Monday, February 10, 2014

Belajar tinggi-tinggi, tapi ...


Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat nombor satu dalam kelas tadika dan sekolah rendah,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 5A dalam UPSR,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat 8A dalam PMR,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia,
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.

Tapi,


Bila saya buang semua keduniaan itu dan nerikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya,
Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.

“Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya. Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak…”

Kata mereka…

Tetapi…

Pada suatu Subuh,

Saya ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu.

Saya bacakan surah ‘Abasa.

Dan sebak ketika sampai ayat:

“Yaumayafirrul mar’umin akhih”

“Wa ummihi Wa abih”

Selesai solat, semasa perjalanan pulang, ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan. Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya.

Ibunya… Ayahnya… Isterinya… Anak-anaknya…

Saya katakan, didunia ini, bila kita jadi kaya orang puji kononnya kita Berjaya. Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila. Sedangkan di mahsyar nanti, semua ‘kata-kata’ orang itu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ini sangat rapat dengan kita pun kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut.

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak. Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun itu langsung tak bagi manfaat pada saya. Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya.

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata, “Sejuk perut mama dapat anak macam Bangcik..”

Maka itulah kali pertama dalam hidupku berasa sangat gembira akan “pujian” ibuku. Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.


Wahai hamba Allah,

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang mengejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia?

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian.

Wahai saudaraku,

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi, sebelum lubang kubur kalian digali?

Apa yang saya ada dan kalian ada, untuk Allah dan Rasul bangga?

Masalah KITA yang masih bernyawa ini, dah ambil bekal ke belum? Atau masih leka dengan mainan-mainan sekeliling kita?

Bak kata kalam Saidina Ali r.a., “Hidup di dunia ini ramai yang terlena, akhirat nanti baru terjaga.”

Jangan kita termasuk dalam golongan yang ‘ramai’ itu, kerana yang ramai itu kononnya “normal” di akhir zaman ini.

Masuklah dalam glongan yang sedikit kerana yang sedikit itu akan masuk ke syurga selama-lamanya.


Pesanan untuk kita bersama.

1 comment:

  1. nice entri...terima kasih atas perkongsian... :)

    ReplyDelete