan. Jika disebarkan juga ada kemungkinan berlaku fitnah. Jika menyebarkan berita benar dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Untuk memastikan tidak berlaku fitnah, sebelum berceita kepada orang mengenai sesuatu perkara sebaik-baiknya pastikan sumber berita itu diperolehi. Kita perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Kita tentu tidak lupa pada sejarah kematian khalifah ketika kerajaan Islam di Madinah iaitu Usman Affan yang berpunca daripada fitnah dan disebarkan oleh kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Sayidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah.

Pesanan Rasulullah s.a.w, Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih.

Maksud firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur, ayat 19, yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia san akhirat. Ingatlah, Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahuinya."

Ayat di atas diturunkan setelah peristiwa yang menimpa Rasulullah s.a.w apabila isteri baginda, Aisyah dituduh melakukan hubungan tidak baik dengan sahabat bernama Safwan.

Berita bohong ini terjadi selepas peperangan Bani al-Mustaliq yang desertai kaum munafik. Dalam peperangan pulang ke Madinah, rombongan tentera Islam singgah di satu tempat. Sayidatina Aisyah keluar dari kenderaannya untuk qada hajat dan kalungnya terjatuh. Ini menyebabkan beliau kembali ke tempat itu untuk mencari kalung tersebut.

Pada masa yang sama, tentera Islam berangkat meneruskan perjalanan ke Madinah yang pada sangkaan mereka Aisyah berada dalam tunggangannya. Selepas Aisyah menjumpai kalungnya, dia pun terus ke tempat persinggahan tentera Islam. Alangkah terkejutnya apabila mendapati tiada lagi tentera Islam yang tinggal.

Sayidatina Aisyah terlelap kerana kepenatan dan beliau dikejutkan dengan laungan seorang sahabat bernama Safwan bin Ma'tal yang kebetulan tercicir dari kumpulan tentera Islam. Safwan mengetahui Aisyah adalah isteri baginda segera mengucapkan 'inna lillahi wa ilahi rajiun' dan merendahkan tunggangannya untuk dinaiki Aisyah.

Sepanjang perjalanan, mereka tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sehinggalah sampai di Nahr al-Zahirah, yang secara kebetulan tentera Islam pun berhenti di tempat yang sama. Apabila melihat tentera Islam yang ada di kalangan mereka itu orang munafik, mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan berunsur fitnah kononnya Sayidatina Aisyah ada melakukan hubungan sulit dengan Safwan. Cerita fitnah ini erlanjutan sehinggalah tentera Islam selamat sampai ke Madinah.

Rasulullah s.a.w mengambil sikap mendiamkan diri sehingga wahyu turun bagi menjelaskan perkara sebenar. Ada diantara sahabat mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w supaya menceraikan Aisyah dan tidak kurang juga yang menyarankan supaya baginda terus bersama isterinya.

Untuk mengelakkan daripada bahaya fitnah, Rasulullah s.a.w berkata, "Barang siapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari daripada segala fitnah yang melanda dan jika keluar dajal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."




Sumber: Buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah; Muhd Nasruddin Dasuki (2013); Grup Buku Karangkraf.

Wednesday, April 17, 2013

Bersusah dahulu bersenang kemudian


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ececeh.. Berpantun pulak kite ye.. Dalam maksud pantun tu. Dalam dunia sekarang, semua benda perlukan duit. Pergi tandas awam pun kena bayar tau. Punyalah nak kata 'Segala-galanya perlukan wang', walaupun duit tu hanyalah sekeping kertas. Tapi ingat, walaupun everything nowadays need money, but money can't buy happiness. Money can't buy affections. Money can't replace someone that we love.

Ada apa dengan duit?


Dulu masa mak kita bagi RM10, dah rasa macam boleh beli satu dunia. Jangan kata jajan, mainan Tora, Dendang bagai semua masuk dalam bakul. Siap boleh pergi makan mee goreng kat kedai mamak dengan kawan-kawan. 

Masa tu umur-umur macam kita (yang lahir tahun 80-an) tak pakai lagi handphone. Guna public phone aje. Yang bercinta time sekolah tu, sorang bergayut kat public phone, lagi sorang kat telefon rumah. Sampai mak nak guna telefon pun kena berebut dengan anak. Eleh sudah lah korang. Tak nak mengaku ye..

Sekarang ni kalau mak bagi RM10, jangan kata nak ucap "Thanks mak!" malah ditanya pula "Eh mak, takkan 10 ringgit je kot?" Banyak bunyik ngko eh.. Orang dah bagi tu ambil je lah. Lagi mau komplen.

Kalau pergi bank cucuk kat ATM RM100 tu kejap je. Macam air terjun bak kate Abg Burger kiter. Ihiks! Semua tu kenyataan. RM10 tu buat topup je. Kena pulak kalau yang jenis suka bergayut siang malam. Tak sampai sehari pun RM10 tu. Ye tak?


Teringat zaman sekolah dulu. Kalau nak pergi beronggeng dengan kawan-kawan, sebulan awal dah start kumpul duit. Dulu seminggu Ayah bagi RM15. So pandai-pandai lah berjimat nak berjimba punya pasal. Ingat senang-senang ke nak minta duit dengan ayah? Maca-macam soalan ditanya nanti. Bila dah dapat permission nak keluar dengan kawan-kawan, barulah rasa darah kembali mengalir ke seluruh badan.

Sama juga masa time belajar kat kolej dulu. Dapat loan dari PTPTN. Yuran aje dah RM2k per semester. Kira memang tak ada lah dulu poket nak joli-joli. Yelah masa tu belajar dengan institusi swasta, mahu berdarah hidung Ayah kalau tak dapat loan. Duit poket harap duit yang Ayah bank in tiap-tiap bulan, RM200-RM300. Ha dengan duit tu pandai-pandailah nak hidup. Ngko nak makan apa, nak beli apa, nak pergi mana, semua dengan duit tu.

Masa tu saya belajar Diploma in E-Secretaryship. Faham-faham aje lah kan kalau dah nama belajar nak jadi setiausaha, kena tampil bergaya. Muka ni wajib kena tepek bedak, eyeshadow, blusher, lekcu (lipstik) bagai. Baju kena pakai formal everyday. Hari Isnin kena pakai kemeja, blazer & seluar slack hitam. Heels? Of course! Ha korang kira lah berapa budget untuk semua tu.


Ada satu ketika, pernah hampir 2 minggu dalam beg duit ada RM12 sahaja. Ha masa tu baru tahu jerit perih nak hidup. Bukan tak boleh nak call ayah minta duit sikit. Tapi rasa takut dan tak sampai hati. Mana lah tahu time nak minta tu Ayah tengah sesak nak pakai duit kan. So langkah paling selamat ialah berjimat. Mujur housemate pun jenis berjimat.

Ya adik-adik. Bukan senang mak ayah kita nak cari duit. kadang-kadang terpaksa bersengkang mata, tahan malu semata-mata nak kita senang. Bila kita dah senang, kita pula senangkan mereka. Orang tua ni tak nak pun duit kita, diorang cuma nak perhatian je dari anak-anak.

Nenek saya sendiri pernah cakap dengan saya masa kitorang tengah borak-borak, orang tua cuma nak perhatian anak-anak, bukan duit.  

Selagi ada hayat ibu bapa kita, jagalah mereka elok-elok. Jaga hati mereka. Usaha untuk buat mereka gembira, bukan sengsara. Kita mampu buat mak ayah kita gembira kalau kita nak. kita juga mampu buat mak ayah kita sengsara kalau kita nak.

Usahalah dari sekarang supaya kita tak susah dikemudian hari.

Saya masih belum dapat kerja. Banyak dah apply. Macam-macam. Temuduga pun dah pergi. Mungkin belum ada rezeki. Tak apalah, Allah dah atur semuanya. Harap pembaca sekalian doakan saya ye. Buat bisnes jual kek dan kuih-muih kat rumah sekarang untuk dapat duit poket. Yang penting halal. jenguk-jenguk lah blog masak-masak saya kat SINI. Kalau rasa nak order contact saya kat Facebook ye. *Sempat promote pulak. Ihiks!*

Pesanan khidmat masyarakat ini dari saya Syazana Aziz untuk semua dan untuk diri sendiri.

Yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu adalah dari saya sendiri.




Wednesday, April 10, 2013

Zaman Kegemilangan Biodata




Masa zaman sekolah, popular betul kalau bab-bab tulis biodata ni. Buku biodata haruslah buku yang bling-bling, yang grand-grand. Kalau yang agak-agak takde duit nak beli buku ohsem tu pakai buku tulis je, pastu balut la cantik-cantik. Eh of course lah benda ni orang perempuan yang buat. Kira jambu kalau budak lelaki yang ada buku biodata cun melecun.

Budak-budak sekarang mana ada dah buku biodata macam weols dulu. Sekarang pakai BB je. Tak pun Whatsapp kan. Kelas kau Jah.. Kiter pun pakai handphone kokak aje.

Kelas tau buku biodata weols. Tapi yang pink tu Seboni punya.


Tadi adik duk belek-belek almari, adalah buku biodata kitorang masa sekolah dulu. Lepastu di abaca la kuat-kuat.

“Polan binti Pulun. Kak, dia ni ada kat mana sekarang? Cita-cita dia nak jadi pendidik. Lawaknye baca! Kihkihkih”

“Ha kawan awak yang nama Joe Jambul *bukan nama sebenar* ni kemain cita-cita dia. Nak jadi angkasawan. Hahaha!”

Eh hello! Kalau korang tak gelak baca biodata masa time sekolah dulu, memang korang ni terputus urat kentut. Semput-semput kot baca. Siap gula inhaler. Hehe.. Bahaya betul ketawa banyak ni.. Hati pun rosak.

Dulu, masa saya admire boyfriend saya kan, siap suruh kawan pi amekkan autograph dia. Hahaha! Alamak bocor dah rahsia. Lepas tu bila dah dapat autograf tu, punyalah senyum sampai ke telinga kan. Alhamdulillah persahabatan itu masih kekal sampai hari ni.

Ni abang bege punya. Lepas baca makan ubat migrain. Bhahaha!

Macam-macam jenis biodata yang ada dalam buku-buku tu. Ada yang tulisan kemas, ada yang tulisan macam typewriter, ada yang tulis tunggang langgang macam baru lepas kena serang Tornado pun ada.. Benda-benda macam nil ah sebenarnya pengubat rindu zaman sekolah dan juga kawan-kawan dulu. Yang tulis alamat tu, sekarang ni ntah duduk lagi ke tak kat tempat tu kan.. Nombor telefon tu ntah ada lagi ke tak..

Yang ni ambil dengan akak Fasilitator masa ada camping dekat Taman Yayasan. Masa tu Form 3.

Yang ni is from the most pretty teacher kat sekolah. Weols panggil dia Cikgu Rosalinda.

Ok this one is from my classmate. He lives at the behind area of my house. Each time after school, when he ride his bike, he will ride his bike next to my room and jerit "Nanaaaa...!!!!" then he go. Aiyaa...

How about yours? Let's share :)